FOOD REVIEW

Sarapan Pagi Nasi Lemak Serunding Strawberry di Restoran Taman Apple Cameron

October 29, 2018
Assalamualaikum 💚

Finally, sampai entry ke tiga Gee share tentang Restoran Taman Apple Cameron. Sebelum ni Gee prnah share pengalaman Gee dan blogger Mek Yunie menikmati makan tengah hari sotong bakar, kambing bakar serta makan malam steamboat & grill. Kalau korang nak baca boleh klik link kat bawah ni :




Untuk pengetahuan korang, trip kami ke Cameron Highlands kali ni sangat mudah untuk memilih tempat makan best dan selesa. Memang kena sangat dengan tema kehijauan di Cameron Highlands, kami memilih Restoran Taman Apple untuk kami sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Menariknya, menu sangat berbeza dan juga punya daya tarikan yang sendiri di mana korang hanya boleh merasainya hanya di Restoran Taman Apple Cameron sahaja.

Sarapan Pagi Mendamaikan di Restoran Taman Apple Cameron


Restoran Taman Apple Cameron mempunyai dekorasi restoran yang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Korang akan merasa pengalaman seperti makan di dalam taman di sini. Pokok - pokok menjalar, dekorasi setiap penjuru yang sangat unik serta susun atur meja yang pelbagai jenis. Memang sesuai dengan mood bercuti di Cameron sebabnya dapat makan sambil menikmati kehijauan pokok, dengan cuaca yang sejuk, memang terasa nak melepak kat sini je sepanjang hari. Hehe.

Nasi Lemak Serunding Strawberry Daya Tarikan Utama 

Pertama kali Gee tahu strawberry juga dijadikan serunding dan di makan dengan nasi lemak. Persepsi pada mulanya macam tak masyuk je sebab strawberry kan masam manis, nasi lemak pulak nak kena sambal yang pedas. Tapi kalau dah tahu menu Nasi Lemak Serunding Strawberry merupakan HERO antara semua menu breakfast kat sini, Gee pun order dan cuba sendiri.



Rupa - rupanya gabungan masam manis pedas memang menjadilah! First time rasa terus in love! Selain serunding strawberry, hidangan nasi lemak masih mengekalkan rasa tradisi selera orang Malaysia iaitu sambal, telur, ayam goreng berempah, ikan bilis beserta kacang dan juga hirisan timun. Nasi lemak sangat unik berwarna hijau dan sangat sesuai dengan suasana restoran seperti dalam taman ini.



Tapi mana nak cari serunding strawberry kalau bukan hanya di Restoran Taman Apple ni? Serunding ni korang boleh juga dapatkan di hadapan Restoran Taman Apple Cameron dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh beli banyak - banyak dan bawa balik bagi buah tangan pada keluarga. 



Harga Nasi Lemak Serunding Strawberry

A'la Carte RM 8.90
Set bersama Strawberry Lemonade RM 12.90

Again With Kambing Bakar!!



Kambing bakar for breakfast? Yesza for Mek Yunie! Gee ni tengok kemain dia repeat kambing bakar untuk sarapan pagi pula. Cuma kali ni Mek order a'la carte pula, sebab dah makan set nasi kambing bakar untuk makan tengah hari sebelum ni. Sorang lagi incik suami Gee juga repeat nasi kambing bakar untuk breakfast. Haha! Memang BFF sungguh dua orang ni tau! Hantu kambing! Hahahahaha! Kalau nak breakfast menu bakar - bakar, korang boleh mula order pada jam 10 pagi. Untuk menu sarapan pagi yang lain bermula jam 8 pagi.



Menu bakar - bakar seperti sotong, ayam dan kambing bakar semuanya di bakar sebaik sahaja mereka menerima order daripada pelanggan. Tempat grill pun di penjuru restoran, so korang boleh tengok cara diaorang serve macam mana. No hidden agenda okay! Sebab itu Gee suka restoran ni bukan sahaja cantik dari segi dekorasi malah kebersihan mereka sangat terjaga!

Harga Kambing Bakar

A'la Carte Kambing Bakar RM 15.90
Set Nasi Kambing Bakar Bersama Strawberry Lemonade RM 18.90

Soto Nasi Impit Wajib Cuba!



Juga soto nasi impit Gee repeat untuk anak - anak. Nak tahu kenapa? Sebab soto dia memang mewah dengan isi ayam serta bahan - bahan yang lain serta rasa sup memang sedaplah! Kalau anak tak habis, so ibu siap sedia untuk habiskan soto dengan sedikit sambal kicap yang disertakan sekali. Soto ni banyak tau! So order semangkuk soto boleh dimakan 3 ke 4 orang anak kecik. Korang boleh bayang kan portion nya yang banyak! Serius kalau datang lagi di Restoran Taman Apple, soto nasi impit antara menu yang mesti repeat!
Harga Soto Nasi Impit RM 6.90

Selain soto nasi impit, ada juga menu lain seperti mee rebus, laksa johor, bihun soto, mee soto dan juga set roti bakar. Memang banyak pilihan breakfast yang ada untuk korang cuba. Yang penting rasa tu best!! 

Mesti Cuba Tea - Tac Float!


Tea Tac Float ni sedap sungguh! Dah macam root beer float! Tapi ni sebenarnya teh tarik float! Rasa lemak berkrim teh susu dengan aiskrim. Memang menjadi lah! Lagi korang boleh cuba teh o strawberry panas atau sejuk, green tea panas atau sejuk, teh o blackcurrent panas atau sejuk, milk shake yang pelbagai jenis dan pelbagai jenis minuman yang ada Restoran Taman Apple Cameron ini.



Ada Banyak Kek Sedap - Sedap Kat Restoran Taman Apple Cameron


Seperti mana lunch dan dinner, untuk breakfast ni kami juga cuba beberapa jenis kek kat Restoran Taman Apple Cameron ni. I olls is pantang tau tengok deretan kek. So kali ni kami cuba 3 jenis kek iaitu Oreo Cheesecake, Pavlova dan Chocolate Indulgence. Semestinya pilihan Gee Chocolate Indulgence!! Tapi Gee perasan semua kek yang Gee rasa di Restoran Taman Apple ni tak muak dan rasa sangat ringan. So walaupun dah kenyang makan Nasi Lemak Serunding Strawberry, perut still boleh makan dessert kek kat sini.

Chocolate Indulgence

Oreo Cheesecake

Pavlova
Restoran Taman Apple Cameron Very Recommended!


Tak tahu nak cari tempat makan yang selesa untuk bilangan keluarga yang ramai? Datang honeymoon nak cari restoran yang romantik? Hanya di Restoran Taman Apple Cameron korang boleh menikmati suasana makan pagi, tengahari dan makan malam yang mendamaikan di samping pelbagai menu pilihan yang sedap serta berpatutan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik pautan kat bawah ni.



Restoran Taman Apple Cameron

Facebook : Taman Apple Cameron

Instagram : @tamanapplecameron

Telefon : 016 2250315

















You Might Also Like

11 komen

  1. wah, sedapnya. Belum pernah cuba lagi serunding strawberry tu. Nanti gi sana memang wajib kena cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesza!!sama ni first time try dan boleh tahan juga rasanya!!

      Delete
  2. Salam perkenalan...br dpt buat blogwalking kat cni...best jugak tgk menu yg ada kat Restoran tmn apple ni kan...nak kena pi jgk rasa nasi lemak serinding strawberi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal!! haa nanti terjah sini okey merasa serunding stobery yg sedappp

      Delete
  3. selalu nampak orang update pasal ni, teringin nak pi makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa nanti naik Cameron wajib singgah tau! Hehe

      Delete
  4. lama tak pergi cameron highland..wahh sedap2 belaka makanan tu

    ReplyDelete
  5. sedap gee. bila nak plan. jom pulok

    ReplyDelete
  6. Sedap nya demo g makan x ajak doh cik ash hahaha

    ReplyDelete