REVIEW

Happy Anniversary REVEUSE MEDISPA!

February 06, 2018


HAPPY ANNIVERSARY REVEUSE MEDISPA!!! Bersempena sambutan ulang tahun REVEUSE MEDISPA pada 27hb Januari yang lepas, Gee dan semua Team Blogger Pantai Timur di jemput untuk meriahkan majlis mereka. Alhamdulillah Gee dan rakan blogger HUSNIEY HUSAIN dapat memenuhi undangan daripada mereka. Gee bawa juga incik suami dan anak-anak manakala Husniey datang bersama suaminya. 


PERTAMA KALI DATANG KE REVEUSE MEDISPA KUALA TERENGGANU

Reveuse Medispa ni ada 3 cawangan tau iaitu dia Kuala Terengganu, Seremban dan juga Kota Bharu. Sebelum ni Gee tak pernah pergi ke medispa. Bila sekali pergi terasa nak pergi lagi je! Bukannya apa, Gee tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh Reveuse Medispa dalam merawat kulit wanita mahupun lelaki. Ye! Kaum lelaki pun boleh dapatkan rawatan kesihatan dan kecantikan di Reveuse Medispa. 


MERIAHNYA MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN REVEUSE MEDISPA

Majlis ulangtahun diserikan dengan kedatangan artis-artis tempatan yang sangat sporting dan best iaitu Nabila Razali dan As'ad Motawh. Kami juga disajikan dengan celoteh hos yang sangat nakal dan riuh iaitu Aiman Hashim dan juga Tengku Kamal. Paling bertenaga dan gempak adalah persembahan tarian daripada Thdrawks sehinggakan anak-anak Gee tak berkedip mata tengok persembahan tarian mereka. Haha!




APA SERVIS YANG DISEDIAKAN DI REVEUSE MEDISPA?

Di Reveuse Medispa, mereka menawarkan pelbagai pakej yang sesuai dengan masalah yang kita hadapi. Setiap pakej pulak akan dibuat beberapa sesi tau! Nak dapatkan kulit sihat dan cantik bukan hanya dalam tempoh sehari ye. Semuanya bermula dengan skin analisis terlebih dahulu daripada pakar. Sebelum nak rawat nak kena kenal pasti punca-punca masalah kulit yang dihidapi. Adakah kulit kita kering yang menyebabkan jeragat atau kulit berminyak menyebabkan jerawat selalu je menyinggah atau kulit normal tapi masalah tona tak sekata pulak! 


Antara servis rawatan kecantikan dan kesihatan muka yang ditawarkan di Reveuse Medispa adalah : 
  • Vshape Muka
  • Rawatan untuk naikkan seri muka atau nak bagi glowing
  • Carbon Peel
  • 24k Gold Therapy
  • Skin Therapy
  • Shinning Bright Therapy
  • Masalah jeragat
  • Clarity Facial untuk hilangkan blackhead dan whitehead
  • dan sebagainya



REVEUSE MEDISPA MEMPERKENALKAN PRODUK SENDIRI : CRYSTAL CLEANSER

Untuk permulaan pengeluaran produk baru Crystal Cleanser ini, pihak Reveuse Medispa menawarkan harga yang jauh lebih murah dari biasa. Pada hari event berlangsung, Gee dan beberapa tetamu yang bertuah ada diberikan  percuma satu Crystal Cleanser yang diletakkan di dalam goodies bag yang comel. Meh Gee share apa yang best Crystal Cleanser ni.

KELEBIHAN CRYSTAL CLEANSER REVEUSE SKINCARE

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit ( Normal to oily skin )
  2. Mencuci sehingga ke liang pori : Membantu untuk menyegarkan kulit dan mengurangkan sebum atau minyak yang tersumbat dari dalam pori
  3. Bebas dari bahan kimia dan selamat digunakan
  4. Mengandungi Hydroxy Acid yang sangat berkesan untuk membantu membuang sel-sel kulit mati, minyak berlebihan dan boleh juga dibuat sebagai make up remover
  5. Kulit lebih lembut, segar dan nampak lebih sihat




Untuk maklumat lanjut mengenai Reveuse Medispa, korang boleh terus pergi ke Reveuse Medispa sendiri atau hubungi mereka di pautan yang Gee kongsikan di bawah ni :


ALAMAT : PT 35450 TINGKAT BAWAH DATARAN AUSTIN GONG BADAK, KUALA TERENGGANU



EMAIL : reveusemedispa@gmail.com

TELEFON : 016-338 4886










You Might Also Like

11 komen

  1. sesekali dapat peluang pegi spa harus jangan dilepaskan hehe.. okayla harga promosi tu not bad. menarik juga 10 sessions tu..

    ReplyDelete
  2. gee belanja cik nor g spa..hihi.. murah promosi dia tu..:)

    ReplyDelete
  3. Bestnya aira teringi sangat nak merasa medispa ni, harap2nya nanti ada peluang :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kek!! Bestnya pergi spa. Dah lama gila tak memanjakan diri kat spa. Hope tahun ni dapatlah pergi sekali. Lagi best bila pergi dengan rakan blogger <3

    ReplyDelete
  5. berbaloi sangat tawaran harga yang diaorang buat. rugi jugak tu kalau tk grab

    ReplyDelete
  6. Wowww ia punya promosi tu separuh harga tu. Ok la untuk 10 seisi

    ReplyDelete
  7. syokkknya kalau dapat pergi spa ni

    ReplyDelete
  8. I am appreciative of this blog's ability to provide information on such an important subject about Microneedling Treatment. I discovered other segments here, and I'm excited to put these new instructions to use.

    ReplyDelete