BEAUTY

Kulit Sihat, Lembut dan Cerah Dengan Zulqaas Serum

October 25, 2018
Assalamualaikum 💜

Wow bestnya pakai serum wajah! Pemakaian serum sangat bagus pada kulit wajah, tambah - tambah usia Sis Gee ni yang sudah mula menunjukkan proses penuaan. Serum wajah bertindak untuk merawat kulit bukan hanya di luaran saja, malah serum wajah juga merawat dari dalam lapisan kulit. Untuk pengetahuan semua, serum muka mampu meresap jauh ke dalam kulit kerana molekulnya lebih halus. 



Oleh yang demikian, pemakaian serum wajah yang betul serta digunakan dengan konsisten, akan memberi kesan yang baik kepada kulit wajah kita. Namun, terdapat pelbagai jenis serum di pasaran hari ini. Nak cepat cantik, kenalah cari produk yang terbaik dan selamat. Tak nak pula nanti, kena habiskan duit pula sekiranya tersalah pilih produk yang merbahaya. Meh Gee kongsikan serum muka best dan sangat melembutkan kulit wajah! Nak tahu? Jom baca serum apakah ia!

Zulqaas Serum Merawat Muka Hanya Dengan 10 Ekstrak Bahan Semulajadi

Zulqaas Serum diasaskan oleh Dr As Zulqa yang mempunyai kelulusan PH. D di dalam bidang halal kosmetik. Produk Zulqaas Serum ini selamat digunakan dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM : NOT180503209K ). Menariknya, Zulqaas Serum ni diperbuat dengan 10 ekstrak bahan semulajadi daripada tumbuh - tumbuhan yang selamat dan terjamin keberkesanannya. Oleh yang demikian, Zulqaas Serum ini juga dikenali sebagai Zulqaas Phytonutrients Serum yang bermaksud nutrients daripada tumbuh - tumbuhan.

10 ekstrak bahan - bahan semulajadi ini sangat bagus serta berkesan untuk merawat kulit dari dalam. Ini membuatkan Zulqaas Serum mampu untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah dan memberi kesan yang baik bagi mereka yang mengamalkannya secara konsisten. Selain itu, Zulqaas Serum tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya iaitu paraben, silikon, pewarna serta alkohol. Sebab itulah, Zulqaas Serum juga boleh diamalkan bagi ibu - ibu mengandung serta menyusu.

Ciri - ciri botol Zulqaas Serum yang mempunyai botol penutup penuh dapat mengelakkan sebarang pencemaran serta jangkitan kuman setiap kali penutup dibuka. Selain itu, size botol sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja korang pergi kerana botolnya yang tahan lasak dan mudah untuk disimpan di dalam beg.

Ketahui Manfaat Zulqaas Serum Pada Kecantikan dan Kesihatan Kulit Wajah

Pasti korang nak tahu, apa manfaat yang diperolehi daripada pemakaian Zulqaas Serum ni kan? Tak sabar nak share dengan korang sebabnya Zulqaas Serum ni bukan sahaja mencantikkan kulit malah merawat kulit agar menjadi lebih sihat.


Antara manfaat Zulqaas Serum adalah :

Merawat kulit kusam.
Merawat tona kulit yang tidak sekata.
Memberi kelembapan pada kulit wajah agar tidak terlalu kering.
Membantu mencerahkan kulit wajah.
Mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
Membantu pertumbuhan sel kulit yang baru.
Melambatkan proses penuaan serta mengurangkan kedutan halus pada wajah.
◉ Mengurangkan sebarang jangkitan kepada kulit terutamanya pada kulit yang sensitif.
◉ Mengurangkan radang pada kulit sensitif.

Cara Penggunaan Zulqaas Serum


Untuk kesan yang cepat, korang kena pakai Zulqaas Serum ini dengan konsisten tau. Boleh pakai sebelum mulakan rutin make up harian iaitu jadikan Zulqaas Serum ini sebagai base make up. Gee dah cuba pakai Zulqaas Serum sebagai base make up. Ia membantu make up untuk lebih sekata dan terasa kulit sangat lembut. Korang nak pakai sebelum tidur pun boleh! Hanya gunakan 2 ke 3 titik serum, kemudian sapu rata ke seluruh wajah.


Apa yang best sangat dengan Zulqaas Serum ni? Pada Gee, Gee sangat suka tekstur serum yang tidak melekit dan macam air je tau! Gee suka pakai Zulqaas Serum pada muka sebelum sapu apa - apa bedak atau foundation pada wajah. Video kat bawah ni, Gee nak keluar dan tak sempat nak mengadap cermin untuk make up bagai. Hehe. So, sebelum bertolak Gee sapu Zulqaas Serum kemudian compact powder dan lipstick kegemaran! SIAP!! Yang bestnya, kulit terasa sangat lembut sepanjang hari dan bedak nampak sekata! Love it!


Hampir 2 minggu Gee amalkan Zulqaas Serum ni. Kesan yang Gee suka selain melembutkan kulit muka, Gee perasan jerawat - jerawat semakin mengecut. Gee ni kalau datang bulan, jerawat kecik, jerawat besar memang suka berkunjung. Tapi bila Gee amalkan Zulqaas Serum, jerawat cepat mengecut. So Gee nak teruskan rutin memakai Zulqaas Serum ni sebabnya nak lihat kesan pada bintik - bintik hitam kat pipi pula. Hehe.

Jom Lihat Testimonial Mereka Yang Dah Cuba!

Ramai yang dah cuba Zulqaas Serum ni sebenarnya kerana ingin merawat kulit untuk lebih sihat. Gee sendiri pun dah cuba. Kalau korang nak tengok lagi testimonial, boleh baca kat < SINI >.



 Dapatkan Segera di Pasaran!

Jom dapatkan segera Zulqaas Serum untuk kulit yang sihat dan cantik! Zulqaas Serum sangat selamat dan sesuai digunakan untuk semua wanita dengan mengandungi ekstrak tumbuhan sahaja. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi maklumat kat bawah.











You Might Also Like

11 komen