HOMESTAY REVIEW

MAQAQ Homestay Kuala Terengganu | Murah, Selesa & Dekat Dengan Pantai

September 24, 2018
Assalamualaikum 💛

Kalau datang ke Terengganu, tempat mana yang korang wajib singgah? Mesti kebanyakan jawapan korang adalah PANTAI!!!!! ( siap tanda seru tu sebab excited teringat pantai )Haha! Gee sendiri walaupun tanah air di Terengganu, jawapan Gee pun PANTAI!!! Tak tahu kenapa bila dapat tengok pantai, laut, kaki laut, kepulauan, air biru laut menjadikan jiwa ni sangat tenang dan damai.


Kat entry ni Gee nak recommendkan penginapan yang selesa, murah dan berdekatan dengan pantai yang cantik iaitu Pantai Mengabang Telipot, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Gee sendiri dah pun menginap dan merasa sendiri pengalaman di homestay ni, so rasa macam menarik jugak kalau share kat blog. Manalah tahu kot korang ada perancangan nak datang ke Terengganu, boleh juga jadikan homestay nie sebagai senarai homestay yang korang boleh check in nanti.

Pertama Kali di MAQAQ Homestay Kuala Terengganu


Baru - baru ni, Gee dan blogger Mek Yunie ada buat plan nak tengok wayang di Kuala Terengganu. Mek Yunie dari Kelantan so Gee fikirkan syok juga dapat bercuti di homestay terdekat bersama family Mek Yunie. Sesekali mencari aura baru untuk dapatkan mood baru. Hehe. Maka, kami dapat menginap di MAQAQ Homestay ini 2 hari 1 malam. 

Tenang dan Damai Suasana Kampung di MAQAQ Homestay


MAQAQ Homestay akan memberikan pengalaman percutian yang damai untuk korang. Suasana sekeliling memang tenang je dengan pemandangan pokok hijau, rumah - rumah kampung lain yang ada dan juga tiada kesibukan jalan raya. Maqaq Homestay ni ada 3 unit yang dibuat homestay dan juga 1 unit dijadikan tempat mesyuarat atau kelas. Jom Gee share lebih details lagi berkenaan MAQAQ Homestay ni.

Kelebihan Menginap di MAQAQ Homestay

1. Terdapat 3 Unit Homestay 


MAQAQ Homestay bukan sahaja menyediakan sebuah rumah malah terdapat 3 unit homestay yang korang boleh menginap. Kalau rombongan sebuah bas ni boleh sapu bersih semua homestay. Mudah dan menjimatkan! Korang dah tak perlu pening fikir nak homestay yang lokasi yang berjauhan antara satu sama lain.

2. Setiap Homestay Mempunyai 3 Buah Bilik Tidur



Untuk sebuah homestay, terdapat 3 bilik tidur iaitu 1 bilik katil queen, 2 bilik lagi disediakan 2 katil single. Dalam bilik tidur pun ada ruang untuk solat. 

3. Bilik Tidur, Ruang Tamu dan Ruang Makan Berhawa Dingin


Bilik tidur di MAQAQ Homestay mempunyai penghawa dingin bagi memberikan keselesaan yang optima buat semua yang menginap di sini. Size ruang tamu juga luas dan boleh memuatkan ramai lagi keluarga kalau hampar toto. Ruang tamu dan ruang makan mempunyai penghawa dingin yang pasti memberikan keselesaan kepada korang dan keluarga nanti.

4. Mempunyai Kelengkapan Dapur Yang Lengkap dan Mesin Basuh


Bagi memberikan keselesaan maksima pada mereka yang menginap, MAQAQ Homestay ada menyediakan pelbagai kelengkapan dapur seperti gas stove, rice cooker, water heater, toaster dan freezer. Kalau punya anak kecil macam Gee ni, memang kelengkapan dapur ni satu keperluan kalau nak menginap di homestay. Selain itu, mesin basuh juga disediakan bagi memudahkan mereka yang menginap di MAQAQ Homestay ini. 

5. Ruang Parking Yang Luas


Kalau korang nak tahu, MAQAQ Homestay ini mempunyai tapak parking yang sangat luas. Nak muatkan kereta sehingga 10 buah pun takde masalah. Anak - anak Gee boleh main pulak sebab ada kawasan mereka boleh bermain dengan selamat.

6. Kawasan Homestay Berpagar Dengan 2 Pintu Utama


Korang tidak perlu risau soal keselamatan kenderaan atau sepanjang penginapan korang di MAQAQ Homestay ni sebabnya semua homestay dibina dalam kawasan berpagar. Sebab tu Gee boleh lepaskan anak - anak main kat luar rumah homestay!! Hehe.

7. Owner Tinggal Dalam Pagar Homestay



Sekiranya korang dari luar Terengganu, korang boleh dapatkan pertolongan dan tips ke tempat menarik di Kuala Terengganu daripada owner homestay sendiri. Rumah owner yang terletak di dalam pagar yang sama dengan homestay akan memudahkan mereka yang menginap di MAQAQ Homestay dalam apa jua perkara.

Tempah MAQAQ Homestay Untuk Majlis Perkahwinan


MAQAQ Homestay juga menerima tempahan untuk mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini. Pasti tetamu selesa sebabnya ruang hadapan homestay sangat luas dan boleh dirikan 3 atau lebih khemah untuk kenduri itu nanti. Ada banyak tema wedding outdoor korang boleh pilih. Boleh buat tema wedding garden, tema wedding traditional, dan macam - macam lagi tema yang menarik korang boleh buat.

Lokasi MAQAQ Homestay Sangat Strategik




Penginapan di MAQAQ Homestay sememangnya pilihan yang bijak kerana sangat berhampiran dengan tempat menarik di Terengganu. Selain pantai, ada banyak lagi kemudahan dan tempat menarik yang berhampiran dengan Maqaq Homestay ini. Antaranya ialah :

➨  Pok Nong Ikan Celup Tepung ( ICT ) : 1 km
➨ Airport : 7 km
➨ Taman Tamadun Islam : 15 km
➨ Bandar Kuala Terengganu : 20 km
➨ Restoran NR Seafood Village : 500 m
➨ Restoran Ikan Bakar Petai : 500 m
➨ Petrol pump : 1.5 km
➨ Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) / Unisza : 5 km
➨ Institut Latihan Perindustrian ( ILP )  : 3 km
➨ IPG : 1 km
➨ Pasar Segar Maras ( tempat penjualan ikan dan bahan mentah segar ) : 200 m
➨ Jeti / tempat ikan dinaikkan : 200 m
➨ Kemudahan rekreasi ( buaian kayu) di Pantai Mengabang Telipot
➨ Berdekatan Hypermarket - Tree Leaf, PXR, Hock Kee Seng : 1 - 3 km 
➨ Mydin / Giant : 10 km
➨ Pulau Warisan - Kesenian Pasar Payang : 25 km


Jom Cuti - Cuti Terengganu di MAQAQ Homestay!!!


Korang kalau datang Ganu jangan lupa roger - roger i'olls wokey.. Kalau sedang merancang dan mencari penginapan, korang boleh menginap di MAQAQ Homestay ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi info kat bawah.

MAQAQ HOMESTAY

Facebook : MAQAQ Homestay

Hubungi : 019 328 0819 ( Deyla )



You Might Also Like

9 komen

  1. bagus sis gee review homestay ni, leh promote kat kawan2 juga

    ReplyDelete
  2. Besor la rumah dia. sesuai kalau pergi in a group. satu family campak satu rumah.

    ReplyDelete
  3. Feel free to check-in at MAQAQ HOmestay & contact me..

    "Negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik :) "

    Regard
    Deyla (019-328 0819)

    ReplyDelete
  4. Besarnya homestay ni sis..elok untuk yang datang dalam kumpulan..

    ReplyDelete