Mohon Dominos Kekalkan Menu Ssamjeang Pizza

July 02, 2018
Dominos Pizza telah mengeluarkan menu pizza terbaru iaitu Ssamjeang Pizza bermula awal bulan Jun yang lepas. Dah penghujung promosi, barulah Gee sempat merasa pizza terbaru Dominos nie. Al maklumlah sebulan puasa dengan seminggu beraya sibuk benor sampaikan terlupa keinginan nak merasa Ssamjeang Pizza.

Mudahnya di Dominos ni, kalau korang nak dine in ke, tapau ke, korang boleh order siap - siap di website Dominos. Semuanya sangat mudah dari langkah awal sehinggalah langkah akhir. Di website Dominos korang buh siap - siap jam berapa nak datang ambil, sangat menjimatkan masa menunggu kan? 



Bila ramai kawan - kawan up status di social media Ssamjeang Pizza sedap dan sangat rugi kalau tak cuba, terus ku jeling - jeling pada incik suami ajak pergi Dominos. Kikiki. Nasib baik incik suami suka juga makanan omputeh ni, maka kami pun pergi ke Dominos Cawangan Kuala Terengganu di Jalan Air Jernih.

Kalau korang nak tahu, Ssamjeang Pizza ini diinspirasikan daripada semua peminat makanan Korea di Malaysia. Makanan Korea terkenal dengan rasa pedas kan? Gee suka tengok drama Korea, especially bila scene mereka makan. Perghhh boleh meleleh tengok diaorang makan! Haha! 


Cukuplah satu size regular Ssamjeang Pizza untuk kami suami isteri memandangkan rasa pedas pizza itu kan. Hehe. Bila sampai je, bau dia sungguh menusuk kalbu! Pizza ni makan panas - panas baru syok! So kami decide makan kat Dominos je. 

Size regular pun boleh tahan besar!! Mesti korang nak tahu apa rasa dia kan? Ssamjeang Pizza ada 4 jenis toping yang korang boleh pilih iaitu Ssamjeang Beef, Ssamjeang Chicken, Ssamjeang Tuna dan juga Ssamjeang Prawn. Kami pilih Ssamjeang Chicken. Serius rasa dia memang meletop kebabom masam - masam pedas manissss....


Cheese dia memang mewah walaupun kami tak mintak extra cheese. Sos dia rasa masam dan pedas of course! Makan 1 piece walaupun pedas tahap berair hidung, masih lagi terasa nak makan lagi dan lagi! Ketagih dengan rasa sos dia dan juga toping kat atas tu sangat juicy!! 

Disebabkan rasa ketagih dengan Ssamjeang Pizza inilah, daku mewakili seangkatan penggemar pizza seluruh Malaysia berharap Dominos akan melanjutkan lagi tempoh promosi Ssamjeang Pizza ini. Aci tak Dominos? Hahahaha!


Dah tahu kan makanan orang Korea pedas, maka kami siap sedia order 2 jenis pizza lain untuk mereka. Untuk merasa perisa yang berbeza kami order 2 personal pizza. Topping mestilah kesukaan mereka yang banyak sosej!! Haha!


Untuk personal pizza kami memilih topping Beef Pepperoni dan juga extravaganza. Untuk personal pizza nie kami ambil 2 set so dapatlah pizza, air dan juga mushroom sup untuk setiap set. Si bongsu Aqil tu suka pulak dengan mushroom supnya. 


Korang belum rasa Ssamjeang Pizza boleh terjah ke website https://www.dominos.com.my/ sekarang!! Nampaknya masih ada lagi menu Ssamjeang Pizza ni di paparan menu. Cepat - cepat cuba sebelum Dominos tutup promosi pizza baru ni. Hehehe. Nak order boleh terus call hotline Dominos 1300-888-333 . Nak tengok apa komen mereka yang dah merasai pengalaman dengan Dominos? Boleh terjah juga laman facebook dominos https://web.facebook.com/DominosMY/.






7 comments:

  1. Sedap memang sedap.. cuma pedas, sha tak tahan.. Sha rasa yang daging.. memang best r,..

    ReplyDelete
  2. sama lah, harap sangat menu samyeang ni kekal sampai bila2

    ReplyDelete
  3. waaaa.. terbaek.. nampak sedap ni :)

    Harap sudi join segmen ejulz :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  4. sha pun berharap benda sama sebab nak rasa lagi!!!

    ReplyDelete
  5. lom try ni, sisg.
    memang biasa oder domino.
    ari tu time oder, ntah ada ntah tak yg ni. tak perasan!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.