KEMERIAHAN QB GRAND MILLIONARE AWARD MERAIKAN KEJAYAAN QAYRA BEAUTY EMPIRE & PERLANCARAN PRODUK BARU - SLIMMING GIRDLE
February 07, 2022Puan Noor faqirah bt Abdullah yang berusia 27 tahun berasal Pasir Tumbuh , Kelantan .Beliau merupakan anak ke 8 dari 10 adik beradik. Mula berniaga sejak tahun 2018 lagi. Sejurus selepas bersalin anak sulung. Dengan nekad ingin ubah nasib hidup kerana selama 9 bulan mengandungkan anak sulung , beliau berniaga di pasar ikut suami di RTC Runjong demi mencari rezeki dengan menjual laksa.
Inspirasi untuk keluarkan produk selepas loss 15 kg dari berat 86 kg dalam masa 2 bulan sahaja. Mulakan RnD dan penghasilan produk dalam kuantiti yang ratusan botol pada awalnya. Selepas feedback yang diterima memberangsangkan kini penghasilan hingga ratusan ribu botol produk HKT.
Jamu Qayra Beauty adalah berasal dari akar kayu yang diperolehi dari ayah beliau. Ayah beliau merupakan penjual akar kayu di RTC Tunjong dari dulu hingga kini. Pada awalnya tidak percaya dengan jamu kampung, namun lepas bersalin , cuba dengan herba kampung dan mendapat kesan yang sangat efektif dalam menguruskan berat badan. Formula jamu kampung telah di upgrade dan mulakan proses pengilangan produk Herba Kurus Tradisional ( HKT ) Rekod Penjualan HKT untuk 2021 adalah 200,000 ribu botol.
“ Untuk membeli tanpa tengok harga, kena bekerja tanpa tengok waktu”
Produk Qayra Beauty
Berikut adalah rangkaian produk keluaran Qayra Beauty- Herba Kurus Tradisi
- Slimocha , Slimberry dan Slimnut
- Maajun Premium
Dan produk yang baru sahaja di lancarkan Slimming Girdle.
Ciri keselamatan dan keaslian produk dari Qayra Beauty
Sistem hologram dan juga tiada jualan dengan pemborong. Maka jualan hanya boleh dilakukan oleh agen berdaftar sahaja. Ia memastikan kawalan harga, dan garis panduan penjualan dari HQ dipatuhi oleh agen-agen.