FESYEN

8 Artis Ikon Fesyen Bertudung Malaysia

April 18, 2018
Assalamualaikum hijabista semua! Gee terasa rajin pula nak menulis entry berkaitan Artis dan Gaya Tudung ni. Al maklumlah Gee pun suka juga mengikut cara pemakaian retis-retis memakai tudung selagi ianya mematuhi syariah agama. Korang suka tudung macam mana? Bawal ke shawl?

Jom Gee kongsikan 8 Artis Ikon Fesyen Bertudung yang Gee suka tengok dan menjadi ikutan para peminat dan juga wanita lain.

1. MIRA FILZAH


Siapa suka Mira Filzah berlakon kita geng!! Gee suka sangat cara dia pakai tudung dalam drama - drama yang dia lakonkan. Lagi cantik bila make up dia simple simple je. Rupa-rupanya, Mira Filzah ada keluarkan jenama tudung beliau sendiri iaitu Mira Filzah Shawls. Gee dah meninjau kat Instagram bisnes tudung dia dan nampaknya memang design tudung yang dia jual jenis yang simple and sweet macam yang selalu dia pakai. 

2. DATO' SRI SITI NURHALIZA


Sejak penyanyi tersohor Malaysia ini menimang cahaya mata, di Instagram beliau sangat meriah dengan perkongsian gambar si pipi merah Siti Aafiyah. Gee suka cara Mak Iti pakai tudung bawal  dan juga shawl sebab nampak kemas dan terletak cantik. Mungkin juga disebabkan kualiti tudung atau si pemakai yang cantik tapi memang lawa tengok Mak Iti bertudung. Hehe!

3. NEELOFA


Neelofa merupakan ikon fesyen dan juga usahawan yang berjaya di Malaysia. Gee juga pernah beli beberapa helai tudung Neelofa keluaran beberapa tahun lepas. Cara pemakaian tudung Neelofa pun boleh dikatakan viral juga kan? Cuma Gee tak berapa berkenan dengan latest design tudung Neelofa. Mungkin tak kena dengan citarasa Gee. Hehe. 

4. NABILA RAZALI


Nabila Razali sekarang tengah top dengan lagu Cumi Cumi yang menjadi favourite song anak-anak Gee jugak! Haha. Style Nabila yang Gee sukanya cara dia yang simple dan pemakaian tudung pun ringkas but still bergaya. Tapi Gee lebih suka tengok bila dia make up natural macam dalam gambar kat atas tu. Hehe. Gee pernah sekali berjumpa dengan Nabila di Event Medispa di Kuala Terengganu.  << BACA SINI >> . Orangnya sangat friendly dan humble! Terbaiklah Nabila!

5. WAWA ZAINAL


Ibu yang punya lesung pipit di kedua pipinya ini dah pun mempunyai 2 cahaya mata iaitu Attar dan Hayla. Gee pernah tertukar Wawa Zainal dengan Aida Jebat suatu ketika dahulu. Hahahahah! Sejak Wawa Zainal berhijab, rasanya lagi bertambah peminat beliau sebabnya followers di Instagram beliau 1.8 juta kot!!! Perghh...Wawa Zainal ni pakai je tudung macam mana sekalipun tetap nampak cun! Haha!

6. HANIS ZALIKHA


Ibu kepada hero cilik Yusof ni sangat aktif di Instagram sehinggakan followers beliau mencecah 4.1 juta! Gee suka personaliti Hanis Zalikha ni yang simple, suka sharing info yang best-best berkenaan parenting dan juga dia sangat low profile. Pemakaian tudung Hanis pun simple macam tuannya. Haha. Korang nak tahu resipi best dan simple untuk anak-anak kecil boleh follow IG beliau. Memang banyak sangat resipi dan tips yang best dari Hanis. Check it out wokeh!

7. SITI NORDIANA


Sejak Nana menjuarai Gegar Vanganza beberapa musim yang lepas, rezeki Nana dalam bidang hiburan dan perniagaan semakin menjadi-jadi. Salute ibu tunggal seperti Nana yang bekerja keras di atas kaki sendiri. Tapi memang best wei dia nyanyi!!! Gaya bertudung Nana pun simple dan menjadi ikutan ramai wanita. Agak-agaknya, Nana dah berjumpa ke eh dengan si pecuri hatinya? Hihi. Apa - apapun doakan yang baik-baik aje ye.  

8. ROZITA CHE WAN


Siapalah tak kenal dengan Che Ta kan? Hot mummy!! Gee suka stalk Instagram si comel Aaisyah tu! Rasa geram nak geget!! Hahahah! Gee paling suka tengok Che Ta mix and match baju dia, suami dan anak-anak. Tak nampak boria tapi nampak sedondon. Cara Che Ta pakai tudung menjadi ikutan juga but not me! Hehehehe. 

Ada tak yang di atas artis kesayangan korang? 

Walau apa pun fesyen bertudung yang kita ikut dan amalkan, kena ingat juga jangan sampai lari jauh dari tuntutan agama wokeh!! For self reminder too! Sebab kadang-kadang kita terlupa dunia ni sementara je dan tidak kekal pun walau secantik dan sempurnanya kita di mata orang. Apa yang perlu kita fikirkan adalah menaik taraf diri sendiri untuk lebih cintakan Allah. 



You Might Also Like

12 komen

  1. Suka Mira Filzah sebagai seorang gadis yang sopan dan cantik. Masih menjaga adab walaupun dalam lakonan :)
    Suka Hanis Zalikha sejak dia ada Yusof. Suka tengok kehidupan dia as a mum :)

    ReplyDelete
  2. semuanya cantik.. pernah jumpa neelofa tu masa tu x bertudung lagi.. memang nampak agah sikit hahahahha

    ReplyDelete
  3. suka mira filzah..so pretty and dia baik kan..gaya pemakaian tudung dia tu style dan simple je.

    ReplyDelete
  4. Kalau dari list suka CT dgn nana je, lagi suka Diana Amir dan Heliza Helmi

    ReplyDelete
  5. Cantik2 semua kecuali sorang yang dah reti pakai tudung elok2, pakai turban plak dia.. Sama2 la kita tutup aurat dengan sempurna.bertudung menutup hingga ke dada, bukan menutup rambut.

    ReplyDelete
  6. Entah. Mek tak tahu mek suka tengok sape. Hahhaha. Mek belit ikut paling senang. Mek tak nak yang complicated. Hihi. Tapi yela, artis mane tk lawa kan.

    ReplyDelete
  7. Suka biasa-biasa je dengan mereka ini.. Tapi nana tu nampak sopan sangat sejak bertudung..

    ReplyDelete
  8. busyra suka tngok mira filzahhh.. bersahaja.. cntik pulak tu

    ReplyDelete
  9. study dekat segamat dulu memang lecturer cakap hanis student yang bagus, sopan je. Sama la suka sangat belek insta mommy hot sebab nak tengok perangai aisyah

    ReplyDelete