REVIEW

MAKANAN BAYI MUDAH DAN CEPAT DARI BABY SADOO

July 26, 2018
Sebagai seorang blogger sepenuh masa dirumah, tugas Gee boleh diibaratkan juga seperti bekerja dari rumah. Bila kita bekerja dirumah, ramai yang menyangka ianya sangat mudah kerana mempunyai banyak masa untuk menyediakan segala keperluan anak - anak termasuklah menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka.



Gee sendiri, dengan tugasan menulis artikel dirumah kadang - kadang terkejar - kejar masa dengan due date article dan juga mahu memberikan yang terbaik untuk si kecil. Namun, semuanya berubah apabila Gee diperkenalkan oleh seorang rakan satu produk makanan bayi iaitu BABY SADOO

BABY SADOO MELENGKAPKAN KEPERLUAN NUTRISI BAYI


Dalam pada kesibukan Gee dalam blogging, produk BABY SADOO banyak membantu dengan mengeluarkan produk makanan bayi yang selamat dan cepat disediakan. Si bongsu Gee, Aqil yang hampir berusia 2 tahun, ada ketikanya Gee perlu menyediakan satu menu asing hanya untuk dia sahaja. Al maklumlah di awal usia belum menginjak 2 tahun, Gee memang tak ajar mereka makan makanan yang pedas so kalau nak masak menu pedas sedikit, Gee kena buat menu asing yang lain untuk Aqil.

BABY SADOO memudahkan Gee dengan mengeluarkan makanan yang mempunyai pelbagai pilihan variasi rasa. Menariknya, BABY SADOO tidak mempunyai sebarang bahan perasa dan pewarna yang boleh mengurangkan zat dan nutrisi makanan itu sendiri.


7 KELEBIHAN BABY SADOO YANG ANDA PERLU TAHU


1. MAKANAN YANG HALAL

BABY SADOO merupakan produk muslim bumiputera di Malaysia. Ianya dimasak dan disediakan dengan bersih dan menggunakan bahan mentah yang dijamin halal.

2. MEMPUNYAI PELBAGAI KHASIAT

Dengan adanya lebih dari 10 jenis pilihan makanan BABY SADOO ini, ianya merangkumi pelbagai khasiat untuk si kecil. Walaupun anda sibuk, namun anak anda tetap dapat nutrisi yang seimbang daripada rangkaian produk BABY SADOO.

3. TAHAN LAMA DAN BOLEH DIBUAT STOK YANG BANYAK
Menariknya, korang boleh sediakan stok yang banyak untuk si kecil untuk hari esok mereka kerana BABY SADOO boleh disimpan di peti beku juga. Setiap kali nak suapkan, anda hanya perlu keluarkan sebotol sahaja. Mudah kan?

4. PILIHAN RASA YANG MENARIK

Gee sendiri rasa sebelum suapkan pada Aqil. Mestilah nak tahu apa rasakan? Rasa dia memang seperti makanan bayi yang kita buat sendiri! Si kecil boleh merasa pasta bersama ayam, pasta bersama bayam, dan pelbagai variasi rasa lagi.

5. BEKAS YANG SELAMAT UNTUK DIPANASKAN

Bekas kaca yang bertutup Baby Sadoo ini boleh terus digunakan untuk dipanaskan di dalam microwave, bottle warmer atau rendamkan je di dalam air panas di mana sahaja. Setelah dipanaskan, boleh terus dimakan! Sangat mudah!

6. TAK PERLU MASAK DAN TAMBAH BAHAN LAIN

Makanan bayi Baby Sadoo sedia dimakan tanpa perlu ditambah bahan - bahan lain. Oleh yang demikian, kalau nak travel memang mudah dengan adanya Baby Sadoo ini. Anak - anak boleh makan di mana sahaja tidak kira di mana anda berada.

7. MESRA PENGASUH
Anak anda tetap terjaga pemakanan mereka walaupun dihantar ke rumah pengasuh. Pengasuh pula hanya perlu panaskan je Baby Sadoo, dan terus boleh suapkan pada anak anda.


SET PRODUK BABY SADOO 


Terdapat pelbagai variasi serta pilihan menu yang disediakan untuk bayi anda. Dengan Baby Sadoo, anak anda boleh mempelbagaikan menu harian mereka daripada kebiasaan yang sentiasa menu bubur nasi sahaja. Hehe. Jom kita lihat apakah variasi yang ada!


>> FRUITY DELIGHT <<

Menu Fruity Delight terdiri daripada puree pisang, puree mango, puree sweet potato, puree apple dan puree pear. Menu ini sesuai untuk peringkat umur seawal 6 bulan sehingga 8 bulan.

Harga : RM 6 satu / 3oz


>> CHUNKY DELIGHT <<

Menu Chunky Delight terdiri daripada forest creamy pasta, mango yogurt, sweetie chick, beefto mashed potato, fine broccoli porridge + dates, fine carrot porridge, fine pumpkin porridge dan puree dates. Menu ini sesuai untuk peringkat umur seawal 6 bulan sehingga 8 bulan ke atas. 

Harga : RM 7.50 satu / 3oz - 3.5oz


>> YUMMIEY <<


Menu Yummiey terdiri daripada puree creamy avocado dan oaty prunes. Menu ini sesuai untuk peringkat umur seawal 6 bulan ke atas. 

Harga : RM 9 satu / 3oz - 3.5oz


>> PICKY DELIGHT <<


Menu Picky Delight terdiri daripada beefto carrot porridge, marinated chicken rice, beefto mac and cheese, cheesy egg porridge, mushroom creamy pasta, pasta bolognese, greenish chicky pasta, dan baby chicken butter milk.  Menu ini sesuai untuk peringkat umur 12 bulan dan ke atas. 

Harga : RM 12 satu / 7.5oz



RAMAI MOMMY DAH MENCUBA, ANDA BILA LAGI?

Selain daripada mudah dan cepat, makanan bayi Baby Sadoo ini juga mudah untuk di bawa travel. Gee sendiri membawa bekal Baby Sadoo ini ketika ke Bukit Gambang Resort City baru - baru ni. Bila tiada makanan yang sesuai untuk anak kecil, masalah akan selesai dengan adanya bekal makanan bayi Baby Sadoo ini.



Untuk sebarang meklumat lanjut, anda boleh hubungi info di bawah.


MAKANAN BAYI BABY SADOO 




Telefon : 019 664 9388


You Might Also Like

4 komen

  1. ni kalau dapat kat sha pun sha makan ni hehehe

    ReplyDelete
  2. anak2 suka...sedap n senang nak bawa travel

    ReplyDelete
  3. mudah nyer zaman skang.
    time anak2 aida kecik dulu, payah nak dpt yg trusted.
    byk omputeh punyer brand.

    ReplyDelete