BLOGGER

Kenapa Memilih Untuk Menjadi Blogger?

April 12, 2018
Ada yang beranggapan jadi blogger fulltime di rumah nampak mudah dan banyak masa untuk blogging. Ada juga yang mengatakan mereka yang bekerjaya punya waktu terluang di office untuk update blog. Semua itu tidak betul ye. No! No! No!

Hakikatnya, setiap individu punya cabaran dan juga dugaan yang berbeza. Jangan kita judge orang mengikut kerjaya mereka samada mereka seorang guru, kerani, tukang sapu, CEO malah surirumah sekalipun. Cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka. Fikirkan tanggungjawab mereka, bebanan yang mereka tanggung.



Firstly, Gee salute mereka yang bekerjaya tapi dalam masa yang sama buat blog juga sebagai extra income or hobby. Gee pernah berada di situasi mereka ketika Gee punya 2 orang anak kecil. So Gee faham sangat bagaimana situasi mereka especially kaum ibu yang bekerjaya ni.

Gee tak terfikir pula rupa-rupanya ni jalan yang Allah tentukan untuk Gee rasa lebih bahagia. Sebelum Gee aktif blogging ( zaman blogger syok sendiri ), Gee merasakan jadi housewife dengan rutin yang sama setiap hari sangat membosankan!!! Pengakuan jujur demi pembaca blog!

Rutin yang sama kemas rumah, lipat baju, jemur baju, settlekan anak-anak, buat itu buat ini, semuanya rutin yang sama sehingga datang rasa bosan. Bila bosan, mulalah buat carian kerja kosong di google, facebook dan sebagainya. Tapi orang tak tahu apa yang kita rasa termasuklah suami kita sendiri. Dan ada juga sesetengah pihak mula judge kita ni surirumah tapi malas masak, malas kemas rumah, malas sapu sampah dan semuaaaaa yang negative perceptions! Walaupun kita tidur jam 2 pagi kerana melipat baju, masak sambil dukung anak, makan tak menentu sampaikan terkena gastrik!

L O V E

Do What You Love!! Bila Gee kembali aktif blogging, Gee mula terasa hari-hari Gee makin terisi. Pada mulanya, Gee blogging dengan phone sahaja. Sambil-sambil melayan anak bermain, Gee mula rajin update blog. Sehinggakan sekarang ada je rezeki datang melalui blog walaupun tidaklah mencecah 4 angka sebulan tapi Gee rasa best dan bersyukur. Lama kelamaan Gee rasa jatuh cinta dengan blogging. 

Tak semua yang kita buat indah-indah belaka. Untuk menjadi fulltime blogger, banyak yang perlu dikorbankan. Di samping houseworks yang tak pernah habis, Gee kena selitkan masa untuk blogging. Ada juga 1 entry sampai 3 hari baru siap. Bila tulis 1 perenggan, anak dah bangun dari tidur, teringatkan baju belum dijemur, rushing ambil anak sekolah, anak mintak susu, masak dan sebagainya. 



Jangan sesekali cakap : Awak takpe duduk rumah je, ada banyak masa tulis blog. ATAU Saya nak blogging tapi anak kecik-kecik susahlah! ATAU Awak kerja ofis takpe ada banyak masa free. ATAU Awak takde anak lagi so boleh spend masa untuk blogging.


STOP BLAMING PEOPLE!!

Pokok pangkalnya diri sendiri. Gee dah biasa tidur sehari 2 jam je. Settlekan entry + kerja rumah sehingga jam 4 pagi kemudian jam 6 pagi dah kena bangun. Anak-anak ke sekolah bukannya bole qada tidur, masih ada 2 si kecil yang perlukan perhatian. Sebelum tengahari Gee akan buat housecores mana yang sempat dan selitkan juga masa untuk blogging. Bila lagi 2 balik sekolah, korang rasa ada masa tak Gee nak tidur? Bila terlalu penat Gee terlelap juga biasanya ketika menyusu. Kalau dapat lelap 30 minit dah kira lama tu.  

But... Still ada orang fikir yang kita ada banyak masa boleh update blog setiap hari.

STOP THINKING WHAT PEOPLE SAID!

Pernah ada yang bertanya pada Gee berkenaan menjadi seorang housewife ni. Mereka beranggapan sijil degree yang Gee ada hanya sia-sia dan tidak digunakan untuk mencari kerja. Mungkin bagi mereka Gee ni membebankan suami atau perkataan lain menghabiskan duit suami atau apa sahaja yang mereka fikir. 

Ada beberapa teman rapat dan family tahu betapa Gee struggle untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada pekerjaan sebelum ini. Dipendekkan cerita, Gee sampai tahap pasrah dan berserah pada Dia dengan jalan yang Gee lalui sekarang. Hikmah disebalik tiada pekerjaan hebat, Gee dikurniakan 2 pasang cahaya mata yang terindah dan juga seorang suami yang tak pernah mengeluh walaupun isterinya tak sempat nak masak. Hehe.

Apa yang lebih penting bagi Gee adalah Dia tahu niat kita. Ada segelintir suka pandang serong tentang kebaikan yang kita lakukan. Kita berjimat dikatanya kita kedekut. Anak pakai baju lusuh sikit, dikatanya bapak berkira beli baju anak. Anak kurus, dikatanya anak tak makan. Anak gemuk, dikatanya ibu tak jaga pemakanan anak. So??? Penting ke apa yang mereka fikirkan? Walaupun 1001 kebaikan kita dah tabur kepada mereka, apa yang mereka nampak adalah kekurangan kita yang direka-reka sendiri oleh mereka. 

Apa yang kita lakukan hari ini adalah penentu kebahagiaan kita pada hari esok. Buat perkara baik, fikir perkara baik dan jadilah yang terbaik untuk diri sendiri. We deserved it!!


You Might Also Like

19 komen

  1. Biarkan diorg tue Gee.. yg penting awak bahagia apa yg awak lakukan sekarang dan paling penting dapat restu drpd suami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah alhamdulillah si dia bagi restu setelah dibuktikan job review yang dapat..hahahahaha..

      Delete
  2. Singgah petang...
    Alhamdulillah...semoga sentiasa dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  3. sis gee ni mcm bionic woman sbb semua benda buleh buat n pandai menguruskan masa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa!tak semua boleh buat abam kie..kadang2 tersandar jugak..hahahaa

      Delete
  4. insya allah rezeki ada di mana2 walaupun kita tak bekerja full time

    ReplyDelete
  5. terbaik gee.. ingat surirumah ni goyang kaki ke.. kita hari2 buat kerja yg sama kadang rasa jemu hahahah.. bila waktu free tu ada tengok blog bukan nya sokmo kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sampai tahap jemu kan?tapi kami masih buat dan buat!

      Delete
  6. Replies
    1. besttt dapat buat apa yang kita sukaaaa..haha

      Delete
  7. Terbaik sis...yg kerja pun..cuba hari minggu nak update blog? Kadg2 je boleh..tu pon entry simple...kt opis? Kalau xde kerja sgt bru bleh bukak..kalau x? Nk bukak pc pon xsempat..pape situasi pun mcm2 cabaran..tuan badan elok je..org luar yg risau lebih..

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. bila masa kerja memang jarang dapat update blog. Kadang2 tu tak sempat nak bukak pun. Harapkan tengah malam la sempat sekejap-sekejap

    ReplyDelete
  9. blogger ni banyak advantage dan juga banyak cons. terpulang pada individu tu sendiri mcm mana nak handle jadi blogger ni kan. tahniah pada sisgee sebab mampu jadi multitasker buat banyak kerja dalam satu masa! hiksss. sis gee berani amik risiko jadi blogger :D betul. stop dengar cakap orang kalau nak berjaya sebab kita tahu apa kita buat kan

    ReplyDelete
  10. Siqah rasa surirumah lagi banyak kerja kan. Bukan senang jadi surirumah sebenarnya. Gee macam super woman tau boleh buat semuanya dengan baik. Keep it up!! :)

    Siqah update blog masa ada mood nak menaip je. Kadang2 sampai dua minggu tak up entri jugak. Hii.

    ReplyDelete
  11. yang penting diri kita sendiri. nak dengan tak nak je. malas nk peduli dengan yg membawang. Gee yg surirumah di kata perhabiskan duit suami. mek yg kerja ni dikatakan tinggalkan keluarga demi kerja sampaikan hujung minggu pun tk smpat dengan anak anak. hehehe, bawang memang busuk gee. busuk hati bsuk mulut duk mngata orang.

    ReplyDelete
  12. I feel u Gee. Sama la fulltime housewife dan ada degree simpan dalam laci jer. Puas dah kena herdik ,perli..tapi rasanya jadi blogger lagi best dari kerja keluar pagi balik petang. Lagi pun mulia wanita jadi suri rumah ni. :)

    ReplyDelete