8 Cara Sis Gee Kemas Baju Anak 4 Untuk Pergi Bercuti

March 01, 2018
Hi semua!


Hari yang indah dengan pelbagai agenda nak kena settlekan harini. Nak kemas baju, nak keluar beli barang, nak cod barang, nak kemas rumah ( rutin wajib harian walaupun hanya bertahan cuma untuk 2 jam sahaja ), nak gosok baju sekolah untuk minggu depan, nak apa lagi eh? Tak larat lah nak tulis. Yang pasti dapur off harini sebab tak sempat wei! But its okay because tomorrow #sisgeejalanjalan lagi!!! 

Tu pasal kelam kelibut semua benda nak buat harini. Pastu sendiri cari penyakit sebab buat kerja last minit..Kikikiki. Well.. memang gitu sokmolah.. Esok nak balik kampung, malam baru kemas baju. Cenggitulah Gee! Hahaha!

So sedia maklum i punya 4 ketul A. Kalau anak seorang kita tengok macam mana kalau mereka nak pergi bercuti. Cuba bayangkan kalau anak 4, 5...6??? Hmmmmmm...

Nak tau macam mana Gee susun baju anak?Meh nak story mory. Hehehe.

1. Comfirmkan dulu bilangan hari nak pergi.

2. Kenalpasti tempat atau lokasi percutian untuk memudahkan kita nak bawak baju lengan panjang ke, baju mandi kolam ke, baju kenduri ke, baju jalan ke.

3. Mula menyusun baju yang bersesuaian mengikut susunan aktiviti atau jadual di tempat percutian.

4. Ni cara susunan baju yang Gee buat.
Pagi Day 1 : Baju Arsyad, Baju Amani, Baju Ardini, Baju Aqil.
Malam Day 1 : Baju Arsyad, Baju Amani, Baju Ardini, Baju Aqil.
Pagi Day 2 dan seterusnya susun macam tu.

5. Gee suka mix and match colour baju Gee, suami dan anak-anak. Hehehehe...

6. Untuk holiday kalini Gee guna 1 beg yang besar. Senang nak bawak 1 bag je so tak payah nak remeh temeh bawak banyak beg. 1 luggage besar + beg telekung + beg susu bersama pampers emergency.

7. Guna kaedah menggulung so akan jimat banyak ruang! Hahaha.

8. Siap!!

Nampak mudah! Tapi bab menyusun baju tu agak lama Gee ambil masa. Sebab kena fikirkan aktiviti dan kesesuaian baju anak-anak.

So itu je Tips Travel daripada Gee kali ni. HAPPY PACKING U OLS!!

BACA SINI  << TIPS TRAVEL DENGAN ANAK MENJADI MUDAH >>

5 comments:

  1. Susun baju memang ambik masa yang lama. Rasa nak bawak satu almari. Haha

    ReplyDelete
  2. biasa klu para ibu nk pergi holiday...
    baju anak² dlu kena kemas kan...
    last-last baru la baju kita :)

    ReplyDelete
  3. hehehe
    faham
    nak pack barang sendiri sorang2 pun memang ambil masa
    tambah anak2 lagi
    heehe

    ReplyDelete
  4. oo gulung eyh.
    ok bleh cuba ni.
    mek pun senang guna satu beg je.
    malas nk angkut bnyk bnyk.

    ReplyDelete
  5. Liez pun suka kira baju ikut hari.. baju tido jimat sikit sbb pkai 2hr 1 baju..mmg kena gulung baju baju byk space boleh guna

    ReplyDelete

Powered by Blogger.