REVIEW

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER | RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI!

July 30, 2018
Kebersihan dan penjagaan diri anak - anak adalah satu isu yang sangat penting. Tambah pula, Gee punya anak yang berumur 2 hingga 7 tahun yang sangat aktif. Gee sangat tekankan betapa pentingnya mandi dengan bersih pada anak - anak. Kesihatan mereka akan menjadi lebih baik andai kebersihan sentiasa diutamakan.


Gee pilih CARRIE JUNIOR sebagai produk mandian dan shampoo untuk anak - anak. Mereka memang suka dengan bauan Carrie Junior. Untuk shampoo Geng 4A ni Gee guna Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster. Nak tahu lebih lanjut berkenaan syampu ini? Jom Gee kongsikan dengan korang apa menariknya Syampu Odour Buster ni.


Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.


Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.
CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. 

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60di Sabah & Sarawak. 

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70di Sabah & Sarawak.
*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan


Korang boleh dapatkan produk CARRIE JUNIOR di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. Sekarang kalau lepas mereka aktif bermain dan berpeluh, bau badan masih segar dan berbau aroma buah - buahan Carrie Junior!!

Thank You Carrie Junior!!!



You Might Also Like

1 komen