FOOD REVIEW

Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap DNIALICIOUS

September 06, 2019
Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap DNIALICIOUS | Happy birthday to us, August babies! Babies kah? Hahahaha! Dan masih belum terlambat untuk Sis Gee wish untuk semua rakyat Malaysia, SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 62!! Proud to be Malaysian! 



Cuti umum Merdeka baru - baru ni korang pergi mana? Mesti bestkan bila hari cuti boleh plan holiday atau aktiviti best bersama keluarga. Petang 31 Ogos baru - baru ni, Gee join gathering Blogger Ganu untuk buat birthday celebration bagi kami yang lahir bulan August. Rupa - rupanya ramai juga antara kami yang lahir bulan August! Hehe!

Potong Kek Birthday Bertemakan Hari Merdeka 

Ingat budak - budak je ke nak kek yang cantik - cantik? Haha! Sesuai dengan hari gathering kami pada hari sambutan Hari Kemerdekaan, kami menempah kek lawa dan cantik bertemakan Hari Merdeka. 



Bila buka kotak kek, semua macam wowwww!!! Its so perfecto!! Kek yang ditempah tampak sangat sempurna dari segi pemilihan warna, piping icing, dekorasi kek dan juga size kek yang besar sesuai dengan bilangan kami yang ramai.

Tempah Kek Dari Dnialicious Cake House, Pasir Panjang, Kuala Terengganu



Ini bukan kali pertama Gee merasa kek dari Dnialicious Cake House. Bila Blogger Huda berikan idea nak tempah kek dari Dnialicious, terus je Gee setuju. Banyak kali jugak Gee tempah untuk sambut Hari Lahir anak - anak. Apa yang membuatkan Gee suka Dnialicious Cake House adalah kerana terdapat pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan bajet kita. Kalau korang tak caya, boleh tengok kek bajet RM15 je yang Gee beli dulu dari Dnialicious Cake House.


Ada Banyak Pakej Kek Bersama Surprise Delivery Dari Dnialicious

Siapa la yang tak sukakan kejutan kan? Boleh dikatakan semua suka kejutan dapat sesuatu yang istimewa. Tak kira kejutan untuk sahabat, kekasih, anak - anak, pasangan suami isteri mahupun untuk bonda dan ayahnde. 



Kebiasaannya, kita beli kek dan buat makan - makan kat rumah atau di restoran. Apa kata kalini korang tempah pakej surprise delivery pulak. Dnialicious Cake House ada menyediakan pakej surprise delivery yang murah - murah je tau. Pakej tak sampai RM50 pun ada dibuat. Nak lagi best, korang boleh bagitahu berapa anggaran bajet, kemudian serahkan semuanya kepada team Dnialicious Cake House. 


Kalau korang nak surprisekan sendiri yang tersayang pun boleh. Atau gunakan servis Dnialicious Cake House untuk menghantar surprise kepada yang tersayang. Pasti terkejut dan tersenyum bahagia si dia nanti! (okey ni Sis Gee berangan dapat surprise delivery. Hahahaha!)

Boleh Pilih Kek Pelbagai Deko, Perasa, Size dan Bentuk



Nak kek gambar sendiri? Nak hiaskan dengan bunga segar? Nak bertemakan toys kegemaran anak - anak? Semuanya bisa diatur!! Best kan bila dapat merealisasikan kek idaman? Lagi best korang pun boleh pilih sendiri kek perisa apa, size kek dan bentuk yang diinginkan. Eh! kalau nak kek ikut bajet korang pun boleh tau! 

Lihat Pelbagai Jambangan Surprise Delivery Dari Dnialicious Cake House






Rambang Mata Lihat Kek Yang Beraneka Pilihan!!







Tempah Melalui Telefon Atau Boleh Walk In Kedai Untuk Lihat Sendiri Katelog 

Korang yang tinggal di Kuala Terengganu boleh terus walk in Dnialicious Cake House untuk lihat sendiri pelbagai pilihan kek di dalam katelog yang disediakan. Sekiranya korang ada design kek yang tersendiri pun boleh ajukan pada mereka nanti. Bagi yang tinggal jauh boleh juga berhubung melalui telefon atau whatsapp. Semua boleh dilakukan dihujung jari je!


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, korang boleh hubungi info kat bawah ini.

FACEBOOK | INSTAGRAM | 017 908 7745

LOKASI : JALAN PASIR PANJANG ( sebelah Farmasi Pasir Panjang )

WAKTU OPERASI : 9.30 am hingga 9.30 pm ( Jumaat Tutup )


You Might Also Like

2 komen