FOOD REVIEW

PROMOSI MENU BARU DOMINOS : BLUEBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

July 27, 2018
Sejujurnya, Gee bukan peminat tegar CHEESECAKE! Gee ni memang desserts lover atau lebih friendly di panggil 'Hantu Kek' tapi Gee adalah penggemar kek coklat!! Siapa kawan baik dengan Gee mesti dah tahu Gee ni hantu coklat. Kikiki.



Minggu lepas, Gee dan family pergi ke Kota Bharu, Kelantan berjumpa dengan 2 lagi rakan blogger Sis Hawa dan Mek Yunie. Tujuannya, lebih kepada nak bawa anak - anak jalan - jalan sebabnya Kelantan destinasi percutian terdekat dengan Kuala Terengganu. Bila fikirkan menu untuk dinner, terus kami fikirkan DOMINOS PIZZA!! 

MUDAH DENGAN TEMPAHAN ONLINE DOMINOS PIZZA


Uniknya Dominos Pizza, kita boleh tempah nak pizza apa dari rumah, pastu datang Dominos tak perlu nak beratur panjang dah cuma datang untuk ambil pizza sahaja. Gee pun baru tahu tentang online order ni. Biasanya walk in je dan mestilah lambat nak kena tunggu kalau kebetulan orang ramai. So sebenarnya sangat mudah bila kita place order di laman web Dominos sebab kita boleh isi waktu mana kita nak datang pick up. Menarik kan?

DOMINOS MEMPERKENALKAN DESSERT BARU!!



Bila dah order online, mestilah ternampak promosi menu baru dari Dominos. Gee ni penggemar kek coklat tau! So since incik suami penggemar cheese kek dan kek buah maka Gee pun order menu dessert baru ni BLUEBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE. Nampak sedap pulak dengan blueberry sos mengalir keluar tu kan.. Hehe.

Sis Hawa dan Mek Yunie pun sama! Nak merasa juga menu baru Dominos Blueberry Cheesecake Lava Kek ni. Jimatnya sebab kami pilih set combo sekali dengan pizza bersize regular, garlic bread, stuffed cheddar bites, air dalam tin dan semestinya dessert baru Blueberry Cheese Cake!!


TERUS NGAP DAN TAK PERASAN DAH HABIS!!

Seronok juga sesekali buat party di rumah jamu makan Dominos! Macam makan style buffet pulak! Anak - anak semua teruja tengok pelbagai jenis pilihan makanan yang ada. Sangat banyak! Kalau order kuantiti yang banyak lagi berbaloi korang guna order dalam talian. Sangat menjimatkan masa menunggu! 


Tak sabar nak merasa Blueberry Cheesecake Lava Cake! Sedang incik suami menikmati pizza, Gee ambil satu Blueberry Cheesecake Lava Cake. Gee terus sudu kat bahagian tengah. Hahahah! Korang tengok tu betapa mewahnya dia punya filling!!


Satu suap.. Dua suap.. Tiga suap.. Dalam hati terdetik 'kenapa selama ini aku kureng dengan cheesecake??' hahahaha!

Belum sempat incik suami habiskan pizza, Gee dah habiskan sebiji Blueberyy Cheesecake Lava Cake! Sedap dia punya cream, masam masam blueberry dan kek sangat lembut! Korang mesti cuba!! 


JOM MERASA MENU DESSERT TERBARU DARI DOMINOS PIZZA!

Dengan rasminya, Gee kini bukan yang dulu cuma suka kek coklat sahaja. Jaga - jaga incik suami! Kikiki. Korang boleh dapatkan dessert terbaru Dominos ini di seluruh cawangan Dominos Pizza. Korang boleh tengok details info dan promosi di : https://www.dominos.com.my/


HAPPY EATING EVERYONE!!!

You Might Also Like

7 komen

  1. Kak pun dpt event Domino's cuma xdpt Pg sbb jauh😉next time kot

    ReplyDelete
  2. wahhh, ade cheese cake pulokk.. habis laa lepas ni.. hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnyo nampok pun berselera dah...

    ReplyDelete
  4. Do you have any video of that? I'd care to find out more details.

    ReplyDelete
  5. sedap ni.
    aida lom oder lagi ni, sis.
    kak Nurin dah request dah :)
    lom ada slot nak oder, sebab kat umah makanan berlambak! hi hi hi hi :)

    ReplyDelete
  6. sies sedap. mek hop brehi sokmo sokmo dh ko kek

    ReplyDelete