BEAUTY

Tips Kecantikan : Gold Nano CC Cream with SPF50+ PA+++ | Hansaegee Nature

December 05, 2019
Tips Kecantikan : Gold Nano CC Cream with SPF50+ PA+++ | Hansaegee Nature | Bila usia dah nak masuk pertengahan 30 an, kulit muka mula menunjukkan tanda - tanda penuaan. Apa yang paling ketara adalah kulit cepat menjadi kusam dan keluar bintik - bintik hitam. Kalau keluar rumah, sememangnya boleh nak tutup cela dengan lapisan solekan, namun aku sejenis tidak suka make up yang tebal. Tak reti make up tu satu hal, tapi yang paling utama adalah melambatkan proses mencuci solekan apabila nak solat. 


Bila diselidik, rupa-rupanya punca utama kulit mudah rosak adalah disebabkan kulit yang sentiasa terdedah pada sinaran cahaya matahari tanpa memakai sebarang protection. Bukan itu sahaja tau, bila kulit muka free, segala habuk, debu dan kotoran akan mudah melekat pada permukaan kulit. Ini akan menjadikan kulit kita mudah terkena bakteria yang akan menyebabkan jerawat. 

Ketahui Tips Kecantikan Paling Utama

Tips kecantikan bukan bergantung kepada produk yang murah atau mahal. Tapi ia bergantung kepada cara kita menjalankan rutin harian kita untuk menjaga kulit wajah dengan lebih baik. Produk murah atau mahal itu pula perlu dititikberatkan ianya adalah produk yang selamat untuk digunakan. Jangan memandang remeh isu jaminan kualiti sesuatu produk tau! Yang merana nanti kulit sendiri juga!

Jom lihat beberapa tips kecantikan utama yang harus diikuti bagi mendapatkan kulit yang cantik.

Amalkan Rutin Penjagaan Wajah Yang Teratur

Terdapat pelbagai rangkaian produk penjagaan yang ditawarkan di pasaran. Bermula dari produk pembersihan wajah, pelembapan wajah, anti penuaan, dan banyak lagi produk ditawarkan. Walau apa produk sekalipun yang korang miliki, korang kena pastikan setiap pemakaian menggunakan teknik dan cara yang betul. 

Sentiasa Memastikan Kebersihan Jari Sebelum Menyentuh Permukaan Kulit

Hujung jari kita ada banyak sangat bakteria tau! Sebelum nak touch up muka dengan jari, korang kena make sure tangan dibersihkan terlebih dahulu dengan air atau tisu basah ketika travel.

Amalkan Pemakanan Yang Sihat dan Seimbang

Tidak dinafikan nak dapatkan kulit yang cantik, korang kena makan makanan yang berkhasiat seperti ulam - ulaman, buah - buahan dan, sayur - sayuran dan banyak meminum air putih. Nak cantik luar, kenalah bagi cantik dalaman dulu dengan menikmati vitamin dan zat daripada makanan berkhasiat ini.

Pastikan Pengunaan Produk Yang Selamat

Terjamin atau tidak sesuatu produk adalah berdasarkan proses pengeluaran sesuatu produk. Lambakan produk pasti membuatkan kita semua rambang mata! Ambil masa, buat sedikit kajian dan pilih berdasarkan kualiti sesuatu produk!

◉ Jangan Biarkan Kulit Wajah Terdedah Secara Langsung Dengan Cahaya Matahari

Punca utama kerosakan kulit adalah disebabkan sentiasa terdedah dengan sinaran cahaya matahari secara langsung. Apa yang korang perlu lakukan adalah sentiasa memakai sunblock atau sun protector di mana ia mampu melindungi kulit daripada rosak terkena sinaran cahaya matahari.

Kulit Dilindungi Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature


Antara cc cream terbaik yang pernah aku guna sendiri! Sekarang dah masuk botol ke dua! Haaa...Alang - alang dah bongkar tips kecantikan kat atas tu, meh aku bongkar apa tips aku untuk menjaga kulit yang dah nak masuk umur pertengahan 30-an ini. Hehe!


Aku memang suka Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni sebab sangat mudah untuk di bawa travel. Hanya satu cc cream, dah tak perlu dah nak bawak cream - cream yang lain! Bila travel, kulit memang jadi cepat kering dan terdedah dengan sinaran matahari. Kat sini Gold Nano CC Cream sangat membantu untuk melindungi kulit agar kekal terjaga. 

Gold Nano CC Cream Ada SPF50+ PA+++ Melindungi Kulit Setiap Masa


November yang lepas, aku holiday ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Gold Nano CC Cream nilah menjadi sahabat baik aku sebabnya sentiasa bawa dalam handbag! Haha! Lagipun, bila travel, kulit memang terdedah pada cuaca yang panas! Kulit pun mudah kering bila menginap di dalam homestay yang fully aircond! Yes! Satu rumah aircond, kalau off aircond dah kepanasan pula anak - anak. Bila dah ber aircond, kulit pun mudah kering!


Tapi, tak perlu risau pun sebab Gold Nano CC Cream ni memang dapat membantu juga memberi kelembapan pada kulit. Bila dah pakai awal pagi, kulit memang rasa sangat smooth je sepanjang hari! Yang bestnya, bila nak solat kat luar, cuci pakai air je dah bersih elok. Dan bila nak pakai balik, korang hanya perlu guna jari je untuk pakai kat muka. Sebab tu Gold Nano CC Cream ni terbaik untuk travel. 

Suka Tekstur Yang Tidak Berminyak dan Tidak Melekit


Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature sangat membuatkan kulit selesa sepanjang hari! Tekstur cream berwarna putih, tapi bila korang blend dengan jari, warna cream akan bertukar menjadi warna kulit korang. Memang magic! Sebab itu bila pakai Gold Nano CC Cream ni, kulit akan tampak natural je! So takdelah nampak terlalu gelap atau terlalu putih! Hehe!


Yes lagi satu aku nak share! Walau di tengah panas terik, korang tak rasa melekit dan berminyak cream tu pada kulit korang. Haaa...Kulit sentiasa nampak helokkkk! Best kan! Kalau make up, Gold Nano CC Cream ni akan membantu make up korang tahan lebih lama tanpa kesan bercapuk atau bertompok.

Tengok Video Sis Gee dan Gold Nano CC Cream di Mana Sahaja!


Dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature Dan Korang Tak Kan Menyesal!!

Highly recommended! Aku dah masuk tube ke dua. Satu tube tu tahan 6 bulan atau lebih bergantung pada penggunaan korang dan kekerapan juga. Sekali guna korang perlu picit sikit je, dan dap dap rata ke seluruh muka hanya menggunakan jari sahaja. Memang jimat!


Ikutkan, aku ni nak daftar jadi stokis sebab memang produk ni terbaik! Tapi apakan daya, kalau korang nak beli, korang hanya boleh dapatkan secara talian terus dari HQ sahaja. Memang terjaga tau kualiti produk Hansaegee Nature ni! So, kalau korang nak cuba sendiri, boleh dapatkan di :

HANSAEGEE NATURE


WEBSITE  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK  |  YOU TUBE

#HansaegeeNature
#GoldNanoCCCream
#reviewbysisgeedotcom




You Might Also Like

21 komen

  1. wah convinient betul CC cream tu. bagus ni sbb boleh dikira macam sunscreen lostion jugak ni

    ReplyDelete
  2. wow... gee bgs la senang leh bawa travel

    ReplyDelete
  3. Wow new product in da house. Whitening and smooth texture. Will take a look on it.

    ReplyDelete
  4. Dah banyak dah Rawlins baca review berkenaan CC cream nie, dan Rawlins macam nak terpengaruh nak membeli nie. Rawlins suka yang ianya travel friendly.

    ReplyDelete
  5. Packaging dan produk yang baik. Siapa berminat boleh cuba kan

    ReplyDelete
  6. Wah!!!!!! Nampak cantik berseri wajah you dgn CC cream nie. Thank you for sharing your review. Have a good day.

    ReplyDelete
  7. senang nak travel boleh guna CC cream ni, letak dalam beg je. patut la cantik je kulit, pakai produk ni rupanya

    ReplyDelete
  8. Orang perempuan sukalah baca tips kecantikan ni tambah ada produk baru lagi suka mereka nak mencuba hehehehe bila tengok pulak produk yang sesuai untuk tanda-tanda penuaan macam ni hehehe lagi suka..

    ReplyDelete
  9. Dari dulu teringin nak cuba produk ni, ramai kata bagus, tapi tu lah sampai sekarang tak cuba2 lagi. haishh nampak gaya kena cuba gak ni

    ReplyDelete
  10. Sis memang hari2 akan pakai SPF sebelum apply make up. Penting bukan masa nak pi pantai je sebab cahaya matahari memang akan selalu ada kena kulit kan. Next boleh cuba CC krim ni sb dah ada spf 50.

    ReplyDelete
  11. Menarik bila baca ttg kelebihan nano CC cream nie.. AM pun nak cuba jugalah..

    ReplyDelete
  12. First time dengar produk gold nano cc ni. Macam best je. Suka tekstur cream yang tak melekit

    ReplyDelete
  13. Produk korea ni mmg best. Penat pakai krim dia yg lagi satu. Cepat serap dan tidak berlengas

    ReplyDelete
  14. Suka sangat dengan produk-pruk Hansaegee. Best sangat. CC cream ni belum cuba..mcm best je..ak try la nanti.

    ReplyDelete
  15. TB pun suka sangat Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni.. samapi sekarang masih guna ni.. terbaik.. tak perlu makeup tebal pun dah nampak cantik

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas review dan tips kecantikan. memag sangat berguna bukan untuk wanita sahaja. sekarang ni lelaki pun ambil tahu tentang kecntikan dan kulit muka

    ReplyDelete
  17. nice review. menarik juga. saya pun dah 30an dan kulit semakin mudah rosak sebab cuaca panas so kenalah protect

    ReplyDelete
  18. thanks review ni. menarik juga, cuma kena pastikan bahan yang digunakan adalah selamat

    ReplyDelete
  19. Nak kulit cantik kenalah rajin amalkan rutin penjagaan kulit kan? Dan untuk elakkan penuaan, sunscreen / sunblock macam ni memang wajib. Hebat ni ada SPF 50! Pilihan terbaik untuk kita yg ada cuaca terik.

    ReplyDelete
  20. Jenama ni akak selalu tengok. Belum beli lagi. Nanti nak cuba. Akak suka cc cream ni sebab dia light aje.

    ReplyDelete
  21. kita dah pernah try yang awok dulu and memang okei dengan kulit. selain blending ikut warna kulit, spf yang tinggi mampu lindungi kulit tatkala di bawah sinaran matahari (gitu ayat tatkala).

    ReplyDelete