FOOD REVIEW

Nikmati Pelbagai Pilihan Lauk Pauk di RESTORAN SITI FATIMAH, LANGKAWI

April 19, 2018
Kita kan, kalau mencari kedai makan, mestilah yang banyak pilihan menu dan satu kemestian keadaan kebersihan restoran adalah tip top. Kalau travel di tempat asing lagi lah nak cari kedai makan yang bersih untuk mengelakkan daripada terkena keracunan makanan. Hari ke dua trip Gee bersama lagi 2 blogger Mek Yunie dan Sis Hawa ke Pulau Langkawi, kami bersyukur dan gembira kerana dapat menikmati makanan di sebuah Restoran yang sangat menggugat jiwa dengan pilihan menunya. 



Kami singgah di Restoran Siti Fatimah untuk makan pagi sekali pakej dengan makan tengah hari disini. Kenapa sekali pakej? Sebabnya, lauk pauk tengah hari sedia terhidang dah ketika kami sampai jam 9.30 pagi. Awal kan? 

Restoran Siti Fatimah terletak di Kampung Mata Air, Jalan Makam Mahsuri, Langkawi. Restoran di buka seawal 8 pagi hingga 5 petang. Kalau datang sini dengan rombongan 2 buah bas pun takde masalah sebabnya tempat parking yang mudah, ruang makan yang luas serta pilihan lauk pauk yang banyak.

Keadaan Restoran Siti Fatimah yang luas dan bersih.
Memandangkan kami belum makan pagi di homestay, maka kami makan menu tengah hari di sini. Di depan restoran ada juga gerai makanan pagi dijual dan blogger Mek Yunie ada mencuba menu Roti Telur Cheese. BACA SINI APA MEK YUNIE KOMEN. Rugi pulak ku tak pesan sekali haritu selepas baca review Mek Yunie. Hahaha! 

Ada pelbagai menu mengikut selera orang tempatan dan juga masakan kampung. Memang rasa nak kaut je semua lauk pauk yang ada! Hahaha! Daripada masakan gulai, sup, masak lemak, masakan sayur, dan macam-macam ada kat sini. 


Untuk yang sukakan masakan pedas-pedas, korang boleh dapatkannya di Restoran Siti Fatimah ini. Tahap kepedasan yang boleh mengalirkan air mata, air hidung! Hahahaha! Untuk yang biasa-biasa macam Gee ni, pun banyak pilihan menu yang ada. Anak-anak pun boleh makan pilihan lauk yang tak pedas. 



Masakan tempatan seperti Bronok pun ada di Restoran Siti Fatimah. Tetapi bukan rezeki kami kerana kami pergi tu Bronok takde pulak. 






Untuk mereka yang suka ulam - ulaman, sambal belacan, air asam, semuanya ada di sini! Nanti siap makan bertambah u ols!!! 


Nak tahu Gee ambil lauk apa? Penuh pinggan dengan ayam goreng, begedil goreng, sotong masak apa ntah ( sedap gila ) dan juga ulam-ulaman. Gee ada tambah nasi dan lauk pauk untuk 2nd round sebab 1st round suap si kecil dulu. Tapi gambar 2nd round tak sempat snap terus ngap! Hahahah!


Owh yea!! Korang mesti cuba Sup Gamat di sini. Ni first time Gee makan sup gamat. Anak-anak pun Gee bagi makan sebab gamat ni kan bagus untuk kesihatan. Nak cari kat Teganu macam takdok je kan, so alang-alang dah jumpa ni Gee suap sorang sikit rasa. Hahaha! Nak tahu sedap ke tak? Korang mesti datang dan rasa sendiri wokeh!!

Sup Gamat
Mula - mula tadi Gee dah belanja gambar si sulong pekena Air Batu Jagung ( ABJ ). Kalau di utara Gee tak pasti orang panggil apa ABJ ni. Hahaha! ABJ penuh mangkuk siap eskrim lagi kat puncak! Kalau nak makan sorang tak habis kot. Gee ambil satu tapi share makan semua Geng 4A tu. 



Air Batu Campur (ABC) pun memikat selera u ols!
Selain daripada itu, di Restoran Siti Fatimah ada juga di jual biskut, kek dan juga snek ringan untuk anak-anak. Sempat je anak-anak Gee paww cekelat sorang sepaket dan Gee pun terbeli kek coklat sebekas. Hahahaha!


Kami berpeluang juga untuk berjumpa dengan owner Restoran iaitu Encik Farid. Pertama kali berjumpa, first impression Gee " Kemasnya dia pakai tshirt berkolar, butang sampai atas!!" Bukanlah kata nak mengorat ke hape....Ishh korang ni, incik suami i ada kat sebelah kot. Hahahaha! 

Rupa-rupanya, Encik Farid punya keperibadian memang seorang pembersih. Ni pun Gee tahu bila menggunakan tandas yang disediakan di restoran ini. Keadaan tandas tip top!! Encik Farid bagitahu yang luaran seseorang seperti cara pemakaian boleh mencerminkan keperibadian mereka. Beliau sendiri kalau nak makan di restoran lain, faktor paling utama yang beliau akan lihat ialah kebersihan kedai itu sendiri. Apa yang Encik Farid cakapkan memang terbukti kebenarannya dengan keadaan Restoran Siti Fatimah yang bersih.

Gee, Sis Hawa, Mek Yunie bergambar bersama Encik Farid.
APA KOMEN SIS GEE?

Semestinya Gee akan datang berkunjung lagi di sini. Juga! Akan di reccommend kan pada family and friends yang nak datang ke Langkawi. Rugi tau kalau pergi holiday tapi tak jumpa restoran sedap-sedap. Hahahaha! Restoran Siti Fatimah memang terbaik!!



Untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut korang boleh hubungi : 


TELEFON : 012 473 7430

ALAMAT : BATU 5, KG MATA AIR, JALAN MAKAM MAHSURI, LANGKAWI

You Might Also Like

6 komen

  1. banyak betul lauk dia dan nampak sedap pula tu semuanya

    ReplyDelete
  2. Menarik nampak air batu jagung. FIrst time dengar. Kat langkawi je kot ada benda ni ek? hee.

    Gee, Siqah nak jemput join giveaway Siqah pula. hihi :D

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  3. Memang betul. Owner dia memang well prepared ! Superb. Sebab tu kedai ni masuk tripadvisor. Good choice.

    ReplyDelete
  4. Memangeriah lauknya. Puas hati ye sis..

    ReplyDelete
  5. wahhh mcm2 jenis lauk ada. rambang mata.. haha. sedap nyaaa .

    ReplyDelete
  6. bagusnya banyak pilihan lauk-pauk. Tandas bersih memang idaman hati lah. Menarik sangat tengok ais batu jagung tu :D

    ReplyDelete