FOOD REVIEW

Awak suka Coffee Sejuk atau Panas?

June 24, 2019
Awak Suka Coffee Sejuk Atau Panas? Eh! Sebelum tu, awak penggemar coffee atau tidak? Kalau nak kata Gee ni penggemar coffee, boleh la.. Tapi belum sampai level 'addicted to coffee'. Masa Gee awal - awal come back dalam blogging dengan blog baru, minuman coffee memang dah jadi peneman setiap hari! Yes! Gee suka minum coffee yang 3 in 1 tuh laa.. Sebab tu badan macam di pam pam jerk. ( salahkan coffee! Kah! )

Sekarang, untuk coffee 3 in 1 masih lagi buat stok kat rumah. Cumanya, Gee minum selang beberapa hari atau seminggu sekali atau rasa teringin sangat. Gee dah lupa bila ntah berkenalan dengan Mc Cafe. Haa bermula perkenalan dengan Mc Cafe itulah Gee dah semakin kurang minum coffee 3 in 1 tu. Tapi bukan kata Gee gi minum coffee kat Mc Cafe hari - hari sebagai pengganti. Cuma, jarang - jarang pekena coffee di Mc Cafe tu, kepuasan dia lain macam tau! Hahahahhahahah!

Pilihan Coffee Favourite Sis Gee di Mc Cafe McDonald's


Pertama kali Gee cuba adalah Hot Hazelnut Latte. Terus macam wow! Nikmatnya minum kopi  lemak berkrim panas - panas wei. Tambah lagi kalau order waktu breakfast. Lagi rasa macam kepuasan berganda dapat minum coffee di pagi hari. Haha! Pernah juga order Caramel Latte tapi rasanya Hazelnut Latte lagi ummphh kot! 

Pernah Juga Cuba Iced Latte Tapi..


Serius Gee lebih suka Hot Latte compare yang sejuk punya. Banyak kali juga order yang sejuk tapi kepuasan dia tak sama tau minum yang panas! Hahahhahaha! Ramai juga yang buat sharing sukakan iced latte ni tapi kalau nak kepuasan Gee nak yang panas. Haha! Iced latte banyak jugak ada offer kat Aplikasi McDonalds. Ada offer beli murah untuk 2 iced latte dan ada juga 50% deals on wednesday. Tapi offer ni akan sentiasa berubah - ubah dan di updates, so kalau nak lihat latest offer, korang kena check dalam aplikasi McDonalds.

IG Story Survey : 80% Sukakan Coffee Yang Sejuk


Tiba - tiba rasa nak buat survey di IG Story berkenaan penggemar coffee sejuk atau panas. Dan semestinya Sis Gee vote untuk hot! Namun, rupa - rupanya tak ramai geng aku rupanya. Hahahahha! Lebih 80% yang jawab survey sukakan Coffee yang sejuk. Congrats korang sebab menang majoriti penuh! Hahahaha!

So Korang Team Mana? Iced Latte or Hot Latte?

Gee masih setia dengan hot latte. Biasanya Gee akan order Hot Hazelnut Latte. Perghh release stress sebentar! Haha! Di Mc Cafe bukan ada Coffee Latte je. Ada banyak lagi pilihan minuman di Mc Cafe. Antaranya adalah Cappuccino, Iced Americano, Iced Chocolate, Iced Blended Mocha, dan banyak lagi pilihan yang ada. 


Sedap pulak duk bayangkan coffee panas - panas ni. Takde yang nak belanja Sis Gee mengopi ke?

#CoffeeLovers
#McCafeMcDonalds
#McDonaldsKualaTerengganu
#reviewbysisgeedotcom


You Might Also Like

7 komen

  1. Seronoknya jadi orang normal, minum kopi..Rina taktaula kenapa..kalau rina minum kopi, mesti akan seramsejuk nak demam dan sakit perut hehe
    dari dlu lg.

    ReplyDelete
  2. suka juga minum kopi selalu beli kopi dalam tin je sekarang ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Dua-dua tak sebab saya tak minum kopi😅.

    ReplyDelete
  4. Suka dua-dua.. sejuk dan panas.. Apa sahaja yang dari kopi memang kesukaan Sha.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Suka hazelnut punya. Wangi aroma nya.. Kapan lagi bisa ngopi di McDonald’s KT ni sis gee kita 😂

    ReplyDelete
  6. Kalau saya suka yang hangat. Soalnya kalau yang sejuk harus sekali teguk habis. Klo lama2 keburu es mau cair. Klo udah cair rasanya udah tidak nikmat lagi.. hehe

    ReplyDelete
  7. Kita xtaw sbb g mcd xpernah order hahaha kalau gee nak belanja ok gak ni

    ReplyDelete