HOLIDAY

Pengalaman Pertama Kali Berkunjung ke Sky Box Menara Kuala Lumpur

April 09, 2019
Buat pertama kali jejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Sejak si sulong sekolah, Menara Kuala Lumpur antara wishlist dia juga. Selalu sangat dah Arsyad duk sebut - sebut ajak pergi Menara Kuala Lumpur. Mungkin kat sekolah, cikgu pun dah beri pendedahan awal. Rezeki kerjaya ibu sebagai blogger, Gee ada dapat pass untuk visit Menara Kuala Lumpur bulan Februari yang lepas. So, kebetulan cuti raya cina yang agak lama pula tuh. Apa lagi terus on ke KL alang - alang cuti sekolah seminggu. Hihi.

Explore Menara Kuala Lumpur Bersama Blogger Rodiah Amir & Mek Yunie

Kali ni Gee & family explore Menara Kuala Lumpur bersama rakan blogger Rodiah Amir & Mek Yunie & semestinya bersama suami dan anak-anak mereka. Hehehehe!!


Bagaikan rombongan, bila masing - masing punya anak kecil dan of course me paling ramai anak, terasa meriahnya suasana! Haha!! Bila ada anak kecil, waktu paling sesuai untuk mulakan eksplorasi adalah waktu pagi selepas sarapan pagi. Untuk mudahkan perjumpaan kami 3 family, kami jumpa di restoran berhampiran Menara Kuala Lumpur dan breakfast je kat situ. Sampai sana cari parking, pastu breakfast dan boleh terus mulakan eksplorasi. Hehe!! 



Recommendation!! Korang wajib bergambar kat depan Menara Kuala Lumpur ni sebelum korang mulakan eksplorasi korang. Especially yang ada anak kecil. Trust me! Hahahahaha!

Dah bergambar, seterusnya barulah korang boleh terus ke lobi atau kaunter tiket untuk bayaran masuk Menara Kuala Lumpur. Untuk membeli tiket, korang boleh beli di kaunter tiket atau kiosk yang disediakan di lobi. Kalau nak mudah lagi, korang boleh je beli tiket secara online! Lagi mudah kan?

Online Ticketing : << CLICK HERE >>

  
Owh ya! Untuk tiket, Menara Kuala Lumpur juga ada tawarkan harga tiket mengikut pakej tau!! Pakej digabungkan dengan tempat-tempat menarik lain yang ada disekitar Menara Kuala Lumpur iaitu Mini Zoo, Blue Coral, XD Theatre dan Upside Down House.


Jom Ketahui Daya Tarikan Menara Kuala Lumpur

◉ Sky Deck

Sky Deck ni 'open air' tau! So korang boleh melihat pemandangan Kuala Lumpur dari ketinggian 300 meter dari aras tanah secara terbuka. Ada yang suka lihat panorama di malam hari. Kalau nak nampak bangunan - bangunan di Kuala Lumpur dengan jelas, korang haruslah datang pada siang hari.

◉ Sky Box

Di Sky Box nilah korang wajib ambil gambar! Sebabnya Sky Box ni berlantaikan dan berdindingkan cermin tau! Kalau gayat, korang better jangan tengok bawah. Hehe. Sky Box ada dua iaitu Sky Box Pink dan Sky Box Blue.


Sky Box Pink paling ramai orang que sebabnya view KLCC. Sky Box Blue pulak view bangunan - bangunan lain di Kuala Lumpur.


Nak bergambar, korang kena ambil nombor giliran. Limit masa hanya 2 minit untuk satu sesi bergambar di Sky Box. Kalau tak puas 1 sesi, korang boleh ambil banyak nombor. Hahaha! Di Sky Box dah ada tau professional photographer. Diaorang akan ajar macam - macam gaya nanti. Gambar korang boleh beli kat kaunter gambar. Tapi dont worry, nak ambil gambar dengan phone sendiri pun boleh. Hehe.

◉ Sky Cafe


Dah penat bergambar dan melihat panorama Kuala Lumpur, korang boleh singgah di Sky Cafe. Sky Cafe ni pun cantik kalau nak lepak sambil sejukkan badan dengan air cond sebabnya view Sky Cafe pun KLCC. Sedia maklum harga agak pricey sebab lokasi Cafe yang berada di atas Menara Kuala Lumpur plus view yang cantik. Haha. Gee beli jugak buat syarat merasa.. Hahahahah!

◉ Sky Deck


Sky Deck, korang boleh melihat panorama Kuala Lumpur dari dalam bangunan yang berhawa dingin. Kerusi pun banyak disediakan untuk korang berehat seketika. Paling mengujakan adalah apabila anak - anak dapat menggunakan teropong yang disediakan untuk melihat bangunan dengan lebih dekat lagi.

Rancang Percutian Bersama Keluarga ke Menara Kuala Lumpur!!

Kalau ada anak - anak yang tengah seronok untuk explore benda baru, Gee sarankan korang boleh bawak diaorang datang ke Menara Kuala Lumpur. Anak - anak Gee duduk atas cermin tu langsung tak gayat malah mulut asyik bertanyakan itu ini dengan ayah diaorang. Sorry ibu gayat, so takleh fokus apa diaorang tanya. Hahaha!


Sememangnya, trip ke Menara Kuala Lumpur memang terbaik! Thank you geng blogger RODIAH dan MEK YUNIE sebab sama - sama join trip kali ni. So next!! Kemana kita nak terjah pula? Jeng Jeng Jeng....

Untuk lihat info lanjut berkenaan Menara Kuala Lumpur, korang boleh terus ke sini :


#sisgeejalanjalan











You Might Also Like

8 komen

  1. yang tengok gambar ni pun rasa kembang kaki !! seriau hahaha.. tataula kalo pegi sana tah macam mana rasa hahaha.. ritu yang kat Penang pun jenuh berperang nak pijak ke x..

    ReplyDelete
  2. bestnya mama tak penahs ampai lagi

    ReplyDelete
  3. klu cik nor bergambar tepi2 jer..gayat weh..haha

    ReplyDelete
  4. Rabia takut nak naik hehehe..gayat tau

    ReplyDelete
  5. Tahniah Gee kerana mempunyai keberanian untuk berada di tempat yang boleh meruntun jiwa dan raga..

    ReplyDelete
  6. woww, bestnyaa.. seriau plok tengok tu..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pemandangan dari atas. Saya tak pernah lagi ke sana.

    ReplyDelete
  8. Menariknya tempat ni.. Syok kalau tak gayat, mesti kena cuba. Yang gayat pun kena slow² buang rasa itu. Cewahh kata kat diri sendiri ni 😂😂

    ReplyDelete