BLOGGER

Tempah dan Design Bisnes Kad Murah Dari BG Design

November 05, 2018
Assalamualaikum 💛

TEMPAH DAN DESIGN BISNES KAD MURAH DARI BG DESIGN | Sebenarnya dah lama Gee nak tempah bisnes kad ni. Sebelum ni incik suami design dan printkan untuk Gee. Design yang lama tu bertemakan template sebelum ni. So bila dah tukar template dan kebetulan pula bisnes kad pun dah lama habis, Gee pun mencari lah servis design bisnes kad yang murah. 



Kenapa Gee perlu bisnes kad? Walaupun aku hanya seorang surirumah biasa, macam pelik pulak siap nak bisnes kad kan? Sebenarnya, kerjaya seorang blogger ni memang perlu sekeping bisnes kad bagi memudahkan owner, brand atau sesiapa yang mungkin perlu khidmat review atau kerjasama nanti. Bila nak guna? Biasanya Gee akan bagi bisnes kad ni bila join event, pergi review restoran, bila check in mana - mana hotel atau ketika travel. 



So bila ada bisnes kad ni, lagi mudah orang nak hubungi Gee sekiranya mereka berminat untuk guna khidmat Gee untuk review. Tak perlu lah Gee nak tulis kat kertas nota atau suruh diaorang save nombor phone dan link blog kan? Kan mudah ada sekeping kad, semua details ada dan terus pass pada mereka yang berkenaan. 

Tempah Bisnes Kad Murah Dari BG Design

Kisahnya, Gee memang kenal owner BG Design ni sebabnya mereka juga blogger dan Gee pernah jumpa mereka ni di satu event dan juga review restoran. Bila dah tahu ada kawan yang buat bisnes kad terus Gee usha tanya harga. Mestilah nak dalam lingkungan budget al maklumlah Sis Gee ni surirumah sahaja. Hehe.


BG Design menawarkan pelbagai servis percetakan dengan harga yang sangat berpatutan. Yang menariknya korang boleh request design macam mana mengikut kesukaan dan citarasa sendiri. Gee designkan bisnes kad bertemakan template blog Gee so mereka akan designkan mengikut apa yang Gee nak. Kalau takde idea atau tak tahu nak design macam mana pun tak kisah sebab BG design boleh reka design special untuk korang. Design pula memang eksklusif tau, takde nak tiru orang lain punya okey! 

Produk Percetakan Yang Pelbagai Daripada BG Design

Sebenarnya bukan bisnes kad je tau BG Design buat malah ada banyak lagi produk percetakan yang ditawarkan oleh BG Design. Jom Gee kongsikan dengan korang manalah tahu kot korang dalam pencarian nak cari servis percetakan yang murah kan?

1. Banner dan Bunting


2. Flyers


3. Bisnes Kad


4. Servis Design Logo


5. Tempahan Kad Kahwin


6. Tempahan Sampul Duit Raya


Terbaru!! Dapatkan Kalendar 2019 Daripada BG Design


Bersempena nak masuk tahun baru 2019, BG Design mengadakan promosi sepanjang November untuk tempahan kalendar 2019. Semestinya, korang boleh design sendiri kalendar tersebut mengikut citarasa sendiri atau boleh juga menempah untuk kegunaan pejabat. Kalendar 2019 keluaran BG Design ada pelbagai variasi tau! Memang menarik kesemuanya. Antaranya design kalendar 2019 dari BG Design adalah :
Hanging Kalendar
Poster Kalendar
Table Kalendar
Diary 2019
Ramai Berpuas Hati Dengan Servis BG Design






Suka Kad Bisnes Bertemakan Blog Sendiri!

Gee bagitau BG Design untuk designkan kad bisnes bertemakan template blog Gee. Bila diaorang design, terus in love!!! Gee bagitahu nak simple dan tema blog dan hasilnya korang boleh tengok sendiri. Amacam okey tak? Hehe. Material kad tu Gee tak berapa arif sangat cuma permukaan kad Gee pilih yang glossy maksudnya berkilat memandangkan kad dah simple, so rasa pilih yang glossy lagi elok. Thank you BG Design!!!



Korang nak tempah bisnes kad, atau apa - apa produk Gee sangat recommendkan BG Design sebabnya harga mereka sangat berpatutan dan tempoh yang disiapkan juga sangat singkat. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan korang boleh hubungi mereka pada info yang dinyatakan kat bawah. 





WhatsApp : 010 - 795 0473






You Might Also Like

13 komen