Terkesan Dengan Pengalaman di McDonald's Jalan Gambang

July 15, 2018
Pada 4 hingga 6 Julai 2018 yang lepas, Gee, keluarga dan lagi 11 keluarga blogger dari Team Blogger Pantai Timur pergi menginap dan beraktiviti di Bukit Gambang Resort City. Kebanyakan daripada kami merupakan pertemuan pada kali pertama di sana. Haaa dah seperti reunion atau boleh juga diibaratkan seperti Hari Keluarga Team Blogger Pantai Timur.

Sepanjang 3 hari bersama, tibalah saat yang agak sayu bila masing - masing dah nak balik. Walaupun pertama kali jumpa, terasa ikatan itu seperti adik, kakak, abang dan seperti satu keluarga yang besar. Bagi menutup holiday kami di Bukit Gambang Resort City, kami mengambil keputusan untuk meraikannya di MCDONALD'S JALAN GAMBANG. 


KENAPA MEMILIH MCDONALD'S JALAN GAMBANG??

Pada mulanya, kami nak say goodbye di Bukit Gambang Resort sahaja. Tapi bila dapat tahu ada Mcdonald's yang berhampiran dengan Bukit Gambang Resort City serta berhampiran juga dengan lebuhraya, maka kami sama - sama decide nak lepaking di Mcdonald's Jalan Gambang sebelum memulakan perjalanan jauh kami ke negeri masing - masing.

So korang nak tahu apa lagi yang best Mcdonald's Jalan Gambang ni?

1. Lokasi Mcdonald's Jalan Gambang 

Kalau kita tak biasa dengan tempat baru, mesti kita search lokasi dengan waze atau google maps je kan? Lokasi Mcdonald's Jalan Gambang ni memang berada di tengah - tengah antara Bukit Gambang Resort City dan bandaraya Kuantan. Tambahan pula, Mcdonald's Jalan Gambang ini memang di tepi jalan utama so sangat mudah nak jumpa walaupun tanpa menggunakan google maps.

2. Kawasan parking kenderaan yang banyak

Korang pernah tak plan nak pergi makan ramai - ramai di satu restoran, then tak jadi sebab parking takde!! Tapi bukan berlaku di Mcdonald's Jalan Gambang ye. Parking kat sini, korang boleh pilih nak parking hadapan, sebelah, belakang malah di luar kawasan Mcdonald's ni pun masih banyak kawasan parking untuk kereta.


3. Tempat makan yang banyak pilihan

Di Mcdonald's Jalan Gambang korang boleh memilih sama ada nak makan di tingkat bawah atau tingkat atas. Tingkat atas pula korang boleh pilih nak makan di kawasan terbuka atau di dalam Mcdonald's yang berhawa dingin. So kalau datang dengan bilangan yang ramai memang takde masalah. 



4. Mempunyai pelbagai kemudahan

Selain daripada kelebihan restoran yang beroperasi selama 24 jam, Mcdonald's Jalan Gambang sangat menitik beratkan keperluan pelanggan - pelanggan yang datang. Mcdonald's Jalan Gambang ada menyediakan kemudahan seperti bilik bayi, tandas, kemudahan untuk orang kurang upaya, serta ruang permainan untuk kanak - kanak. Selain itu, Mcdonald's Jalan Gambang juga lengkap dengan kemudahan pandu-lalu yang sangat memudahkan tempahan pelanggan hanya dari dalam kereta sahaja.

5. Pekerja yang sangat peramah dan mesra

Ni paling bestlah apabila kita dilayan seperti VVIP! Hehe. Maksudnya, bermula kami melangkah masuk ke pintu utama, kami disambut dengan mesra sekali dengan staff Mcdonald's yang bertugas di tingkat bawah dengan ucapan 'Selamat Datang!' Memandangkan kami datang seperti rombongan Cik Kiah. maka kami ditempatkan di ruang sambutan hari jadi. Nampak tu kenapa kami dilayan seperti VVIP? Walaupun kami bukan nak sambut birthday, dan kami tak pula tempah meja terlebih dahulu. Pekerja - pekerja kat sini semuanya friendly!! Sepatah kita tanya, dibalasnya mereka macam sembang dengan kawan lama pulak. Hehe


SEORANG STAFF MCDONALD'S JALAN GAMBANG MENCURI PERHATIAN KAMI!

Kami sangat tertarik dengan seorang pekerja Mcdonald's Jalan Gambang yang kelihatan agak berumur, akan tetapi melayan kami dan anak - anak seperti beliau berumur 20 tahun! Bukan kata beliau melompat, berjoget ke apa..Ish korang ni! Cara layanan dan percakapan beliau sangat menarik perhatian kami untuk lebih mendekati beliau.

Nak tahu siapa beliau? Beliau adalah seorang wanita yang sudah pun mencecah umur 50 tahun yang sangat mesra dengan panggilan MAMA. Jom Gee kongsikan sedikit kisah menarik tentang MAMA. 

MAMA BERSAMA AMANI
Nama penuh MAMA ialah Nik Anisah binti Mohd Ibrahim. Selain daripada tugas seharian di Mcdonald's sebagai Guest Experience Leader (GEL), MAMA juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang anaknya. MAMA memberikan contoh yang terbaik untuk semua pekerja Mcdonald's dengan membuktikan faktor umur bukanlah penghalang untuk berjaya di dalam kerjaya dan dalam masa yang sama dapat berkhidmat kepada masyarakat.

Kalau korang nak tahu, tahun 2018 ini, dah 3 tahun MAMA berkhidmat dengan Mcdonald's. Yang menjadi inspirasi kepada kami, MAMA dinaikkan pangkat menjadi GEL hanya selepas bekerja selama 6 bulan. Sikap dedikasi dan sikap MAMA yang membuatkan pihak pengurusan tertarik untuk menaikkan pangkat mama dalam tempoh yang singkat.


KISAH PERMULAAN KERJAYA MAMA bermula apabila perniagaan MAMA terpaksa ditutup disebabkan faktor ekonomi dan ketiadaan projek. Demi ingin menambah pendapatan keluarga, MAMA memulakan kerjaya beliau di Mcdonald's Jalan Gambang. MAMA beranggapan semua pelanggan yang datang ibarat seperti keluarga sendiri. MAMA suka bergaul mesra dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat yang datang berkunjung disitu. Bagi MAMA, semua pelanggan memberikan MAMA kegembiraan dan pengalaman yang baru kepada beliau.

Antara pengalaman manis yang MAMA kongsikan ialah dapat menyambut Hari Lahir dan juga Hari Kanak - Kanak di Mcdonald's Jalan Gambang. Setiap hari MAMA sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasnya. Beliau sangat suka bersembang dan bercerita dengan pengunjung yang datang tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat.


TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR BERMESRA DENGAN WARGA MCDONALD'S JALAN GAMBANG

Wah seronok sungguh kami apabila dapat mengenali dengan lebih dekat lagi dengan MAMA. Walaupun bilangan kami yang agak ramai, namun warga Mcdonald's Jalan Gambang memberi layanan yang terbaik untuk kami.


Pada hari itu, kami mencuba menu baru Burger Rio yang dikeluarkan bersempena perlawanan bola sepak FIFA. Anak - anak pula teruja dengan set Happy Meal setiap seorang dan juga mini sundae cone yang dihidangkan untuk setiap orang. Kami pun tidak ketinggalan tau! Kami makan sundae coklat dan juga ubi kentang goreng. Kenyang semuanya dan terpahat satu kisah inspirasi pada kami semua.

KAMI SUPPORT MCDONALD'S PRIHATIN

Walaupun kami bukan daripada kalangan warga pekerja Mcdonald;s, namun kami menjadikan misi Mcdonalds yang prihatin ini sebagai inspirasi kami. Mcdonald's merupakan sebuah syarikat yang sentiasa membuka peluang kepada semua lapisan umur untuk membina kerjaya di Mcdonald's. Walaupun anda kurang upaya dan sudah berumur, namun semua itu bukan penghalang untuk menyertai kru Mcdonald's kerana Mcdonald's sentiasa menjaga kebajikan pekerja mereka.

Baru - baru ini, ramai pekerja islam berkelayakan untuk menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. Mcdonald's merupakan tempat makanan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus.


KORANG MESTI SINGGAH DI MCDONALD'S JALAN GAMBANG

Pengalaman pertama kali ke Mcdonald's Jalan Gambang membuatkan Gee terasa ingin datang lagi ke sini. Terima kasih kepada seluruh warga Mcdonald's Jalan Gambang yang memberi layanan yang terbaik kepada kami serta semua pengunjung yang datang ke sini. 

Kalau korang kebetulan ke Gambang atau Kuantan, korang mesti singgah di Mcdonald's Jalan Gambang ini atau lebih dikenali Mcdonald's Sungai Isap. 

ALAMAT :

McDonald's Jalan Gambang DT,
Lot 121596 (HSM68258) hingga Lot 12160,
Tanah Kerajaan Jalan Kuantan Gambang,
Mukim Kuala Kuantan,
25150 Kuantan,
Pahang,
Malaysia.

TELEFON :
09 - 536 2746






10 comments:

  1. Amboi rombongan cik kita semua muka ceria nau berseri lit lit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tau takpe!!berserii tak hingat!haha

      Delete
  2. Pergh!! Terbaiklah aktiviti sis dan Blogger lain.. Kalau sesat ke Gambang bolehlah singgah di McD ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!!kan! jumpa mcd kira huntong dah tu!

      Delete
  3. tudia..x pernah tau Mcd ada GEL yang sgt2 bagus...rasa nak pi MCD situ utk experience..patut jadi contoh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah! dah banyak mcd pergi. tapi jumpa dengan MAMA serius bagi kita new inspiration!

      Delete
  4. tu lah, terharu dengan prinsip MCDONALD yg membuka peluang dan ruang kepada mereka. harap benda mcm ni dapat dicontohi oleh syarikat lain jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul!! sebab membuka peluang kerjaya utk yang kurang upaya.

      Delete
  5. Patut di contohi oleh syarikat lain yang ada 'services charge'tuu.. Hehe
    Customer service kena tiptop barulah sesebuah cawangan restoran tu maju kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul husni! customer happy dan company juga boleh nama!

      Delete

Powered by Blogger.