Assalamualaikum semua!
Korang pernah buat party pack tak? Party pack atau goodies ni dibuat untuk diberikan kepada tetamu untuk sesuatu majlis. Dah menjadi trend sekarang ni kan semua majlis orang buat goodies seperti di Majlis Perkahwinan, Majlis Aqiqah, Sambutan Hari Lahir, Majlis Kenduri Doa Selamat dan sebagainya.
Party Pack Untuk Sambutan Hari Lahir Amani & Qisha yang ke 6 Tahun |
Untuk hari lahir anak ke 2 Gee, Nur Amani yang ke 6 tahun pada 7 November, Gee rancang nak buat kat pra sekolah je. Kebetulan birthday Amani sama dengan kawan sekelas dia, Qisha. Gee pun rancang dengan Zu (mama Qisha) buat sambutan hari lahir mereka kat sekolah. Mama dia ni bakers tau! Sedap sangat kek dia buat. Sebelum ni dah banyak kali order kek dan juga tart. Birthday si sulung Arsyad sebelum ni pun Gee order kek dengan Zu.
ARSYAD TURNS 7 : <<< BACA SINI >>>
Owh kebetulan juga nama mereka sama! Nur Amani dan Qisha Amani.
Gee ditugaskan untuk goodies dan Zu semestinya buat kek birthday. Hehe. Kat entry ini, Gee nak share apa yang boleh korang letak dalam goodies untuk sambutan hari lahir anak kat sekolah.
10 IDEA PARTY PACK ATAU GOODIES BIRTHDAY
1. Air kotak
2. Kek atau Muffin
3. Snack
4. Jeli
5. Small toys
6. Alatulis ( buku nota, pen, pensel warna dan sebagainya )
7. Keychain
8. Gula-gula
9. Biskut
10. Party kit ( Belon dan Topi )
<< Senarai 1 - 4 Gee dan Zu pilih untuk dijadikan goodies untuk sambutan hari lahir Amani dan Qisha kat sekolah >>
Idea goodies ni bergantung juga pada bajet kita yang merancang majlis. Tak perlu nak beli yang mahal-mahal di luar kemampuan. Buat setakat yang ada sahaja ye.
5 TIPS PEMILIHAN GOODIES
1. Elakkan terlalu banyak makanan ringan.
2. Goodies perlu diletakkan di dalam plastik yang mudah dibawa oleh kanak-kanak.
3. Periksa semua tarikh luput di setiap makanan dan minuman.
4. Elakkan bagi goodies yang mudah pecah.
5. Disyorkan memberi makanan yang kering dan mudah di makan oleh kanak-kanak.
Siap goodies! Tunggu majlisnya pulak. Semoga majlis hari lahir Amani & Qisha berjalan dengan lancar kat sekolah. Amin.