RESEPI

Mee Rebus Mudah dan Cepat

July 17, 2018
MEE REBUS antara menu express yang akan Gee masak ketika ketandusan idea atau masa untuk memasak sangat singkat. Mee yang Gee gunakan ialah mee kuning dan sekiranya korang suka bihun atau kuew tiaw atau maggi pun boleh di makan dengan kuah ni. 

Tapi lain negeri, lain cara masakan mee rebus. So kalau nak cuba Ganu style mee rebus boleh lah korang cuba resipi ringkas Gee ni. 


MEE REBUS RINGKAS

Bahan - bahannya :

1. Mee kuning ( boleh je guna bihun / maggi / kuew tiaw )
2. 1 biji bawang besar ( dihiris )
3. 3 ulas bawang putih ( diketuk )
4. Lada hitam tumbuk
5. Sayur sawi, lobak, bunga kobis, tomato
6. Ayam dipotong kecil
7. Telur 2 biji

Cara - caranya :

1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama bawang putih yang diketuk.

2. Tumis sekali lada hitam yang ditumbuk. ( kuantiti ikut selera korang nak pedas lada hitam tu banyak mana )

3. Masukkan air sebanyak mana kuah yang korang nak.

4. Masukkan ayam yang dipotong kecil.

5. Dah mendidih, pecahkan telur dan masukkan sebiji dahulu. Kemudian masukkan lagi telur kedua. ( nak buh banyak pun takpe )

6. Masukkan segala sayur yang korang suka. Gee suka banyak sayur so memang warna warni mee rebus i.. Hehe..

7. Masukkan garam dan bahan perisa yang korang guna.

8. Dah rasa semua okey? Tutup api dan Siap kuah mee rebusnya!

9. Celurkan mee kuning dengan air panas seketika kemudian toskan.

10. BOLEH MAKAN DAH MEE REBUS!!!

Nak sedap lagi boleh makan ikut cara Gee ni. Masukkan mee kuning dalam mangkuk berserta kuahnya. Masukkan sedikit kicap, sos cili, lada jeruk ( korang tak tahu panggil apa hirisan lada bersama air cuka ), perah limau nipis sikit . PERGHHH SEDAPPPP!

Sedap ke idok? Korang boleh cuba dan rasa sendiri wokeh!


You Might Also Like

7 komen

  1. yakkkk. mee rebus pkul 12 tgh ni kena dengan timing. nk g cari atas pasar eyh pahni

    ReplyDelete
  2. Alahai.. Sedap pula tengok mee rebus tu..

    ReplyDelete
  3. hehehe kat setengah tempat mee rebus dia kuah ada santan sket. ada juga yang macam ni. selera je mana2 pun hahaha makanan tak tolak =P

    ReplyDelete
  4. agak lain ye mee rebus nyer, sisg.
    nice to read this bcoz tambah ilmu makanan pantai timur.
    sini mee rebus berkeledek. kuah pekat. tak bersambal.

    ReplyDelete