FOOD REVIEW

Beli Aiskrim Mudah & Jimat Dengan Aplikasi McDonald's

January 02, 2019
Beli Aiskrim Mudah & Jimat Dengan Aplikasi McDonald's | Jaga - jaga entry Sis Gee kali ni. Bukan apa, kot lah korang pun macam Gee penggemar aiskrim McDonald's. Hehe.

Beberapa hari yang lepas, Gee bawa anak - anak outing. Kebetulan adik, wife dan anak dia Ariana ada balik kampung jugak. Aktiviti wajib harus bawa mereka ke playground. Cuaca pun tak berapa nak okey untuk outdoor, so kami ke indoor playground di Giant je. Selesai main sepuasnya di playgorund, bagi upah aiskrim kat McDonald's pulak. Kalini bersyarat aiskrim sahaja sebabnya Wan dah masak banyak lauk dah untuk makan tengahari. Hehe.


Sampai McDonald's keadaan agak kelam kabut. Sebab nak melayan kerenah rakyat jelata. Haha. Nasib baik ada GEL Siti yang dah macam adik Gee sendiri tu. So Siti siap tolong ambilkan order kami. Kenal Siti dah lama sebabnya asyik nampak muka kami je kat McDonald's. Haha! 

Jimat Beli Aiskrim Dengan Aplikasi McDonald's!! Korang dah install aplikasi McDonald's? Ada banyak offer menarik tau!! Ada offer untuk menu sarapan pagi, McCafe, desserts, burger, ayam goreng dan banyak lagi offer yang ada.



Kali ni Gee guna aplikasi McDonald's untuk order aiskrim. Jom lihat cara mudah untuk redeem atau menggunakan aplikasi McDonald's ini.

Cara Mudah Menggunakan dan Redeem Aiskrim Daripada Aplikasi McDonald's
1. Buka aplikasi dan klik pada EXCLUSIVE OFFER

2. Boleh pilih menu yang ada dalam exclusive offer. So pilihan Gee adalah aiskrim. Ada banyak combo deal aiskrim yang boleh pilih. 



3. Dah pilih, nanti tunjuk dekat kaunter korang nak yang mana. Kemudian tekan REDEEM dan cashier akan ambil no code yang tertera selepas korang redeem.

Kalau nak pilih offer lain lagi pun boleh. Selepas semuanya dipilih, baru cashier akan maklumkan jumlah bayaran yang perlu dibayar.

TOTAL BELANJA AISKRIM GUNA APLIKASI DAN ADD ON TAK SAMPAI RM 25! Nak tahu apa yang Gee beli? Ni list ordernya :

Sundae Cone : 1
ChocoTop : 3
McFlurry Oreo : 2
Sundae Strawberry : 1
Nugget : 4 pcs
Apple Pie : 2

Thank You Siti!!
Bagi Gee, kalau kebetulan aiskrim yang kita nak ada dalam OFFER McDonald's Application ni baik redeem offer tu. Sebab harga lagi murah. Lainlah kalau korang nak beli satu McFlurry atau satu Sundae Coklat sahaja. So sebelum beli aiskrim atau apa - apa menu McDonald's, korang tengok OFFER dalam Aplikasi McDonald's terlebih dahulu okey!!

Korang dah try Macarons McCafe McDonalds?








You Might Also Like

12 komen

  1. Sekarang semua dah maju! Siap boleh pakai app untuk jimat :D

    ReplyDelete
  2. Terliur betul tengok aiskirm.. Setakat nie dah hampir setahun saya tak sentuh aiskrim.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Memang untung kan pakai apps McDonald’s.. Husniey pun guna, lagi jimat. Hehe

    ReplyDelete
  4. Baru je lepas check tadi, plan nak amek set prosperity tu..nampak syok sangat..

    ReplyDelete
  5. memang nak beli pape, tengok apps dulu kot ada offer murah. hehe

    ReplyDelete
  6. Tak install pun apps ini sebab mcd jauh sesangat.. kikiki..

    ReplyDelete
  7. lama x makan MCD eh.. gee belanjo boleh ko

    ReplyDelete
  8. Prosperity is back! Family akak semua suka eskrim mcd. Fevret akak sundae chocotop, tapi selalu tlupa nak cek apps, padahal dah download last year. Petanda dah tua... :D

    ReplyDelete
  9. Oo dengan apps ni lagi mudahlah. Nampaknya kena install ni

    ReplyDelete