Cameron Trip With In Laws PART 1

March 03, 2018
Assalamualaikum semua! Haa..demi misi untuk tidak terlalu lama memerap entry #sisgeejalanjalan , maka Gee akan cuba  update  entry dari masa ke semasa di blog pada hari trip Gee. Gigih kan? Haa update dengan phone je ni boleh lah mengisi masa yang ada..Sebagai tanda kenangan.. Hehe..


Perkara yang Gee paling teruja adalah menikmati keindahan TASIK KENYIR kerana Kenyir merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highland dari Terengganu.

Trip kali ni bersama keluarga mertua terdiri daripada ma mertuaku, abah mertuaku, iparku ayoh ngoh + birasku cik ngoh, iparku cikli, iparku ayoh de kecik + birasku cikde dan juga iparku ayoh su. Team kecik pulak ada tambahan 3 orang dari team ayoh ngoh iaitu Adam, Ziyad dan Fatih. Ya! incik suamiku anak sulong. Hehehe. 

Bertolak seawal jam 8 pagi dari rumah mertuaku di Kg Sg Tong, Setiu. Bekalan nasi minyak siap sedia dah oleh ma mertuaku untuk kami breakfast. Yang bestnya kami berhenti untuk makan bekal di tepi air terjun kat tepi tasik kenyir. Teruja habis si anak-anak, nasib lah takde yang terjun mandi..Kang misi cameron bertukar misi ke Kenyir je kang. Haha!Masing-masing dah set nak repeat picnic situ lagi lepas ni. Hahaha. 

Tadi sempat si lelaki-lelaki solat Jumaat di Masjid sebelum simpang masuk Cameron Highland tu. Gee lupa nama apa. Haha.

Check in homestay lebih kurang pukul 3 petang gitu. Semua dah kelaparan especially si anak-anak. Bekalan nasi minyak ada banyak lagi sebab ma mertua memang masak banyak untuk sekalikan makan malam. Jimat banyak kan?

Aktiviti petang lepak dan rehat dalam rumah je. Malam baru keluar gi Pasar Malam. Tujuan nak cari sayur untuk masak esok tapi terbeli pulak strawberry 2 packet besor. Haha!

Esok punya aktiviti semestinya menjelajah seluruh tempat best kat Cameron kan? Harapnya esok cuaca elok, tak hujan. Esok kita update lagi kalau ada kesempatan wokeh!

Ngantuk dah! 2 yang kecik dah krohhh dah tu..2 yang besar duk main kad lagi. Haha!

Dah nanti sambung PART 2!

17 comments:

  1. rindu betul nak pergi camerong lagi
    best sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sebab cuaca dia damai je kan?hehe

      Delete
  2. teringin nak ke Cameron lagi. Dah 2x ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat lah abam kie cuti sekolah dekat dah..hehe

      Delete
  3. tak sabar menanti sambungan
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. stoberi kita tinggal dinung belaka..hahaha....

      Delete
  5. Wah bestnya jalan jalan CH dengan in laws

    ReplyDelete
  6. ramai yang berjalan ke cameron lately nih...teruja tgk strawberry..haiya mau pegi juga la

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya sisgee.. teringin nak pergi lagi la dekat Cameron tu. Kena join trip juga ni heheh

    ReplyDelete
  8. dah 2 kali pergi cameron highland.sejuk sgt

    ReplyDelete
  9. hi sis gee, jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  10. last g cameron 2014. rindunya nak g lagi. cpt2 update part 2 lak.

    ReplyDelete
  11. Cameron mmg tempat fav liez akan pergi setiap tahun.. maybe stahun 5,6 kali sbb parents in law liez ada apartment dkt tanah rata.. mmg tak fikir dh pasal accommodation

    ReplyDelete
  12. dah 5 thn kite x gi cameron..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.