FOOD REVIEW

Nasi Ala Kak Wok di MPA Cafe KPTM Kota Bharu

November 28, 2018
Nasi Ala Kak Wok di MPA Cafe KPTM Kota Bharu | Kalau orang Kelantan, Nasi Kak Wok ni dah menjadi menu kebiasaan mereka untuk makanan pagi atau tengah hari. So kebanyakkan orang dari luar Kelantan pasti tertanya - tanya sedap sangat ke Nasi Kak Wok itu? Hinggakan viral seluruh Malaysia? Gee sendiri pun terfikir dan ingin tahu, sedap sangatkah?



Masa Gee ke Event Memorandum McDonald's - HUSM beberapa bulan yang lepas, Gee berpeluang untuk merasa kesedapan Nasi Ala Kak Wok ni bersama blogger Husniey dan Sis Hawa . Menariknya Nasi Ala Kak Wok ini berada bersebelahan dengan tempat yang Gee mesti singgah di Kota Bharu iaitu terletak bersebelahan dengan AEON Mall Kota Bharu. Nak jalan kaki ke Aeon Mall tu pun boleh sebab bangunannya hanya bersebelahan saja.

MPA Cafe Diuruskan Oleh Pelajar Dari KPTM

Nasi Ala Kak Wok ini merupakan menu utama yang ada di MPA CAFE yang terletak di dalam kawasan Kolej Poly-Tech Mara ( KPTM ) Kota Bharu. Tertubuhnya MPA Cafe ini adalah untuk membantu pelajar - pelajar KPTM ini sendiri yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan yang agak mahal di kebanyakkan kedai makan. Sebelum ni pernah ada kejadian pelajar pengsan sebab kena ikat perut untuk makan. Ni bukan drama tau! Huhu. Disebabkan itu, MPA Cafe ditubuhkan dan pekerja - pekerja yang kendalikan Cafe adalah terdiri daripada Majlis Perwakilan Asrama KPTM sendiri dan sebab itulah ia diberi nama MPA ( Majlis Perwakilan Asrama ) Cafe. 



Untuk pelajar yang kurang berkemampuan. mereka diberikan makanan percuma dan untuk memastikan setiap daripada mereka makan mengikut jadual, satu buku log dibuat mengikut senarai nama mereka. Buku log ini akan di tanda tangani oleh pelajar itu sendiri bagi memastikan mereka makan dan tidak akan ada masalah pelajar ikat perut untuk makan. Ini boleh memberi mereka dorongan dan semangat untuk belajar tanpa memikirkan masalah kewangan yang ditanggung.


Harga Nasi Bersama Air RM2 Sahaja!

Dalam usaha untuk membantu pelajar - pelajar di KPTM Kota Bharu ini, MPA Cafe mengenakan harga yang sangat murah bagi memastikan pelajar - pelajar di sini dapat makan dengan kenyang walaupun wang perbelanjaan mereka tidak banyak. Berikut senarai harga yang dikenakan untuk pelajar.

Harga :

Nasi Ala Kakwok dan Teh O ais RM 2 
Mee Goreng dan Teh O ais RM 2 
Bihun Goreng dan Teh O ais RM 2
Nasi Lemak dan Teh O ais RM 2

Minuman bersusu seperti milo ais, kopi ais,
nescafe, teh ais berharga RM 1.50
sahaja. 

Harga bagi minuman panas RM 1.00

Nasi Ala Kak Wok RM3 Untuk Staff dan Pelanggan Luar


Walapun MPA Cafe ini berada di dalam pagar KPTM namun, ramai juga orang luar KPTM datang ke sini untuk makan tengah hari. Korang kalau datang Aeon Kota Bharu pun boleh singgah makan kat MPA Cafe ni. Harga Nasi Ala Kak Wok hanya RM3 sahaja! Sangat murah! Kalau ditambah dengan air, harga makan seorang belum cecah RM5. wow!! Mana nak cari harga murah macam ni sekarang? 

Sedap Ke Nasi Ala Kak Wok MPA Cafe?


Baru Gee tahu cenggini rupanya Nasi Kak Wok. Nasi putih , kuah gulai kari, ayam goreng kunyit dan sambal. Simple! Tapi kesedapannya bergantung pada kuahnya dan heronya adalah sambal! Dan sambal Nasi Ala Kak Wok kat sini memang ummphh lah! Pedas masam manis. Terbaik sambal dia!

MPA Cafe Mengalu-alukan Sumbangan Orang Ramai

Disebabkan MPA Cafe menawarkan harga jualan yang murah untuk pelajar - pelajar di sini, mereka juga mengalami masalah kekangan modal di mana umum sudah ketahui harga bahan basah agak mahal di pasaran. Tapi dalam masa yang sama MPA Cafe harus kekalkan harga yang murah bagi membantu pelajar di sini. Oleh yang demikian, sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan atau sumbangan, pihak MPA Cafe KPTM sedia menerima dengan hati yang terbuka.


Untuk mereka yang belum cuba dan datang berkunjung ke Kota Bharu boleh datang rasa sendiri Nasi Ala Kak Wok murah di MPA Cafe ni. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh hubungi info di bawah.



Waktu Operasi : Pagi - Malam



You Might Also Like

7 komen

  1. sdap terr..lama xmkn nasi kak wook..:)

    ReplyDelete
  2. Wahh murah dan sedapppp..rabia pernah je lalu dekat kptm kota bharu tu..tqqqq kak gee for share..

    ReplyDelete
  3. eyh nk g try la. muroh gile. hahahahahah

    ReplyDelete
  4. Lama dh tak balik kelantan ni.. Tp kalau balik mmg jarang jln2 bandar.. Entah bila lah nak merasa makan kt sini

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan nasi ni. Tapi memang murah betul tu

    ReplyDelete
  6. balik aritu x meyempat nak makan nasi kak wook alahaiiiiii

    ReplyDelete