BEAUTY

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask | Kulit Terasa Lebih Cerah

January 26, 2019
Bila masuk tahun baru, sedar tak sedar usia pun semakin meningkat. Pernah tak korang ambil masa untuk beberapa minit di hadapan cermin untuk tatap muka sendiri? Haaaa jangan tak ngaku ye! Gee ni jarang sangat nak menilik muka sendiri di hadapan cermin. Cermin tu berfungsi untuk makeup, sikat rambut dan bila nak pakai tudung je. Tapi baru - baru ni Gee terkejut bila lihat kulit muka sendiri sudah mula menunjukkan tanda - tanda awal penuaan. Owh my!!! Terkejut dengan muka sendiri!! Terlihat bintik-bintik hitam di sekitar pipi, garis-garis halus di kawasan mata serta kulit agak kering dan kusam. 


Sedih juga sebabnya kalau boleh Gee nak juga kelihatan awet muda macam mak - mak lain kat luar sana. Well siapa yang tak suka kelihatan sentiasa muda kan? So, Gee pun cuba satu produk ni yang semestinya klinikal produk untuk rawat masalah kulit yang Gee hadapi sekarang. Nak tahu produk apa? Jom Gee kongsikan untuk korang.

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask | Kulit Terasa Lebih Cerah


Gee dah mencuba ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni lebih kurang 2 minggu dah. Kalau korang nak tahu, produk ni berasal dari Korea. Sebut je Korea mesti korang dah bayangkan macam mana kulit wanita diaorang kan? Yang paling menarik adalah ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit seperti paraben, SLS dan juga SLES. Kalau nak cantik luar, pastikan ramuan produk itu tidak memberi kesan pada dalaman kulit korang tau!! Kesan rawatan tu nanti akan nampak kat luar je, tapi dalaman kulit lebih teruk dari apa yang kita sangkakan.

Ketahui Manfaat ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask

Pada mulanya Gee ingatkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini adalah berfungsi sebagai masker untuk hilangkan kulit mati serta menegangkan kulit sahaja. Namun, sebenarnya ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask mempunyai lagi banyak fungsi dan manfaat untuk kulit kita.


Antara manfaat ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask adalah :

◉ Merawat masalah anti penuaan dengan memudarkan garis - garis halus pada wajah.
◉ Membantu melembabkan kulit yang kering.
◉ Membantu mencerahkan wajah yang kusam.
◉ Boleh meruncingkan wajah dengan memecahkan lemak pada wajah.
◉ Membantu mengatasi masalah kulit berjerawat yang disebabkan kulit berminyak.
◉ Mengembalikan keanjalan kulit wajah.

Tekstur ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini adalah berbentuk krim yang lembut, tidak berminyak serta mudah meresap ke dalam kulit. Bau ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini pula sangat lembut dan sesuai dipakai sebelum anda tidur. 


Jom ketahui Cara Penggunaan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini pula. 

1. Bersihkan muka dari segala make up dan kotoran dengan pencuci muka korang.

2. Setelah muka di lap kering, sapukan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ini di sekitar wajah korang.

3. Korang boleh buat urutan muka juga bagi membantu penyerapan krim pada kulit.

4. Siap!! Selamat malam dan mimpi yang indah!!



Kulit Rasa Lembut dan Semakin Cerah!!

Penggunaan yang konsisten memang nampak kesan pada kulit. Kulit rasa sangat best apabila bangun tidur dan masalah kulit kering Gee dah semakin pulih. Kulit pun rasa semakin cerah dan bersih. So korang kalau nk cuba jugak, korang boleh dapatkan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleep Mask ni di WATSONS yang berdekatan di seluruh Malaysia.


Harga : RM199 ( normal price )

Watsons Online : < Grab Promotion Price >

Instagram : idplacosmetics_my

#idaz #butterflymsia #facefitsleepingmask
#reviewbysisgeedotcom








You Might Also Like

8 komen

  1. Serius gee sekarang nampak makin comey. Teringin pulak nak beli satu idaz ni

    ReplyDelete
  2. makin cun melecun lah sisgee kiteee

    ReplyDelete
  3. buleh try. trusted skit bila masuk watsons.

    ReplyDelete
  4. Memang sesuai sangat cari produk anti penuaan sekarang sebab muka dah berkedut banyak. Takut tengok cermin weh >_<

    ReplyDelete
  5. Kalau ada dekat Watson senang sket boleh beli nak cantik jugak

    ReplyDelete
  6. Boleh g serang watsons cari produk ni hahaha

    ReplyDelete