Jom Makan Sepuasnya McFlurry Durian D24

July 16, 2018
Makan Mcflurry Durian sepuas - puasnya? Adakah benar?? Sekarang pergi mana - mana berlambak orang jual durian. Di media sosial facebook pun sama! Nasib baik tak naik bau sebabnya masing - masing semua pakat share keenakan makan durian.

Walaupun dah banyak orang jual durian, bagi Gee harga masih lagi tak mur mur seperti zaman kecik - kecik dahulu kala. Dah kira timbang kilo, kulit durian tu dah berapa kilo! Hahahahaha! 



Korang dah rasa ke mcflurry durian D24 dari Mcdonald's tu?Dengar - dengar siap ada cebisan isi durian D24 dalam tu. Bukan setakat aiskrim je tau! I ols penggemar aiskrim Mcdonald's! Mestilah bila dah semua review sedap, rasa macam Mcdonald's melambai - lambai memanggil untuk pergi beli. Hahahah!

MERASA KEENAKAN DAN KENIKMATAN DURIAN D24 YANG SEBENAR


Beberapa hari yang lepas, Gee pun jeling - jeling pada incik suami untuk ajak dinner di Mcdonald's. Memandangkan hari sekolah dan Arsyad sekolah KAFA sampai pukul 4 petang, so kami keluar selepas Asar. Hari sekolah tak leh nak keluar sampai malam buta sangat nanti kesian anak - anak nak bangun awal esok hari. 

Sampai di Mcdonald's kami terus order menu pilihan masing - masing. Yang wajib memang mengidam sangat nak merasa adalah Mcflurry Durian D24. Nasib baik tak out of stock ke apa! Hahaha! Pada mulanya nak order satu saja, tapi bila fikirkan anak - anak semua hantu durian, maka kami order 2 Mcflurry Durian D24.


Serius tak tipu!! Memang ada isi durian D24 dalam aiskrim tu! Memang sedap lemak berkrim dengan aiskrim vanilla. Terbaik sungguh kombinasinya! Syok pulak kami makan berebut - rebut dengan anak - anak. Serius memang korang kena try sementara stok masih ada tu!! Hahaha

JOM SERTAI 'ALL-YOU-CAN-EAT D24 DURIAN MCFLURRY '


Jangan risau, Mcdonald's dengan bermurah hati nak buat buffet mcflurry durian untuk korang. Yang bestnya, korang boleh refill dalam tempoh masa yang ditetapkan! Jom kita lihat apakah details untuk menyertainya.

Tarikh : 17 Julai 2018 ( Selasa )

Masa : 
Sesi 1 ( 3 petang - 4 petang )
Sesi 2 ( 5 petang - 6 petang )

Tempat : Semua restoran Mcdonald's seluruh negara

Masa pendaftaran : 30 minit sebelum setiap sesi bermula

Bilangan peserta untuk setiap sesi : 20 orang

Harga pendaftaran : RM 10 ( dewasa dan kanak - kanak berumur 4 - 12 tahun )
PERCUMA untuk berumur 3 tahun ke bawah


Dalam setiap sesi selama satu jam, korang boleh refill lagi dan lagi dan lagi!! Pastikan perut korang kosong ye, barulah berbaloi - baloi nak ngap Mcflurry Durian D24 tu! Hehe..

Untuk maklumat lanjut, korang boleh click sini << Mcdonald's >>

SAVE THE DATE! SAVE THE TIME!!

4 comments:

Powered by Blogger.