FOOD REVIEW

Bonito Sandwich Setanding Sandwich Jenama Luar

May 07, 2018
Warga Terengganu Sila Ambil Perhatian!!! Ada orang royak, kat Ganu rohok sungguh nok cari sandwich macang sandwich hok jual di kolupo hok macang macang peseng hor, hok ada roti sardin je orang jual sining. Doh lah roti ngan sardin je, roti pulok kerah! Jenggg guh!!

Nok royak buwi entry ni spesel sket sebab ni review sandwich sedak hok ada kat Koler Ganu je! Hok duk luor Ganu baca je deh tapi kalu mari Ganu nok try rasa buleh royak deme COD depan pintu teruh! 

>>> Pandainya reader blog Sis Gee speaking Ganu.. Cayalah! Hehe..



Perkenalkan Bonito Sandwich , sandwich yang dikeluarkan oleh anak jati Terengganu yang berasal dari Losong, Kuala Terengganu. Sandwich ini disediakan di rumah sahaja dengan menggunakan bahan-bahan yang segar bukan stok dari dalam peti berhari-hari. Homemade sandwich ini di sediakan oleh seorang muslim dan semestinya sangat menekankan aspek kebersihan dalam penyediaan sandwich beliau. 

Bonito Sandwich hanya menggunakan sos yang berkualiti tinggi sahaja dan apa yang mengejutkan Gee adalah rasanya memang wow!!! Gee pun ada bertanya tentang pemilihan sos dan bahan penyediaan. Pemilik Bonito Sandwich menegaskan pemilihan bahan yang berkualiti akan memberi kepuasan yang berganda kepada pembeli sandwich ini. 



Terdapat  8 pilihan menu utama Bonito Sandwich :

1. Scramble Egg
2. Beef Sandwich
3. Tuna Sandwich
4. Tuna Hot
5. Luscious Chicken
6. Chicken Pepperoni
7. West Chicken
8. Vegecheese Sandwich

Setiap menu pilihan disediakan dalam 2 saiz yang berbeza iaitu Friends Size dan Family Size. Kalau macam Gee anak ramai prefer ambil family size sebabnya sandwich lagi banyak. Tapi kan rupa-rupanya tak cukup jugak!! Sebab anak-anak semua suka so lepas ni kena order double family size! Haha!





Perkenalkan Mix Bonito Sandwich


Untuk merasa 4 jenis sandwich yang berbeza, baik korang pilih Mix Bonito ni. Mix Bonito dihidangkan 4 jenis sandwich iaitu Scramble Egg, Tuna, Beef dan Luscious Chicken. Gee pun pilih Mix Bonito. Nak tahu apa sandwich yang Gee suka? Semestinya Luscious Chicken dan juga Beef Sandwich. Luscious Chicken tu sangat wow sebab tambahan cheezy yang melimpah manakala Beef Sandwich sedap dengan kepingan lembut daging beserta sayur segar. 

Scramble Egg Sandwich

Luscious Chicken Sandwich

Tuna Sandwich
Beef Sandwich
Tiada Caj Penghantaran!!


Betul sungguh warga Terengganu oiii... Tokey kata kita antor je siapa-siapa order, takdok minima order untuk buat delivery. Nak order sekotak sahaja pun boleh dan memang tidak dikenakan caj penghantaran. Amacam? Kalau boleh korang tempah awal-awal, takot kang slot tempahan penuh dah kena menunggu hari lain pulak. Hehehe!


Memang best ni kalau bawak gi picnic dengan kengkawan dan keluarga. Menariknya kalau simpan satu malam dalam peti, sandwich ni masih terasa kesegarannya. Gee sendiri yang buat eksperimen. Hahaha. Esoknya, roti masih lembut dan sayur masih segar. Menarikkan?



Korang boleh terjah facebook Bonito Sandwich kat bawah nie untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan. 


TELEFON : 011 11177454

SELAMAT BERBONITO U OLS!!




You Might Also Like

3 komen

  1. sedap weeii. buleh try wat mari kelantan ni. hahahahhahahhaaha. kita byr dgn cnedol durian ke deme.

    ReplyDelete