FESYEN

Incik Suami Persis Aaron Aziz??

July 03, 2018
' Nampak macam  Aaron Aziz ke? ' 

Ku gelak sipu sipu je..Kang gelak besar kang, baru je mintak ampun di pagi raya.. Kikikiki..

Bergambar di tengah panas memang lawa gambarnya tapi maybe next time kena pakai sunglasses.. Haha!
Aidilfitri tahun ni, incik suami memilih baju melayu Aaron Aziz dari Jakel. Dari awal lagi, Gee bagitahu incik suami yang tahun ni back to baju melayu lah sebab dah 2 tahun dia beraya dengan Jubah. So dah ada 2 jubah kat rumah ni, tu pun jarang - jarang pakai. Orang lelaki kan pakai jubah or baju melayu ni waktu solat Jumaat je kan. So tahun ni, teringin nak tengok beliau bersampin balik. Hehe.

Incik suami kalau berbaju melayu bersampin di hari raya pertama, memang sampai ke petang lah beliau bersampin. Sama sebiji macam arwah ayah Gee dulu. Raya pertama wajib bersampin bagai for the whole day! Terubat sedikit rindu pada arwah apabila Allah kirimkan jodoh yang ada persamaan dengan arwah.


Tema warna Raya 2018 kami seperti tahun lepas mix and match! Rasa best pula bila kita mix and match warna yang sesuai dengan anak - anak. Hehe. Untuk Gee dan suami kami memilih warna hijau emerald ( i think emerald. kiki ). Untuk 2 puteri kami memilih warna peach pastel manakala 2 putera memakai baju melayu oren.

Raya tahun ni giliran rumah mertua. Walaupun tak cukup korum sebab adik ipar turn beraya di rumah mertua di Kuala Lumpur, namun kemeriahan keriuhan tetap terasa. Mahu tak riuh, anak - anak Gee dah 4 orang ditambah dengan sepupu mereka 3 orang. Pening tok ma sekejap cucu tu main penyapu, kejap tolong susun bekas kuih raya, kejap buat khemah bantal di ruang tamu! Hahahahah!

Bila mereka dah balik dari solat sunat aidilfitri, sesi yang paling tertunggu - tunggu suka duka yang semua orang nantikan iaitu sesi bersalaman sesama ahli keluarga. Seronok dah ada anak - anak yang besar nie, diaorang dah faham apa itu erti bersalaman di pagi raya. Seronok lah mereka dengan beg setiap sorang nak paw duit raya!



Dah selesai sesi bersalaman dan juga sesi alas perut, kami pun round rumah jiran mertua untuk beraya. Aqil for the first time pandai terima duit raya. Pada mulanya, bila dapat sampul terus dia buka! Lepas ajar minta dia serahkan sampul pada Gee atau ayahnya barulah dia tak buka terus sampul duit raya. Hehe. 

Settle jiran terdekat, kami pun beraya ke rumah nenek dan atok incik suami pula. Kat sana lagi ramai saudara mara belah suami menunggu untuk beraya bersama. Beginilah rutin kalau setiap kali turn beraya belah suami.

Pada kebiasaannya, petang raya pertama atau pagi raya kedua, kami akan balik beraya dengan family Gee pula. Kahwin dengan orang dekat macam nilah.. Kejap sana, kejap sini. Hehehe.


Sehari suntuk memakai baju melayu Aaron Aziz dari Jakel. Gee tanya juga best ke baju abam eronn tu? Kata dia material kain memang selesa. Cutting baju pun ngam terletak je. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecik. Sampin Tenun Eksklusif diberikan percuma oleh Jakel bagi setiap baju melayu Aaron Aziz yang dibeli juga cantik! Butang baju melayu pun siap sedia dah. All in one! Tak perlu pening - pening fikir nak cari sampin kat mana, butang baju melayu kat mana. Semua settle dengan satu pembelian sepasang baju melayu!

Terima kasih Jakel untuk kepuasan yang kami dapat daripada apa yang ditawarkan oleh Jakel!

INGAT RAYA, INGAT JAKEL!!!


You Might Also Like

9 komen

  1. hamboi..raya ngan aaron ajis gtu..kerlass giteww..:)

    ReplyDelete
  2. Warna baju cantik sangat. Dari jauh boleh nampak :) Selamat Hari Rya sis gee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/movie-review-eiffel-im-in-love-2-2018.html

    ReplyDelete
  3. kemain persis aaron aziz, kalau sado mungkin sebijik sama :P

    ReplyDelete
  4. Samalah warna baju raya kita Sis Gee, emerald green..

    ReplyDelete
  5. Ambil gambar pun satu scene yang best di hari raya.

    ReplyDelete
  6. Yang penting ibu ayah sedondon. Auchh! Heee

    ReplyDelete
  7. Lawa hijau emerald tu.. bila beli baju melayu datang sekali dengan samping, memang bestlah..

    ReplyDelete
  8. cantik warna hijau tu.
    terpikat.
    warna raya aida next year kot :)

    ReplyDelete