Assalamualaikum semua! Haa..demi misi untuk tidak terlalu lama memerap entry #sisgeejalanjalan , maka Gee akan cuba update entry dari masa ke semasa di blog pada hari trip Gee. Gigih kan? Haa update dengan phone je ni boleh lah mengisi masa yang ada..Sebagai tanda kenangan.. Hehe..
Perkara yang Gee paling teruja adalah menikmati keindahan TASIK KENYIR kerana Kenyir merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highland dari Terengganu.
Trip kali ni bersama keluarga mertua terdiri daripada ma mertuaku, abah mertuaku, iparku ayoh ngoh + birasku cik ngoh, iparku cikli, iparku ayoh de kecik + birasku cikde dan juga iparku ayoh su. Team kecik pulak ada tambahan 3 orang dari team ayoh ngoh iaitu Adam, Ziyad dan Fatih. Ya! incik suamiku anak sulong. Hehehe.
Trip kali ni bersama keluarga mertua terdiri daripada ma mertuaku, abah mertuaku, iparku ayoh ngoh + birasku cik ngoh, iparku cikli, iparku ayoh de kecik + birasku cikde dan juga iparku ayoh su. Team kecik pulak ada tambahan 3 orang dari team ayoh ngoh iaitu Adam, Ziyad dan Fatih. Ya! incik suamiku anak sulong. Hehehe.
Bertolak seawal jam 8 pagi dari rumah mertuaku di Kg Sg Tong, Setiu. Bekalan nasi minyak siap sedia dah oleh ma mertuaku untuk kami breakfast. Yang bestnya kami berhenti untuk makan bekal di tepi air terjun kat tepi tasik kenyir. Teruja habis si anak-anak, nasib lah takde yang terjun mandi..Kang misi cameron bertukar misi ke Kenyir je kang. Haha!Masing-masing dah set nak repeat picnic situ lagi lepas ni. Hahaha.
Check in homestay lebih kurang pukul 3 petang gitu. Semua dah kelaparan especially si anak-anak. Bekalan nasi minyak ada banyak lagi sebab ma mertua memang masak banyak untuk sekalikan makan malam. Jimat banyak kan?
Aktiviti petang lepak dan rehat dalam rumah je. Malam baru keluar gi Pasar Malam. Tujuan nak cari sayur untuk masak esok tapi terbeli pulak strawberry 2 packet besor. Haha!
Esok punya aktiviti semestinya menjelajah seluruh tempat best kat Cameron kan? Harapnya esok cuaca elok, tak hujan. Esok kita update lagi kalau ada kesempatan wokeh!
Ngantuk dah! 2 yang kecik dah krohhh dah tu..2 yang besar duk main kad lagi. Haha!
Dah nanti sambung PART 2!