REVIEW

Susu Suffy B Genius Kegemaran Si Manja

July 13, 2018
Setiap kali memikirkan susu apakah yang terbaik untuk anak - anak pasti semua mama papa naik risau dan stress memikirnya. Mau tak stress kalau silap pilih susu yang tak sesuai, anak - anak sakit perut, cirit - birit, muntah dan secara tidak langsung akan mengganggu tumbesaran anak - anak.

Pengalaman anak - anak tak sesuai dengan susu ni pernah juga Gee mengalaminya. Apabila anak - anak dah hampir 2 tahun, Gee akan mula mencari susu yang sesuai untuk menggantikan pemberian susu ibu selama 2 tahun. Dah nama housewife, kalau tak dapat fully breastfeeding rasa rugi juga melainkan memang susu tak dapat nak supply disebabkan faktor kesihatan. 


Sis Gee diperkenalkan dengan SUSU SUFFY B GENIUS! Alhamdulillah tepat pada maktu dan ketikanya apabila Gee diperkenalkan dan disarankan SUSU SUFFY ini. Ogos depan, Aqil si bongsu ku dah masuk usia 2 tahun manakala kakaknya Ardini masih lagi minum susu formula. Gee dan suami sangat mementingkan pengambilan susu kerana susu merupakan sumber kalsium dan vitamin yang sangat penting untuk badan yang sihat. 

JENAMA SUSU YANG BOLEH DIPERCAYAI DI MALAYSIA

Pemilihan susu anak bukan seperti memilih baju di pasaraya. Andai tersalah pilih size baju, boleh juga ditukar size baju yang lain atau beli yang baru. TAPI kalau tersalah pilih susu anak, anak - anak juga yang akan merana. Untuk pengetahuan korang, SUFFY ini merupakan susu berjenama yang dipercayai oleh ibu bapa seluruh Malaysia. 



SUFFY di miliki oleh sebuah syarikat SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD yang terletak di Perak, Malaysia. Mereka yang bekerja keras dalam SUFFY ini sangat menitikberatkan keperluan anak- anak dan keluarga yang ingin mencari produk susu yang berkualiti tinggi, selamat dan mampu dimiliki.

KENAPA SUSU SUFFY B GENIUS MENJADI PILIHAN??

Susu SUFFY B GENIUS dirumus khas untuk kanak - kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun. Apa yang menarik perhatian Gee, SUSU SUFFY ni menggunakan konsep B3. Apakah itu konsep B3? Jom Gee kongsikan dengan korang.


B3 formula terdiri daripada BRILLIANT, BOOST, BALANCE. 

BRILLIANT : Susu Suffy B Genius mengandungi DHA di mana DHA ini merupakan komponen yang sangat penting untuk perkembangan otak kanak - kanak. Kalau perasan, kebanyakan makanan bayi pun ada mengandungi DHA ni sebabnya bukan sahaja susu keperluan penting malah makanan bayi juga sangat penting bagi membantu anak - anak membesar dengan sihat.

BOOST : Susu Suffy B Genius dirumus khas dengan prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja. 

BALANCE : Susu Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh si manja. Apabila si manja dapat nutrisi yang seimbang maka ianya sangat membantu dalam proses tumbesaran mereka.



CARA PENYEDIAAN SUSU SUFFY B GENIUS

>> Campurkan 4 sudu (30gm) susu tepung Suffy B Genius dengan 200ml air suam.

>> Goncangkan botol atau kacau biar sekata di dalam cawan.

>> Sedia untuk diminum oleh si manja!

CADANGAN PENYUSUAN : 3 kali sehari


ARDINI DAN AQIL BERTAMBAH SIHAT DAN PINTAR DENGAN SUSU SUFFY B GENIUS

Bila dapat tahu susu Suffy ini memang bagus untuk si manja, maka Gee pun cuba bagi Ardini dan Aqil minum. Especially Aqil yang slowly Gee nak ajar minum susu formula. Gee fikir susah juga ni sebab hampir 2 tahun usia dia memang Gee fully breastfeeding Aqil. Ketika Gee bercuti bersama keluarga dan lagi 11 keluarga Blogger Pantai Timur, Gee cuba bagi susu suffy pada Aqil dan Ardini. 

Sepanjang kami di sana, Aqil tiada cirit birit atau sakit perut selepas mencuba susu suffy. Wah! Berita baik tu!! Ardini pun sama! Mereka berdua aktif je sepanjang di Bukit Gambang Resort City walaupun seharian penuh aktiviti. Anak - anak ni kalau tak cukup rehat mesti mudah meragam. Tapi dengan bantuan susu SUFFY B GENIUS mereka lagi seronok mengeksplorasi perkara baru di sana. Alhamdulillah anak - anak Gee serasi dengan SUSU SUFFY B GENIUS!!!


CARA MUDAH NAK DAPATKAN SUSU SUFFY B GENIUS

SUSU SUFFY B GENIUS merupakan produk terbaru keluaran SUFFY. Walaupun produk baru, korang boleh buat pembelian secara online atau menghubungi agent SUFFY seluruh Malaysia. 

Untuk info lanjut korang click je pautan kat bawah ini :





SUFFY CARELINE : 05 - 525 2992

EMAIL : admin@suffy.com.my

ALAMAT : 

Suffy Dairy Group Sdn Bhd,
No. 29, Laluan Meru Perdana 11,
Taman Meru Perdana 2,
31200 Chemor,
Perak, Malaysia.





You Might Also Like

4 komen

  1. bila anak suka dan serasi dengan susu, ibu pasti senang hati kan sis..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, senang la kalau anak2 kak gee dah serasi, tak yah risau2 kann

    ReplyDelete
  3. Susu tu memang dah terbaik untuk anak-anak.. Tapi tak puas hati lak tgk crown budak kecik tu.. nak pinjam semainggu boleh? hahaha

    ReplyDelete
  4. Baguslah anak2 kak gee serasi dengan susu tu..comeyy anak2 kak gee.

    ReplyDelete