HOLIDAY

Sambut Birthday Anak di Hotel

November 21, 2017
SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI HOTEL. Kenapa tidak? Terasa macam orang kayo pulaks bila baca balik tajuk tu padahal kami ni orang biasa-biasa aje. Jangan salah faham ye cik adik kakak abang mak cik pak cik semua. Meh sini nak cerita kisahnya.


Minggu lepas, Gee & family pergi menginap kat Grand Puteri Hotel kat area Kuala Terengganu ni jugak. Nak holiday jauh, kos sangatlah tinggi sekarang ni kan. Makanya, pilih destinasi di kampung sendiri aje ler.

CERITA SELANJUTNYA <<< TEKAN SINI >>> . 

Kisah yang sambut besday anak kat hotel tu sebab kebetulan birthday anak Gee ke 2 Amani pada 7 November, anak yang ke 3 Ardini pada 12 November. Gee fikir boleh juga bagi hadiah dengan tidak memberi hadiah berupa barang an tapi bagi mereka kenangan yang best pada ulangtahun mereka. Memang kami tak beli hadiah pun. Gee cuma beli sebiji kek RM 15 untuk meraikan mereka berdua. 


Walaupun kek tu kecik tapi mereka excited tau! So misi kek berjaya! Ardini paling seronok bab memotong kek. Gambar takde sebab kalau ibu pegang phone memang habis kek tu 'dipotong' oleh si Ardini. Adeh!


Rasanya tahun depan nak buat macam ni juga lah. Pergi holiday kat mana-mana dan semestinya bergantung pada bajet, pastu beli kek, makan-makan dan spend time sama-sama. Bukan tak boleh nak buat kat rumah, cuma saja buat special sikit buat kat tempat luar. Ni pun Gee cari hotel area bandar tu je. Rezeki sungguh dapat harga murah & hotel pun siap ada kolam renang. Bertambah seronok anak-anak sesekali tidur hotel kan. Haha.

Untuk hotel, Gee booking last minit tau! Hari yang sama Gee check in. Gee booking hotel melalui :


Seronok sangat si Amani tu sampai ke harini takde pulak dia mintak hadiah. Hahaha. Alhamdulillah mereka betul-betul enjoy dengan mini vacation ni. 

Ada rezeki nak pergi bercuti lagilah! Bestkan keluar dari rutin biasa, tenangkan fikiran, hilangkan stress. Moga bertambah-tambah rezeki kita semua ye. Amin.. Next punya birthday lambat lagi lah! Mac tahun depan birthday big bos! Haaaa...nak check in mana pulaks tu??? Kita tunggu je ler.. Hahahaha. 


Dear Amani & Ardini. One day, Amani & Ardini akan baca blog ibu ni. Begitu juga dengan Arsyad & Aqil. Ibu cuma nak anak-anak ibu tahu, yang ibu & ayah akan sentiasa buat yang terbaik untuk kamu semua. Setiap kali kamu tersenyum, ketawa, itulah rasa kepuasan dari ibu & ayah. Jadilah orang yang sentiasa berbakti, berpegang kepada agama islam & sayangi semua orang di sekeliling kamu. Akan ada mereka yang akan berkata buruk tentang kita walaupun 1000 bakti kita berikan kepada mereka. Abaikan sahaja mereka, jangan buang masa, teruslah berbakti. Kami sayang kamu semua! 


You Might Also Like

8 komen

  1. seronoknya tengok!

    kadang, tak perlu hadiah yang mahal yang penting masa yang diluangkan keranan
    anak2 akan ingat masa yang diluangkan ibubapa bersama mereka ketika mereka besar kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan najah!bagi diaorang kenangan best lagi bermakna kan daripada hadiah yang mahal..

      Delete
  2. Tak pe la kat kampung sendiri janji leh spend time ngan anak-anak kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah lea..ekonomi sekarang tak macam dulu..sedih sungguh!

      Delete
  3. it's a good memory for them. wweeee

    jmput join GA Ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. comelnya kek tu! bestnya dapat sambut birthday kat hotel hehe

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  5. wahhhhhh, happy si kecik dapat kek ,hihi

    ReplyDelete