EVENT

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4 – 6 April

March 15, 2019
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.


Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.




Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:


No
Negeri
Daerah/Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Kota Bharu
Kompleks Balai Islam, Lundang
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu
7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota
31 Mac

Roadshows ini merupakan kolaberasi bersama Pejabat - Pejabat Bank Negara Malaysia, Persatuan Bank - Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan juga Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).


Selain itu terdapat 11 agensi tempatan yang akan terlibat yang terdiri daripada :

1)   FELDA Jengka
2)   FELDA Ketengah Jaya
3)   Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kelantan
4)   Pejabat Daerah & Tanah Setiu
5)   Pejabat Daerah & Tanah Besut
6)   Pejabat Daerah & Tanah Hulu Terengganu
7)   Pejabat Daerah & Tanah Marang
8)   Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
9)   Universiti Malaysia Pahang (UMP)
10) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
11) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bersama Datin Arlina Ariff ( Pengarah Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM)

"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.








You Might Also Like

9 komen

  1. Bestnya BNM buat jelajah PT. Kalau dekat Ana sure akan join sebab banyak info kita boleh dapat. Program2 pun menarik.

    ReplyDelete
  2. Meriahnyaa siap ada siri jelajah pantai timur Sembang Santai baguslah karnival macam ni bukan je bermanfaat malah mesra kanak² jugak..

    ReplyDelete
  3. ada dua di Kelantan. buleh arr aku g

    ReplyDelete
  4. bagus ni..banyak aktiviti, boleh jumpa artis pulak tu!

    ReplyDelete
  5. Bagus program ni best kalau dapat pergi ni

    ReplyDelete
  6. ok jugok sebab tak semua orang tahu fungsi bank negara selain ingatkan cop duit..ekeke

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada karnival gini. Boleh tambah pengetahuan. Ingatkan BNM jaga duit n buat duit je.

    ReplyDelete