HOMESTAY REVIEW

Homestay 3 Bilik Luas dan Selesa | Hamizah Homestay Apartment Cameron Highlands

October 17, 2018
Assalamualaikum 💚

Cameron Highlands merupakan lokasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga tidak kira korang bersama suami, anak - anak, malah nak bawa orang tua pun sesuai untuk menghirup udara segar di Cameron Highlands. Cuma bagi Gee, kalau nak bawa orang tua, korang kena stay sekurang - kurangnya 3 hari 2 malam supaya mereka betul - betul dapat menikmati keindahan Cameron Highlands ni dengan lebih dekat.


Perjalanan yang lama pasti membuatkan badan yang penat dan letih. Macam rugi, alang - alang datang tapi tak dapat nak explore keseluruhan Cameron Highlands. Pemilihan homestay memainkan peranan yang sangat penting apabila kita bercuti bersama keluarga yang besar. Walaupun terdapat banyak juga pilihan hotel di sini, namun, kalau untuk keluarga yang besar lagi seronok bila dapat tinggal di dalam sebuah rumah, memasak, bersembang dan melepak menikmati percutian yang indah bersama keluarga.

Kalini, Gee nak share sebuah homestay yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Nak tahu best ke tak homestay ni korang kena baca sampai habis okey. 

Hamizah Homestay Apartment Cameron Highlands



Hamizah Homestay Apartment merupakan homestay yang terletak di ground floor di mana sangat sesuai untuk membawa keluarga terutamanya orang tua untuk bermalam di Cameron Highlands. Lokasi pula terletak di Tanah Rata di mana kawasan ini terkenal dengan pilihan kedai makan yang banyak, kemudahan bank, deretan pasaraya dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.

Mempunyai 3 Bilik Tidur Serta 2 Bilik Air


Bilik tidur utama sangat luas dan boleh dihamparkan toto lagi di ruangan sebelah katil. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan juga disertakan kemudahan sejadah, almari pakaian serta dress up table. Terasa seperti berada di rumah sendiri susun atur perabot di dalam bilik tidur utama ini. Bilik tidur utama mempunyai 1 bilik air yang boleh memberikan privasi untuk muslimah - muslimah yang datang bercuti bersama ipar duai. 


Bilik tidur ke dua juga mempunyai keluasan bilik yang agak luas sehinggakan boleh memuatkan 2 keluarga kecil di dalam bilik ini. Bercuti bersama keluarga yang besar sememangnya tiada masalah untuk menginap di Hamizah Homestay kerana size bilik sangat luas dan memberikan ruang untuk berkongsi bilik beramai - ramai.


Bilik ke tiga juga mempunyai 1 katil queen di mana korang yang berseorangan tidur pun pasti cukup selesa walaupun korang di bilik yang paling kecil. Walaupun bilik ke tiga ini merupakan bilik terkecil, namun masih terdapat ruangan solat di sebelah katil di mana memberi keselesaan pada penginap beragama muslim di sini.

Ruang Tamu di Hamizah Homestay Luas dan Selesa


Kalau nak mencari homestay untuk percutian keluarga pasti inginkan rumah yang mempunyai keluasan ruang tamu yang dapat memuatkan keseluruhan ahli keluarga nanti. Sesi bercerita, sesi bertanya khabar, sesi melayan movie, sesi membawang pasti menyeronokkan percutian bersama keluarga serta dalam masa yang sama dapat bonding antara satu sama lain.


Bercuti bersama keluarga pasti memerlukan sebuah rumah yang lengkap dengan semua keperluan perabot terutamanya meja makan. Korang yang dah pernah datang Cameron pasti dah membayangkan kat atas meja makan tu nanti akan penuh dengan ubi madu manis yang hangat-hangat baru dibeli, strawberry segar, strawberry kering, buah, sayur, jagung, dan pelbagai lagi makanan yang hanya di Cameron kita boleh menikmati sepuas - puasnya.

Ruang Dapur Yang Luas dan Serba Lengkap


Apabila bercuti dengan keluarga di Cameron Highlands pasti ada yang suka memasak di homestay untuk menikmati sayur - sayuran segar yang di beli di sini. Tambah pula, bila dapat memasak bolehlah korang jimat sikit budget untuk makan di restoran kan? Ada juga yang suka memasak simple - simple untuk alas perut sebelum keluar makan. Tapi menariknya di Hamizah Homestay ruangan dapur sangat luas dan selesa hokey! Biasa nama je apartment, ruang dapur boleh duduk sorang dua saja kan? Tapi Hamizah Homestay korang boleh masak berjemaah pulak! Hehe.


Keselesaan Keutamaan Bagi Pihak Hamizah Homestay


Udara sejuk di Cameron tak sama tau seperti udara sejuk di tempat kita. Pihak Hamizah Homestay sudah mempersiapkan extra bantal, selimut dan toto bagi keselesaan penginap di sini. Selain itu, keperluan bagi seorang wanita juga disediakan. Yes seketul iron sangat diperlukan ketika travel sebab kalau nak hangkut dari rumah, agak melampau je. Hahahah!

Cepat Booking Hamizah Homestay Apartment Untuk Percutian Keluarga Yang Selesa

Selalunya, kalau musim cuti umum atau cuti sekolah Hamizah Homestay Apartment mesti full booking. Nak selamat korang boleh locked date awal - awal dengan owner homestay. Untuk pertanyaan lanjut korang boleh hubungi info kat bawah ni ye! Happy Holiday korang!

Maps ( Jarak Hamizah Homestay ke Bharat Tea Plantation )


Alamat Homestay :

C2-1, Court C, Carnation Park, 
Tanah Rata, 39000 
Cameron Highlands, Pahang,
Malaysia.

Hubungi :

0126114815 ( Puan Yana )

You Might Also Like

14 komen

  1. nampak selesa homestay.. berapa harga satu malam kak?

    ReplyDelete
  2. harga pun tak mahal. 280 semalaman on weekends. kalau ambik dua malam boleh dapat diskaun lagi. weekdays lagi murah harganya.

    ReplyDelete
  3. Baru puashati bercuti dengan tempat tinggal besar dan luas macam ni kann..
    Sangat sekesa nampak..
    Sis sekali aje pernah sampai cameron..nnti nak pergi gak laa lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang alang pergi stay lama sikit baru puas hati..haha

      Delete
  4. Datang CH memang nak kena stay di homestay macam ni senang sangat nak uruskan diri dan keluarga kan.. Seuju bab peti tu penting boleh simpan strawberi dan makanan lain seperti sayur :D

    ReplyDelete
  5. Menarik. Tahun depan kalau ade rzki nk ke cmron boleh la try stay sini. Thanks 4 sharing ni sis gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah..nanti ajak kita sama!nk ikot!!hahahha

      Delete
  6. bestnya.. selesa jugak homestay tu.. aduhh rindu nak g cameron

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan!!cameron tempat yang paling rindu walaupun baru je pergi..haha

      Delete
  7. Selesa homestaynya.. kemudahan pun cukup..

    ReplyDelete