TIPS

7 Tip Travel Dengan Anak Menjadi Mudah

February 20, 2018
Hello semua. Kalau sebut pasal travel, melancong, makan angin, siapalah yang tak suka kan? Bertambah seronoknya andai semuanya berjalan dengan lancar dengan segala persiapan. Namun ada segelintir yang tak suka travel sebab ada anak-anak kecil. Bagi mereka susah nak handle anak-anak bila di tempat orang. Mungkin juga atas faktor kesihatan anak-anak kecil yang mudah terdedah dengan pelbagai risiko jangkitan kuman sebab itulah mereka memilih untuk tidak membawa anak-anak travel. Takpe lain parents lain caranya. 


TAPI Gee ngan husband ni sejenis suka berjalan SEKIRANYA ada rezeki lebih. Kalau poket kosong atau banyak lagi keperluan lain yang penting, kami akan pendamkan dulu hasrat nak pergi bercuti. Sejenis kami laki bini memang suka travel dengan anak-anak. WAJIB BAWAK! Entahlah kalau tak cukup sorang, rasa macam percutian tu hambar je. So far rezeki boleh jalan-jalan dalam Malaysia, in syaa Allah diberikan rezeki melimpah-limpah boleh bawa anak-anak ke luar Malaysia pulak. 

Jom Gee kongsikan beberapa tips yang Gee guna untuk memudahkan perjalanan kami bersama anak-anak. 

TIPS TRAVEL BERSAMA ANAK-ANAK

1. Susun baju, pampers mengikut bilangan hari percutian

Sekiranya perancangan untuk sehari semalam maka lebih efektif kalau kita susun baju mengikut bilangan hari. Gee akan susun baju siang 2 pasang untuk setiap seorang ( pagi & petang ) dan malam sepasang. Kena tahu juga tempat yang nak dituju supaya baju yang di bawa itu sesuai dengan cuaca dan keadaan tempat. 

Pampers pula Gee kira ikut berapa kali mereka wajib tukar kecuali terpoo poo. So pampers 1 pagi, 1 tengahari, 1 petang, 1 sebelum tidur. Total wajib 4 + 1 extra untuk poo poo. 5 pampers sehari gandakan je bilangan hari nak pergi holiday. kalau 2 hari maka 10 pampers ( termasuk 2 extra ). Biasanya Gee akan tambah sekeping dua pampers extra untuk letak dalam kereta dan juga handbag. 

2. Bekal makanan mudah dimakan dalam kereta

Anak-anak ni tak boleh nak jangka waktu lapar mereka. Walaupun sebelum bertolak dah makan sepinggan nasi tapi tak mustahil 30 minit selepas tu dah lapar balik. Gee akan standby makanan yang mudah untuk mereka makan seperti roti dan biskut. Air masak wajib tapi kena sediakan dalam botol yang mudah untuk mereka minum. Kang tumpah siapa jugak yang stress kan? Hahahaha. Jangan lupa sediakan satu plastik sampah untuk memudahkan mereka buang segala sampah. Kang haru biru tengok keadaan dalam kereta. Hahaha. 

Boleh juga sediakan buah potong atau pun sandwich. Kalau taknak potong siap-siap buah pun boleh asalkan semua dah dibasuh. Senang mereka nak ngap! Haha. So takde lah kita stress bila anak-anak lapar. Nak cari kedai makan bukan mudah juga. Kena cari kedai yang sesuai untuk anak-anak kita makan kan? Lainlah travel tanpa anak-anak, tu lain!

3. Bertenang dan tak kejar masa

Ini satu benda yang sangatttt penting. Tak semua orang akan faham situasi ini tau! Sebabnya ada orang nak cepat sampai ke destinasi tapi kita bila travel dengan anak-anak nie banyak benda kena expect. So jangkaan masa untuk sampai tu dari 5 jam boleh jadi ke 7 jam ye. Berhenti perlu juga untuk anak-anak ni hilangkan bosan terlalu lama berada dalam kenderaan. Untuk memudahkan semua pihak, sila cari tempat berhenti yang ada tandas, surau dan juga tempat makan. Kita yang dewasa boleh selesaikan urusan wajib dan anak-anak pun boleh hirup udara luar sekejap. 

4. Siap sedia selimut, baju sejuk, bantal

Yang ini merupakan keperluan keselesaan anak-anak di dalam kereta. Kalau check in hotel mungkin semuanya dah sedia lengkap tapi untuk perjalanan yang selesa rasanya lebih baik sediakan untuk mereka. Guna toto atau selimut untuk tempat tidur mereka dalam kereta. Bantal juga akan beri keselesaan mereka so pandai-pandailah kita mak ayah nak buat macam mana ye. hehe. Bab susun tempat tidur ni Gee serahkan kat incik suami je. Kalau Gee susun haru biru jadinya. Hahahaha.

5. Bawa bekal toys atau buku 

Ni salah satu cara untuk tarik perhatian anak-anak untuk tidak bosan. Boleh belikan 1 buku cerita baru untuk mereka bawa travel. Percayalah akan ada masa mereka bosan waktu kita berehat di hotel atau ketika tiada aktiviti nak di buat. So waktu ni mereka boleh main mainan atau belek buku yang di bawa. Kebiasaannya, Gee bekalkan buku mewarna untuk kakak Amani, lego untuk abang Arsyad dan juga mainan masak-masak untuk si Ardini. Kena ikut selera mereka jugak tau sebab nanti toys ke mana sebab mereka tak minat kan. Hahaha!

6. Basuh dah keringkan baju

Ni tips kalau travel lebih dari 3 hari. Sebabnya kalau travel lama mesti stok baju nak bawa banyak kan? Unless korang dah standby duit nak shopping baju anak-anak sepanjang travel. Kalau cenggitu bawa beg kosong je ler. Kikiki. Kalau travel ke rumah saudara mara untuk tempoh lebih 3 hari Gee akan siap-siap basuh baju anak-anak. Kalau ada mesin pengering baju tu lagi bagus! Mudah kerja! haha. Al maklumlah anak ramai, baju kotor sehari memang banyak kalau dikumpul! 

7. Ajar travel tanpa membeli mainan 

Letih lah ekonomi kalau setiap kali travel nak kena beli mainan. Sehinggakan setiap tempat disinggah mesti nak kena shopping mainan. Beli bila perlu. Kita tahu mainan apa yang anak-anak kita perlukan. Serius betul memang kita tahu!! So kalau mereka merengek nak mainan yang entah hape-hape tu abaikan je ler.. Tapi jiwa raga kena tahan sikit ler dengar mereka meraung sebabnya ni salah satu cara nak mendidik mereka. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat dengan mudah. Mungkin boleh guna pendekatan reward anak yang berkelakuan baik. Banyak cara reward sebenarnya, korang boleh pilih cara mana yang korang suka. 


Semoga bermanfaat untuk semua tips yang diberikan. Kalau travel mana-mana jangan stress-stress tau! Kalau ada orang ke tiga, ke lima atau ke lapan cuba untuk stresskan korang pekakkan telinga aje. Hargai setiap detik bersama anak-anak sebab hari tua esok kita pun mahu dilayan baik oleh mereka. Sentuh mereka, peluk, sembang dan hargai mereka. Gee dan suami pun masih banyak kekurangan dan akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk mereka. 

HAPPY TRAVEL WITH YOUR KIDS!!!

You Might Also Like

9 komen

  1. semua tips di atas memang buat sebab ada adik2 kecik. Biar penuh barang dalam kereta asalkan serba-serbi lengkap sebab kadang boleh lari bajet beli barang makan & necessities lain

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni..mmg betul kena bawa baju minimal sbb kalau tak kena bawak almari sekali..hehe

    ReplyDelete
  3. bila nak travel baju anak2 la yg byk nak kena bawa... penuh bag baju diorg saja,,, last2 bawa yg perlu sj bila dah pakai terus cuci nak jimatkan space...

    ReplyDelete
  4. Gud sharing sis.. thanks for info

    ReplyDelete
  5. bab nak kejar masa tu betul. kaella pun tak suka kalau nak pergi satu tempat tu nak rushing.

    ReplyDelete