HOLIDAY

Cameron Trip PART TWO : Jatuh Cinta Dengan Ladang Tea Boh

March 16, 2018
Walaupun ni kali ke tiga Gee dan suami datang bermalam di Cameron, namun ni baru pertama kali berpeluang untuk melihat sendiri betapa luas dan indahnya Ladang Tea Boh. Biasanya Gee pergi ke Ladang Teh yang ada tepi jalan tu je iaitu Bharat Tea Plantation tu. Tu pun dah ternganga tengok pemandangan yang menenangkan. Tapi kalini tak mampu nak berkata-kata apabila melihat Ladang Teh Boh yang seluas mata memandang!

Berlatar belakangkan bukit yang penuh dengan pokok teh!
Kat tempat parking kereta pun pandangan dah memukau mata
Perjalanan untuk ke Ladang Teh Boh ni agak menggerunkan juga sebenarnya sebab laluan dia agak sempit di tambah pula jalan di tepi lereng bukit bukau. Ramai juga yang ambil peluang untuk bergambar di atas bukit walaupun tempat parking kereta agak terhad kerana perlu memberi keutamaan untuk kenderaan lalu lalang. 

Dari tempat parking, ada siap sedia jalan bertangga kayu untuk ke tempat utama pengunjung. Semua perlu mendaki untuk ke tempat utama. Penat juga tapi sangat berbaloi sebab pemandangan kat atas lagi lawa dan memukau sungguh! Cuma kena extra carefull untuk warga tua, wanita mengandung dan juga kanak-kanak kerana ada struktur jalan yang tidak sekata dan agak licin.

Jalan kayu untuk ke atas bukit.
Gee gayat nak bergambar kat tepi bukit ni. Sempat asben bergambar dengan tok abah dan cucu-cucu. Hehe.
Kat atas bukit ada restoran juga tapi kami tak pergi jenguk pun sebab masing-masing semua dah makan. Maybe trip lepas ni Gee nak cuba makan kat restoran tu pula. Kikikiki. Kat atas ramai yang mengambil gambar yang pastinya berlatarbelakangkan seluas mata memandang pokok teh. Seriusly Gee jatuh cinta tengok! Ada juga kedai jualan teh di mana di jual pelbagai jenis teh jenama Boh. Siap ada tester air lagi! Anak-anak apa lagi ambil kesempatan lah merasa. Bercawan-cawan pulak tu, nasib baik promoter dia baik hati layankan je lah. 

Gee tertarik tengok limited edition punya Black Tea yang di letak di dalam bekas yang sangat exclusive. Harganya agak mahal tapi berbaloi kalau nak beli bagi sourvenirs nak kawan-kawan dan saudara mara. Gee mampu ambil gambar saja! Untuk kenang-kenangan. Hehehehe. 

Harga sebekas ni RM 28 hingga RM 32++ gitu bersama Black Tea kat dalam.
Rupa-rupanya kat atas tu kita boleh masuk ke kilang Teh Boh. Boleh tengok macam mana teh di hasilkan. Bau kat kilang tu sangat best sebab bau teh yang menyegarkan dan agak kuat baunya. Duk lama kat dalam tu pening bau teh! Tapi Gee suka! Hahaha. 


Keadaan dalam Kilang Teh Boh

Sempat kakak Amani berselfie dengan Aqil di depan kilang teh
Sebelum balik, semestinya Gee takkan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemandangan yang takkan Gee jumpa kat tempat lain. Terasa tenang, damai dan juga mengasyikkan! Haahhahaha..

Incik suami bersama si bongsu Aqil
My sis in law, Cik Li
Gee dan biras, Aini. Ramai kata muka kami sama. Sama kah? hihi
Baju sejuk melekat je! Ibu posing dengan si sulong Arsyad & my no 3 Ardini
Korang datang cameron, wajib singgah sini tau!! Kalau datang sini rasa puas hati sungguh datang Cameron. Tak beli teh pun takpe asalkan korang menikmati pemandangan kat sini. Jauh dari jalan utama tapi korang takkan menyesal datang! Hehe.

Done for PART TWO story mory. PART THREE?? Ada lagi kisah tapi soon wokeh!

BACA PART ONE << BACA SINI >>








You Might Also Like

8 komen

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. ladang cantik kan
    mahu tak jatuh cinta
    hehe

    ReplyDelete
  3. Memang sama muka sisgee dengan sis aini tu. Cantik lah bekas Black Tea limited edition tu :D

    ReplyDelete
  4. mesti best kan kat sana...suasana sejuk dan mendamaikan

    ReplyDelete
  5. rinduuuu cameron tp kalau g time cuti alahaiiiii,
    rindu dengan sejuk cameron sbnrnya.

    ReplyDelete
  6. Cameron mmg port wajib pergi setahun 2,3 kali.. sbb parents in law ada apartment dkt sana... so bila boring mmg naik cameron.. lgpun diaorg pun stay dkt ipoh so naik dr simpang pulai mmg dekat... liez suka cameron terutama klau g boh tu...

    ReplyDelete
  7. Lamanya busyra x ke cameron.. bila la dpt pegi ni. Hehe

    ReplyDelete