HOLIDAY

Percutian Bajet 2 Hari 1 Malam Di Genting Highlands

August 07, 2019
Setelah lebih 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands, finally tahun ni kami datang! Lepas kahwin memang tak pernah datang. Korang boleh bayangkan betapa berbezanya Genting Highlands kini dan 10 tahun yang lepas. Jakunnya, Geng 4A dah sampai Genting Highlands, begitu juga Gee dan Rumet sebabnya semuanya dah lain!


Kali ini, percutian ke Genting Highlands bukan family Gee saja tau! Bertambah excited apabila dapat jumpa dan explore Genting Highlands bersama my travel buddy iaitu Mek Yunie. Memang awalnya, trip ni adalah plan asal Mek Yunie bersempena Birthday Trip beliau. Bila Mek Yunie maklumkan dia pilih hotel bajet dan murah, Gee pun on nak follow! Tapi hanya weekend getaway sebabnya Ahad anak - anak dah sekolah. Lagipun, kalau tunggu school holidays, rasanya crowded lagi ramai kot.

Meet Up Point di RNR Genting Sempah
Check In di First World Hotel Dengan Harga Bilik RM80++ Sahaja


Nama pun percutian bajet, makanya yang mana perlu jimat, kita jimat! Mission utama adalah untuk perkenalkan anak - anak tempat menarik yang ada di Malaysia. Kalau Cameron Highlands, diaorang dah tahu tempat yang sejuk, ada strawberry. Kali ni kami nak perkenalkan ada lagi tempat sejuk di Malaysia iaitu Genting Highlands.


Itu mission untuk anak - anak. For me, bila dapat travel plus berjumpa travel buddy memang dah cukup puas hati sebab dapat release stress dan kebosanan. Hahaha!

Lobi Hotel Yang Sangat Meriah Dengan Manusia & Kilauan Lampu & Bunyian Binatang

Urusan booking, Mek Yunie tolong settlekan dengan booking secara online. Bilik kami ambil adalah bilik standard sahaja.

Sampai kami di Lobi First World Hotel, terasa seperti kami berada di negara China! Nak cari yang bertudung tu macam errrrrrr....Tapi ada je orang melayu bertudung, cuma tak ramai. Lobi sangat besar dan luas! Kalau nak urusan check in cepat, ada banyak kiosk yang disediakan.


So buat pertama kali check in hotel dengan mesin kiosk. Tak perlu beratur ke kaunter receptionist. Urusan check in sekejap je! Korang hanya perlu masukkan ic dan nombor booking. Nanti nak add on apa - apa pun boleh. Cumanya, setiap add on, tambahan bayaran akan dikenakan. Normal lah kan! Hehe. Setelah selesai, resit dan kad bilik akan keluar. Selesai urusan check in!

Bilik Selesa Bersesuaian Dengan Harga


Kalau rasa nak stay bilik yang besar ada banyak kemudahan, jangan pilih bilik yang Gee booking ni tau! Kang nanti membebel bilik kecik, takde apa, itu ini walhal bayar ciput je. Haaa! Gitewww pesan awal - awal ni!



So, apa yang ada dalam bilik harga RM80++ ni?

◆ 2 Katil single.
◆ Televisyen.
◆ Towel.
◆ Hair Dryer.

Itu je kot. Kalau nak buat air panas or maggi, air panas ada disediakan di luar bilik. Sis Gee dengan iron berpisah tiada. Bilik takde iron tau! Nasib baik Mek Yunie dah bawa siap - siap dari rumah. So, apa lagi, Gee tompang ler iron tudung kat bilik beliau!!

Surprise Birthday Yang Tidak Menjadi Surprise

Surprise yang kantoi dari awal!! Cenggini lah bila dah ada anak yang pandai bercakap dan membuat pemerhatian sendiri. Gee awalnya dah merancang untuk celebrate Birthday Mek Yunie since memang ini adalah birthday trip beliau. So, sempat ler beli sebiji kek dari Gombak sebabnya Gee bertolak ke Genting dari KL. 

Bila kanak - kanak ribena nampak ibu beli kek, haruslah bising tanya birthday siapa. Dari dalam kereta dah explain nak buat surprise kat Aunty Mek di Genting Highlands. Ibu rasa macam okay, maybe I can trust you, kids! Hapoooo!!! Si Ardini tuh dah membawang dengan anak Mek Yunie kat RNR Genting Sempah lagi masa kami meet up point. Hahahahahahahaha!

Nampak Tu Rupa Kek Dah Berubah Sebab Travel Jauh Sangat!KahKahKah!

Tapi masa tu, Gee still tak tahu lagi yang anak Mek Yunie, Amani Kecik ( sebab anak Gee pun ada nama Amani, so anak Mek Yunie diberi nama Amani Kecik ) dah pun bagitahu kat Mommy dia pasal kek itu! Hahahahaha!

Malam itu, konon nak surprisekan masa nak tumpang iron tudung kat bilik beliau, Mek Yunie bagitahu "Amani dah kabo ada kek birthday Mommy!" (lebih kurang r ayat dia). So, aku yang perasan kekonon ia adalah surprise!Hahahahaha!

Mulakan Aktiviti Meronda Lepas Solat Asar

Perancangan kami memang tak nak main games pun sebabnya ini adalah trip bajet sajo. Sedia maklum nak main indoor games, harga satu games lebih kurang RM10. Pakej pun ada, tapi tak ambil port sangat. Aktiviti petang meronda - ronda je sambil cari makan untuk dinner.

Kos makan di Genting Highlands nak kena bajet dalam RM20 ke RM30 untuk seorang, untuk satu hidangan. Ni kos yang paling ciput kot. Kalau korang ada bajet, its doesn't matter pun how much u can spend on your food. 

First Time Try Nene Chicken!

Kami plan nak ke Genting Premium Outlet (GPO) petang tu. Tapi bila sampai di cable car, orang beratur terlalu ramai! Anak - anak pulak dah mula kelaparan. So, esoknya je lah naik cable car untuk ke GPO. 

Ada banyak tau restoran kat Genting Highlands ni! Yang menarik perhatian kami untuk kami cuba adalah Nene Chicken. Nene Chicken ni Pork Free dan Alcohol Free. Al maklumlah kat Genting Highlands ni memang tempat tumpuan international tourist so untuk muslim kena pandai cari tempat makan hokey! Fastfood lain ada je seperti KFC, McDonalds dan Marry Brown. Cuma kami nak rasa menu baru yang takde di kampung halaman kami especially di Terengganu. Haha!


So, apa yang best? Untuk menu penuh korang boleh check it out kat SINI. Sis Gee recommendkan korang kena cuba Freaking Hot Fried Chicken. Sedap sampai rasa nak tapau bawak balik! Hahahaha!

Sempat Me Time Dengan Mek Yunie Sambil Dukung Anak

Lepas dah kenyang, kami pun ronda - ronda di Sky Avenue Genting Highlands. Keadaan di dalam Sky Avenue ni macam satu dunia asing tau! Korang tak tahu apa yang berlaku kat luar! Macam masuk shopping mall cumanya shopping mall kita akan keluar jugak untuk balik ke hotel. Ni semua kat dalam tu! Dari First World Hotel korang boleh terus ke indoor games, boleh pergi ke cable car, boleh ke shopping mall, boleh terus ke restoran, boleh tengok wayang dan semuanya lah!

Kami split untuk seketika bila incik suami kami nak bawak anak - anak ke tempat menarik untuk kanak-kanak ribena. Mek pun ajak Gee untuk misi dia nak mencari aiskrim. Sempat lah juga kami window shopping sambil mencari aiskrim yang diidamkan tu! Hahahaha!


First time makan aiskrim Godiva! Thank you birthday girl belanja aiskrim Godiva! Harga satu kon tu yang Mek beli tu RM25! Tapi worth to buy! Rasa dia memang sedap lah wei!  

Siap Ada Batman Show!!


Bersebelahan dengan wayang, ada satu pentas so Gee assume mesti selalu ada show kat situ untuk promosi filem terbaru. Langkah kanan pula kebetulan kami kat situ boleh tengok show Batman & The Gang. Anak - anak pun teruja, siap ajak beratur untuk sesi bergambar. 


Day Two : Explore Genting Premium Outlet (GPO)

Untuk breakfast, Gee memang bekalkan roti untuk makan kat bilik. Sambil - sambil bersiap, diaorang kunyah lah dulu apa yang patut untuk alas perut. Kami terus check out sebab kalau terlambat check out, bayaran tambahan akan dikenakan. Al maklumlah semua sistem adalah online so semua kena punctual. Nak check out pun, korang hanya perlu masukkan kad bilik di kiosk check out. 

Check out hanya perlu masukkan kad bilik sahaja!
Tiket Cable Car RM 9 Sehala


Masa kami pergi tu, cable car baru di Genting Sky Avenue tutup untuk kerja - kerja pembaikan. So, kenalah berjalan jauh sikit ke tapak cable car yang lama iaitu Genting Skyway. Harga tiket untuk seorang dan sehala adalah RM 9 saja. Kalau kids under 90cm percuma. Kalau nama gi Genting Highlands, mesti nak merasa naik cable car kat sini kan! Ni cable car kedua yang Geng 4A merasa selepas cable car di Langkawi tahun lepas. 


Window Shopping di Genting Premium Outlet

Dah nama pun percutian bajet, so mampu window shopping sajo. Hahahaha! Konsep Genting Premium Outlet ni konsep butik, tapi harga murah jugak sebab tu ramai yang shopping kat sini. Dulu pernah gi Johor Premium Outlet, sama juga konsep macam GPO. Kalau ada RM1k pun best shopping kat GPO nih. Hahahahaha! 



Kalau naik cable car di Sky Avenue, cable car tu terus menuju ke GPO. Disebabkan kami kena naik cable car yang lama so, hentian cable car agak jauh untuk berjalan kaki. Haha! So, bas memang disediakan secara percuma untuk hantar ke GPO. Bertambah seronok Geng 4A sebabnya boleh merasa naik bas juga! 

Pencarian pertama kami adalah kedai makan! Sebab dari bilik makan roti je buat alas perut. So, kami cari food court. Nak cari restoran atau butik nak kena refer signboard dan peta. Sebab kalau cari satu persatu agak memenatkan juga. Haha!


Semua sedia maklum, cost untuk makan adalah tinggi. Bila tengok lauk pauk memang menggoda wei! Nasib baik nafsu boleh ditahan lagi. Hahahahaha! Nasi berlauk Gee cuma ambil nasi putih & ayam goreng seketul. Total RM12 lebih kurang. Anak - anak kami belikan kids meal di Marry Brown je. Sistem pembelian makanan di foodcourt adalah cashless so korang kena beli kad top up di kaunter yang disediakan. Kalau terkurang guna duit, nanti akan dapat balik refund. Hehe.

Pengalaman Baru Untuk Anak - Anak Mengenali Genting Highlands

Selesai di GPO kami naik cable car ke puncak Genting balik sebabnya kereta memang parking di First World Hotel. Gee dan Mek Yunie berpisah di Genting Highlands sebabnya Mek nak teruskan holiday ke Kuala Lumpur dan Gee balik ke Terengganu.


Alhamdulillah, walaupun last minute punya planning, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Kan Mek? Yang penting anak - anak excited dan gembira! Walaupun drama anak tantrum, anak gaduh, anak menangis, anak berebut, ibu menyinga...Hahahah! 


Sampai sini dulu kisah #sisgeejalanjalan kali ni. Next episode travel, Gee akan sharing lagi kat sini!! Thank you sudi baca entry travel yang panjang lebar ni!! 💓 



You Might Also Like

13 komen

  1. pernah skali je g genting 2 tahun lps..
    tu pon naik cable car je..
    kene pegi lg ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kena repeat sebab memang dah lain rupanya. hehe

      Delete
  2. iols suka bak bak travel budget nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! me too! dapat jimat banyak, boleh spend pada perkara lain. hihi

      Delete
  3. suka sangat kalo dapat price 1st world hotel tu macam tu...selalu dapat yang lebih seratus..berhuhu laa jugak..haha

    ReplyDelete
  4. Syok nya g travel bila la join travel gak ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, hotel memang tak da provide iron langsung ke?

    ReplyDelete
  6. seronok sangat walaupun ibu mummy menyinga. hahaha. itu biasalah bila bawak anak anak umur macam ni. yang penting sama sama nikmati percutian. tentunya nanti akan menjadi kenangan buat anak anak dan mak mak jugak.

    ReplyDelete
  7. RM 80++ itu ribu ke puluh ringgit.. Mana tau RM 80.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM80.00. Tak sampai RM90. Kalau harga ribu, itu namanya percutian mewah bagi sis.. :)

      Delete
  8. wah bestnya baca pegi genting...teringin jugak nak pegi lepas2 covid ni...tq sharing

    ReplyDelete