EVENT

Majlis Pelancaran Aplikasi CANNIS di Malaysia

August 20, 2018

Bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City ( SCCC ), 18 Ogos 2018, NIMPMOS Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi android terbaru di Malaysia iaitu CANNIS APP. Majlis pelancaran dan tandatangani MOU telah diadakan dengan meriah dengan kehadiran Pengerusi Cannis Group iaitu Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj.


Turut hadir juga Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Dr. Azman Chin.  

Menurut Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat, beliau percaya ekonomi siaran langsung, belanja dalam talian dan blockchain akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa yang sedia ada kini. Oleh yang demikian, Cannis akan menjadi era terbaru pengguna internet yang wajib ada di dalam setiap telefon pintar.


Kelebihan Aplikasi Cannis Serta Manfaat Untuk Semua

1. Di sebalik tabir Aplikasi Cannis ini mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya yang mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat.

2. Cannis telah memperolehi syarikat - syarikat teknologi yang berminat untuk bekerjasama termasuk internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar.

3. Cannis telah berjaya menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan Aplikasi Cannis, dan keselamatan sistem.


Menurut CEO Cannis, Dato' Azman Ching berkata bahawa Cannis adalah platform kegemaran semua yang pertama di dunia. Pada masa kini sudah tidak perlu memuat turun pelbagai aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua aplikasi yang anda suka.

Beliau merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "Anda Fikir, Kami Membinanya". Cannis merupakan media sosial yang mempunyai pelbagai fungsi aplikasi yang paling menyeluruh. Oleh yang demikian, Cannis juga dikenali sebagai 7 dalam 1 fungsi dalam telefon. Jom Gee kongsikan apakah 7 fungsi tersebut itu.


Merangkumi 7 In 1 Fungsi Paling Popular


Aplikasi Cannis mengumpul lebih daripada 10,000 pengguna dalam tempoh 24 jam. Ia bukan hanya dibuat untuk memenuhi impian warga tempatan, malah Cannis juga boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia terutamanya di Asia Tenggara. Berikut merupakan 7 Dalam 1 fungsi paling popular yang terdapat di dalam aplikasi Cannis : 

1. Online Live Broadcast.
2. Live E - Commerce
3. Online Games.
4. Creative Videos.
5. Social Media.
6. Discount Shopping.
7. Cannis Payment.


Ramai usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian telah hadir semasa hari pelancaran Aplikasi Cannis tersebut. Mereka datang dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain negara.


Sekitar Majlis Pelancaran Cannis App


Korang yang ada produk sendiri atau usahawan yang sedang mencari platform yang terbaik untuk perniagaan boleh hubungi Cannis Team untuk bekerjasama dengan mereka. Produk korang nanti bukan sahaja boleh di akses di dalam Malaysia sahaja malah seluruh rantau Asia boleh dapatkan produk korang. Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh click info di bawah.


CANNIS APP

Website : www.cannis.app













.








You Might Also Like

1 komen