EVENT

Program Komuniti McDonald's Bantu Rakyat Pantai Timur

November 26, 2019
Program Komuniti McDonald's Bantu Rakyat Pantai Timur | 24 November 2019, bertempat di McDonald's Gong Badak, Kuala Terengganu satu majlis program komuniti McDonald's telah disempurnakan dengan jayanya. Aku sempat juga diberi peluang untuk bersama - sama sertai program komuniti ini. Bukan Sis Gee seorang sahaja yang hadir atas tiket blogger, bahkan ada lagi beberapa rakan blogger yang lain juga.


Ini bukan program komuniti McDonald's pertama yang aku pergi. Dari sudut pandangan peribadi aku, program komuniti sebegini bagus juga diadakan bagi membuka mata syarikat korporat yang lain bahawa masih ramai masyarakat sekeliling kita masih memerlukan bantuan keperluan untuk meneruskan kehidupan. Bukan mereka mahukan kehidupan yang selesa dan mewah tapi sebenarnya hanya sekadar dapat memenuhi keperluan hidup. 


Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Dalam majlis tersebut, seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu.


Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak - kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Yang Berhormat Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” 
Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


Menurut Azmir,
Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi.
Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah.


Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

Ulas Azmir lagi, 
Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.


Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.


RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

You Might Also Like

14 komen

  1. Alhamdulillah tahniah McDonald’s kerana prihatin. Moga lebih ramai yang buat program komuniti seperti ini. Bantu yang memerlukan. Lagi pun tak lama dah nak masuk 2020 kan..

    ReplyDelete
  2. bagus ada aktiviti begini.. semoga golongan yang dibantu dapat diringankan bebannya

    ReplyDelete
  3. ray xde peluang lg nak join event mcD

    ReplyDelete
  4. Good lah McD buat aktiviti macam ni. A big name in the industry, a good CSR. Students must be very happy!

    ReplyDelete
  5. Bagus bila ada prog mcm ni. Kiranya kita pulangkan balik pd masyarakat. Terbaikla mcd malaysia

    ReplyDelete
  6. Baguslah penglibatan mcd dlm program kemasyarakatan seperti ini.. Moga inisiatif seperti ni dapat kekal diteruskan.. Syabas mcd

    ReplyDelete
  7. Bagusnya McDonalds adakan program CSR kepada rakyat. disamping naikkan nama Mekdi sendiri, mereka juga dapat membantu golongan yang memerlukan dalam kesejahteraan hidup

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, suka dengan inisiatif McDonald dalam membantu rakyat. Ye lah, selama ni ramai yang berbelanja dan makan di McDonald, pastu sekarang McDonald pula bantu masyarakat :)

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat turun event mcdonalds. dapat mkn mcd free tak ? hehe.
    aktif jgk geng2 blogger terengganu ni yaa. sana mesti bykk makanan yang boleh review

    ReplyDelete
  10. tahniah mcd di atas program begini

    ReplyDelete
  11. Bagus apa yang dilakukan oleh McDonalds ni.. Banyak bantu mereka yang kurang berkemampuan. Kita pun boleh turut sama membantu

    ReplyDelete
  12. Thank you McDonald's CSR programme that beneficial to the needy children. Awesome!

    ReplyDelete