BEAUTY

Tips Untuk Dapatkan Kulit Yang Sihat Serta Badan Yang Segar Sepanjang Hari

July 11, 2018
Setiap wanita pasti menginginkan kulit wajah yang sihat serta mempunyai tubuh badan yang bertenaga sepanjang hari. Seperti Gee juga, rutin sehari suntuk dengan melakukan kerja - kerja rumah sering membuatkan badan Gee cepat lesu. Akibatnya, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Agak - agak korang apakah tips kecantikan dan kesihatan yang Sis Gee nak kongsikan di entry ini ye. Kalau muka dah cantik make up tu biarlah apabila make up itu ditanggal, kulit muka nampak bersih juga. Kan dah biasa dengan pepatah "Kecantikan dalaman itu akan mencerminkan kecantikan luaran seseorang". Ceeewahhhh! Itu soal kebaikan hati! Sama juga dengan kesihatan kita. Sangat perlu kita jaga kesihatan kita dari dalaman supaya ianya tidak akan memberi kemudaratan di kemudian hari.

Terdapat 3 Tips penting yang dapat Gee kongsikan untuk dapatkan kulit yang sihat serta badan yang segar di sepanjang hari.

1. MINUM AIR PUTIH SEKURANG - KURANGNYA 2 LITER SEHARI

Nampak mudah hanya meminum air putih sahaja tapi hakikatnya ramai yang tidak menitik beratkan pentingnya meminum air putih ini. Air putih atau air masak ini bukan sahaja dapat memberi kelembapan pada kulit malah sangat penting untuk sistem penghadaman juga. Bertambah penting sekiranya mereka ni suka akan makanan yang manis, untuk seimbangkan balik kandungan gula dalam badan, korang kena minum air masak dengan kerap. 

2. JAGA PEMAKANAN SETIAP HARI

Apa yang kita makan setiap hari memberi kesan pada kesihatan badan kita. Untuk mendapat badan yang sihat, anda disarankan untuk banyak mengamalkan makan sayur hijau, buah - buahan serta mengurangkan makanan yang manis. Makanan yang bergoreng menjadi faktor utama juga kepada kerosakan pada kulit muka. Lebih baik anda bertindak pada hari ini untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sebelum sampai ke tahap yang lebih buruk lagi.

3. MENGAMALKAN BIOXCELLENT COLLAGEN WITH DIAMOND


Baru - baru ni, Gee dan keluarga ada mengikuti trip Team Blogger Pantai Timur di Bukit Gambang Resort City. Di sana, jadual yang kami dapat sangat padat dengan aktiviti outdoor seperti berjalan di Taman Safari, mencuba aktiviti memanah, flying fox, memandu ATV dan juga sebagainya. 

Untuk persediaan dalaman Gee supaya lebih bertenaga dan juga sihat, Gee mula mengamalkan Bioxcellent Colla W. Diamond ini. Sebelum nak amalkannya, mestilah kena pastikan produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya ianya tidak memberi kemudaratan kepada kita. 

RAMUAN RAHSIA BIOXCELLENT COLLA W. DIAMOND

Dah tiada rahsia lagi! Gee kongsikan pada korang apakah ramuan rahsia yang menjadikan BioXcellent Colla W. Diamond ini sangat memberikan kesan yang positif termasuk Gee sendiri.

Antara ramuan yang terkandung di dalam BioXcellent Colla W. Diamond adalah :

** Campuran beri yang diperkayan dengan anti oksidan
** Tripeptide Kolagen
** Astaxanthin
** Acacia Gum
** Ekstrak buah anggur
** Tomato
** Epal
** Rasberi
** Buah delima



Apa yang tidak membimbangkan Gee adalah produk BioXcellent ini diuji di dalam makmal terlebih dahulu sebelum dikeluarkan di pasaran. Korang pun tahu apa kesan produk yang tidak diuji secara klinikal kan? So langkah - langkah penjagaan kualiti produk ini sangat bagus bagi menjadikan produk yang dikeluarkan bermutu tinggi dan memenuhi piawaian standard yang sepatutnya.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI DARIPADA PENGAMBILAN BIOXCELLENT COLLAGEN WITH DIAMOND


Sepanjang di Bukit Gambang Resort City, badan Gee terasa segar dah sangat bertenaga! Pada mulanya, Gee mengamalkan BioXcellent untuk merawat masalah kulit kusam dan berjerawat. Rupa - rupanya BioXcellent Colla W. Diamond ini juga dapat membantu mengembalikan tenaga dan memberi kesegaran pada tubuh.

Ada banyak lagi manfaat yang Gee nak kongsikan dengan korang. Antaranya :

** Mengembalikan kelembapan dan keanjalan kulit.
** Memperbaiki struktur kulit, mengurangkan kedutan serta garis halus pada wajah.
** Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan pigmentasi.
** Menjadikan kuku lebih kuat dan mengurangkan keguguran rambut.
** Meningkatkan penghasilan susu ibu.
** Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang berumur 16 tahun ke atas.


CARA PENGAMBILAN BIOXCELLENT COLLAGEN WITH DIAMOND YANG BETUL


Caranya sangat mudah dan cepat! Sebelum Gee mulakan aktiviti ketika di Bukit Gambang Resort City, tak sampai seminit je Gee spend masa untuk minum BioXcellent Colla W. Diamond. Rasanya pun sedap, rasa masam rasberi dan delima.

Cara - caranya seperti yang Gee kongsikan ini ye :

1. Campurkan 1 scop ( 20 gram ) ke dalam 200 ml air / 250 ml air suam.

2. Kacau dan goncang sehingga larut.

3. Minum serta merta selepas bancuhan larut.

Jangan lupa, minum air putih yang mencukupi setiap hari untuk mendapat kesan yang terbaik.

  
TESTIMONIAL PENGGUNA LAIN BIOXCELLENT COLLAGEN WITH DIAMOND

Wah! Kalau kita nak mencuba sesuatu produk mesti nak tahu jugak kan kesan produk ni pada pengguna lain macam mana. Al maklumlah sekarang ni terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan yang ada di pasaran so lebih baik kita dapatkan info yang lebih lanjut dan jelas. Rata - rata yang dah mencuba memberikan feedback yang sangat positif!




SERONOK BADAN TERASA SEGAR SEPANJANG HARI!


Walaupun seharian penuh aktiviti, badan Gee masih bertenaga sehingga ke aktiviti di malam hari. Berbeza dengan sebelum ni, badan terasa cepat letih dan lesu. Kulit muka pula yang sebelum ini sangat kering, terasa semakin better dan target Gee lepas ni nak hilangkan jeragat dan bintik - bintik hitam pula. So kita tunggu Gee habiskan sebotol BioXcellent Colla W. Diamond ini lah ye! Nanti Gee share testimonial macam mana. Hehe.



Untuk pengetahuan korang, nak dapatkan BioXcellent Colla W. Diamond ni sangat mudah! Korang boleh dapatkan di cawangan Watsons yang berhampiran atau boleh juga dapatkan info daripada pautan di bawah ini.





You Might Also Like

7 komen

  1. TIPS no 3 tu dgn bioexcellent hii.. makin plolesss lah geee comey loteyy..

    ReplyDelete
  2. WOW...warna pink..mesti masam jgk kan..tapi jadi guh produk niii

    ReplyDelete
  3. pernah dengar produk ni.. tak ingat kat mana. btw..mmg bgus wanita amalkm supplement untuk boost kesihatan jg tu

    ReplyDelete
  4. Wah.. patutlah cergas dan jelita je Gee..

    ReplyDelete