FOOD REVIEW

Hot 'N' Crispy Chicken MIX Smokey Grilled Beef Burger

April 21, 2018
Korang dah cuba burger terbaru dari McDonalds? Mesti korang tahu kan McDonalds ada keluarkan menu baru iaitu Smoky Grilled Beef dan Hot 'N' Crispy Chicken. Gee ni kebiasaannya sangat kurang mengorder burger ayam, tapi kalini teringin pulak nak rasa burger ayam terbaru dari McD ni. TAPI!! Gee dapat MENU lain yang tiada dalam menu!! Nak tahu apa dia? Meh Gee story morykan! Hehe!



Seperti biasa Gee dan incik suami akan order medium set untuk kami dan 4 happy meal untuk Geng 4A. Malam tu kebetulan ayah mertua dan adik ipar datang rumah. So kami ajak pergi dinner McD sekali memandangkan dapurku tidak berasap pada hari tersebut. Kikiki. Ayah mertua makan medium set Big Mac dan adik ipar makan medium set ayam goreng. 

Tak Perasan Burger Lain!

Kami semua menikmati makanan masing-masing. Incik suami setia dengan double cheese burger. Cuma Gee curang sikit pada malam tu terasa nak makan burger baru McD iaitu Hot 'N' Crispy Chicken. 



Amacam gambar close up? Kalau nak tahu, kat cawangan tempat korang belum tentu ada menu ni tau! Korang perasan tak burger yang Gee dapat ni? Gambar kat atas tu ada crispy chicken, ada salad, ada mayonis, ada tomato, ada cheese, ada SOS WARNA KUNING!!!Sos kuning tu macam yang Smoky Grilled Beef punya. Hehe. 


Mudah cerita korang tengok je lah gambar asal burger Hot 'N' Crispy Chicken ni. Beza tak dengan apa yang Gee dapat?


Kenapa tak mintak tukar?

Sebab tak perasan! Plus rasa burger tu sedapppppp! Hahahahah! Cuma Gee tak dapat merasa HOT cuma dapat rasa CRISPY aje.. Tapi sedap je dengan gabungan sos kuning yang Gee tak tahu nama dan juga mayonis. Dan kami memang tak perasan itu bukan Hot 'N' Crispy Chicken! Hahaha!

Incik suami pun cuba dan tak perasan burger tu sepatutnya rupa dia lain! Hahahaha!
Dont worry Mcdonalds!! Walaupun salah menu tapi kami okey je sebab memang kami tak perasan dan burger itu sedap!! Haha! Maybe they should count this to their new recipe! 

Tok Abah and Cik Li!
Malam tu, Aqil dapat special treat daripada Cik Li and Tok Abah. Ibu makan dengan nikmatnyaaaa sampaikan tak perasan burger salah resipi. Hahahahah! 


Anak - anak pun happy dapat Hot Wheels sorang satu malam tu. Makin bertambah order happy meals bila anak - anak dah besar dan makan banyak. Sekarang kena order 4 happy meals sebab si bongsu tu pun dah pandai makan bubur ke, nugget ke. Toys pun kena sorang satu, kalau tak memang drama laaaa...


So kena plan pergi lagi sekali lah kan? Sebab nak rasa the real Hot 'N' Crispy Chicken! Hahaha!

Korang dah cuba? Sedap ke??



You Might Also Like

9 komen

  1. Sha rasa yang daging.. Sebab menu yang ini sold out.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. kaella belum cuba lagi crispy chicken burger ni hehe

    ReplyDelete
  3. Tak nampak sangat beza dengan Spicy Chicken McDeluxe bila sekali pandang kan. Siqah tak sempat lagi nak pergi makan menu baru McD.

    ReplyDelete
  4. Nampak acam sedap aja crispy chicken burger tu, akak biasa makan kfc aja, nak try lah pulak yang McD ni

    Perniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

    ReplyDelete
  5. busyra tak rasa lagi yg niii. nk kena p beli jgk ni. tngok akak makan sedap pulak. hehe

    ReplyDelete
  6. alohhh sedapnya lama x make mc d... hehe... syok tgk anak2 gee mkn...

    ReplyDelete
  7. spouse mek ckp same je rase dengan mc chicken. review drp blogger lain pun same gak gee. untung gee dpt rase lain drp orang lain. hihi.

    ReplyDelete
  8. Tak sempat lagi nak merasa burger baru mcD. Weekend nti lah.

    ReplyDelete
  9. tak sempat rasa lagi tapi dah try yang daging tu. Tak sedap

    ReplyDelete