BEAUTY

Serum Dr Beau Merawat Jeragat, Jerawat dan Kulit Kusam Dengan Berkesan

May 31, 2019
Serum Dr Beau Merawat Jeragat, Jerawat dan Kulit Kusam Dengan Berkesan | Salam Ramadhan korang! Wah nampaknya kat timelime social media dah penuh masing - masing punya persiapan raya yang bakal menjelang. Entry ni bukan nak story persediaan raya tau! Tapi, Gee nak share serum best yang dah berbotol Gee amalkan sehingga ke hari ini. Hehe.


Serum apa tu? Korang masih mempunyai masalah jeragat, jeragat dan kulit kusam? Risau raya nanti untuk berjumpa dengan ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan - kawan lama? Dalam pada melakukan persiapan raya, persiapan diri - sendiri penting juga tau! Wajah yang bebas jerawat, jeragat dan kulit kusam akan memberikan korang tahap keyakinan yang lebih tinggi untuk berhadapan dengan tetamu raya nanti.


Gee sendiri, kalau sekali jerawat batu keluar, rasa nak cepat - cepat hilang! Bila nak make up pun akan rasa terganggu! Tambah pula Gee tak suka make up tebal, maka nak tak nak mesti kena pastikan kulit wajah bebas jeragat, jerawat dan kulit kusam. Baru orang kata natural beauty!!! EH!! #doneperasan

Serum Dr Beau Merawat Jeragat, Jerawat dan Kulit Kusam Dengan Berkesan

Ini bukan pertama kali blog Sis Gee berkogsi berkenaan Serum Dr Beau. Korang boleh taip di search box : 'Serum Dr Beau' , nanti akan keluar entry Gee review sebelum ni. Barang bagus mestilah nak dikongsi! Tambah pula Serum Dr Beau adalah produk lulus KKM, pasti korang pun nak mencuba nanti!


Menariknya, Serum Dr Beau tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit korang. Ramuan yang terkandung adalah terdiri daripada 100% ekstrak bahan semulajadi sahaja. Jom lihat apa ramuan istimewa yang menjadi formulasi Serum Dr Beau ini berkesan bagi merawat jeragat, jerawat dan kulit kusam.

Ramuan istimewa Serum Dr Beau :

◉ Rosehip Oil


Rosehip Oil mengandungi kandungan Vitamin A dan Vitamin C yang boleh membantu merawat tanda - tanda awal penuaan. Selain itu, Rosehip Oil juga dapat mencerahkan kulit wajah, meratakan tona kulit, serta melindungi kulit dari radikal bebas.

◉ Argan Oil


Argan Oil boleh dikatakan agen pelembab terbaik pada kulit korang. Ia dapat membantu mencegah kedutan pada kulit yang disebabkan oleh faktor penuaan, memberi kelembapan pada kulit, merangsang pembaharuan sel kulit yang baru serta merawat masalah kulit yang berjerawat.

◉ Almond Oil



Almond Oil diperkaya dengan vitamin E dan D yang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit korang. Bagi korang yang mempunyai masalah kulit berjerawat, Almond Oil akan mengawal minyak berlebihan pada wajah yang menjadi punca jerawat. Sebab itulah, Dr Beau Serum sangat disarankan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

◉ Apricot Kernel Oil


Apricot Kernel Oil adalah minyak yang diekstrak daripada biji buah apricot. Ia sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit serta rambut korang. Antara fungsi Apricot Kernel Oil adalah melembutkan kulit, merawat kulit sensitif, serta merawat masalah kulit berjerawat.

◉ Wheat Germ Oil


Wheat Germ Oil ( Minyak Biji Gandum ) sangat kaya dengan vitamin E di mana ia sangat bagus untuk kulit korang. Oleh yang demikian, korang dapat menikmati manfaat daripada Wheat Germ Oil hanya dengan sapuan Serum Dr Beau ini. Ia dapat merawat kerosakan kulit yang terbakar, tona kulit yang tidak sekata, masalah jerawat dan juga jeragat.

◉ Evening Primrose Oil

Evening Primrose Oil mampu merawat masalah jerawat korang. Ia bukan sahaja menghalang bakteria pada kulit wajah malah dapat menghilangkan parut jerawat juga. Dengan amalan sapuan Serum Dr Beau, kulit korang akan bebas jerawat beserta parut sekali!

Kulit Bebas Jerawat dan Jeragat Dengan Serum Dr Beau


Mission Gee pakai Serum Dr Beau ini adalah untuk melembabkan kulit muka Gee yang kering. Tapi bukan itu je tau manfaat yang diperolehi daripada Serum Dr Beau ni! Ada banyak lagi keistimewaan yang dapat apabila amalkan pemakaian Serum Dr Beau ini secara konsisten.



Antara manfaat Serum Dr Beau adalah :

⬥ Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
⬥ Mengekalkan kelembapan pada kulit.
⬥ Melambatkan proses penuaan.
⬥ Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat.
⬥ Memudarkan parut jerawat.
⬥ Mencerahkan kulit.
⬥ Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Suka Dengan Tekstur Serum Dr Beau Yang Ringan


Gee ni, kalau nak tempek apa - apa kat kulit muka, mesti nak yang ringan pada kulit. Maksudnya tidak melekit dan tidak berminyak. Mula - mula apply serum ni, kita akan rasa seperti sapu minyak pada kulit tau! Tapi magiknya, tak lama pun, muka rasa ringan je sebab serum terus meresap pada kulit. Gee suka jadikan Serum Dr Beau sebagai pelembab muka sebelum apply cc cream atau bedak. Korang pun boleh pakai sebelum tidur. Bangun pagi mesti rasa kulit sangat lembut dan segar!

Lihat Video Cara Penggunaan Serum Dr Beau



Serum Dr Beau Serum Pilihan Artis Malaysia

Kalau korang tengok testimoni, memang banyak testimoni, gambar dan video daripada artis - artis Malaysia. Diaorang pun pakai Serum Dr Beau dalam rutin penjagaan wajah setiap hari.







Lagi Testimoni Pengguna Serum Dr Beau!






Dapatkan Serum Dr Beau Dengan Tawaran Harga Promosi Sekarang!!



Korang! Sekarang Dr Beau adakan tawaran harga promosi tau! Baik korang beli dan cuba sendiri! Untuk sebarang info lanjut, pertanyaan dan urusan pembelian, korang boleh hubungi :


Telefon : 016 963 3443


You Might Also Like

9 komen

  1. Ramai yang cuba ni, rasa nak cuba juga nanti ..kot mana tau kan, serasi dengan kulit muka ..

    ReplyDelete
  2. serum yg sesuai dengan kebanyakkan skin

    ReplyDelete
  3. menariknya serum dia dalam bentuk macam tu

    ReplyDelete
  4. umur da meningkat ni memang kena risau da jeragat semua.
    huwaaaaa oh no..

    ReplyDelete
  5. sero lame dop jenguk mung sini. huhu. #selamathariraya

    ReplyDelete
  6. Menarik betul serum ni.. Geram je baca testimoni tu.. 😍

    ReplyDelete