Kasih Sufi Shawl Antara Koleksi Tudung Terbaik Yang Gee Miliki

July 19, 2018
KASIH SUFI merupakan jenama tudung baru yang Gee miliki. Korang suka pakai shawl tak? Kalau orang yang follow Gee di Instagram dan Facebook rasanya boleh tahu dah kebanyakkan gambar Gee memang banyak Gee pakai selendang panjang atau mudah dipanggil shawl. 

Apa yang best kalau ber shawl ni, kita boleh adjust dan pelbagaikan gaya pemakaian tudung. Nak lilit ke atas, ke tepi ke bawah memang takde hal pun. TAPI semua gaya tu bergantung juga pada kualiti dan size shawl yang korang beli. 

Shawl sekarang pula banyak yang transparent, nak kena pakai inner pulak kat bahagian dalam. Dah lah cuaca panas sekarang sampai tahap nak terkena strok haba! Pakai pakaian tebal mau menitik peluh nanti. Haha!

TUDUNG KASIH SUFI JENAMA BARU BAKAL MENJADI REBUTAN


Kasih Sufi merupakan jenama tudung baru yang dimiliki oleh rakan blogger SIS HAWA. Tudung keluaran beliau menitikberatkan kualiti yang bagus serta mampu milik oleh semua golongan. Ini kerana terlalu banyak tudung dipasaran dijual dengan harga mampu pandang sahaja. 

Gee sendiri berkira - kira nak mengeluarkan belanja RM 100 untuk sehelai tudung. Sekiranya anda sememangnya mampu, itu kelebihan untuk anda. Namun, sekiranya anda bukan seorang yang bergaji besar, takkan nak bergaya dengan tudung mahal juga? Hehe. 


Jom kita lihat apakah kelebihan yang ada pada tudung KASIH SUFI ini.

TUDUNG KASIH SUFI SETANDING TUDUNG BERJENAMA 

1. SANGAT BESAR DAN LEBAR

Gee suka bila bidang tudung besar so akan memberi kita pelbagai pilihan untuk menggayakannya. Korang boleh adjust labuh tudung yang korang nak. No limits!! Nak buat singkat pun boleh tapi ingat juga etika bertudung dalam islam. Gee pun dalam proses ke arah itu. In syaa Allah doa doakan ye. 

2. KAIN TAK JARANG

Yang ini sangat win! Tak perlu pakai inner dalam dah. Hehe. Berita baik untuk kaum ibu yang breastfeeding anak adalah tudung KASIH SUFI ini korang boleh breastfeed di public dengan yakin! Yang penting anak - anak nak menyusu takde masalah walaupun tak de nursing room. Dah macam nursing cover!

3. MATERIAL KAIN YANG CANTIK

Kalau material tak cantik, sepanjang hari korang takkan selesa. Material tudung KASIH SUFI sangat best dan bila digayakan, kain tu nampak terletak cantik. Di tepi tudung, jahitan disengajakan kelim berwarna agar bila korang pakai, tudung tu akan nampak lebih beralun gitu.

4. JAHITAN YANG KEMAS

Walaupun harga mampu milik, tudung KASIH SUFI sangat mementingkan kualiti jahitan tudung. Tudung yang Gee dapat takde pun benang tercabut ke, kain tercarik ke, potongan yang senget ke. Memang puas hati!

5. IRONLESS

Masa Gee pergi ke Bukit Gambang Resort City baru - baru ni, Gee pakai tudung KASIH SUFI tanpa di seterika okey! Tudung tu memang dilipat dalam beg, bila nak pakai malas pula nak iron sebab tengok tudung macam tak kedut sangat pun. Haaa amacam? Boleh standby untuk next travel kan? Menjimatkan masa sungguh!

6. MUDAH DIJAGA

Untuk mereka yang malas nak basuh tudung dengan tangan, nak menjemur dengan air berjuraian tu, baik korang beli tudung KASIH SUFI ni. Gee campak aje dalam mesin basuh! Takde hal pun memang keadaan tudung itu seperti sediakala jugak!. Sungguh tahan lasak!



DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI

Tudung KASIH SUFI walaupun harga sangat murah, tapi kualiti yang korang akan dapat memang superb! Nanti akan jadi macam Gee, pakai sehelai pastu menyesal kenapa tak order lebih. Haha. Jangan terkejut pula apabila Gee bagitahu harga tudung KASIH SUFI ini ye.

HARGA BERMULA SERENDAH RM 20 SAHAJA!!!

Kan dah bagitahu tudung mampu milik so amacam dengan harganya??? ada TAPI lagi ni. Info yang perlu korang tahu. Hehehe.

Kalau nak cuba TUDUNG KASIH SUFI ni, korang kena TEMPAH AWAL! Kalau korang nak tahu, tokey tudung ni akan jahit tudung berdasarkan permintaan sahaja. So korang kena deal nak warna apa dan kalau nak request panjang mana tudung tu pun boleh! SANGAT SPECIAL HANDMADE!!!



Tempoh tudung akan siap berdasarkan banyak mana yang korang order. Stok yang ada memang untuk mereka yang dah tempah sahaja. So kalau korang nak cuba pakai tudung KASIH SUFI ini, korang boleh hubungi contact di bawah okeh!

JOM TERJAH :

BLOG FOUNDER TUDUNG KASIH SUFI : http://www.sishawa.com/


URUSAN PEMBELIAN : 017 5805526



You Might Also Like

7 komen

  1. Sesuai warna tu dengan sis gee 😍

    ReplyDelete
  2. selalu tgk kak gee pakai shawl..rabia kurang pandai sikit pakai shawl..pakat belit je..

    ReplyDelete
  3. waahh...tapi memang selesa tgk gee pakai..ngn kena bergerak ke sana ke mari.,.

    ReplyDelete
  4. sha pun sangat berkira kira sikit kalau dengan sehelai tudung hahaha. cun lah sisgee, nanti boleh la order kat sishawa

    ReplyDelete
  5. Cantik warna ni kak. Tak sabar nk order ngn kak hawa.

    ReplyDelete