BLOGGER

Menikmati Suasana Kampung di KTH Homestay & Cottage, Mata Ayer, Perlis

March 26, 2018
Assalamualaikum dan hi semua!


Siapa suka pergi bercuti bersama keluarga? Satu keluarga? 2 keluarga? atau 5 keluarga? Mesti korang terfikir-fikir kan nanti tempat menginap, kos penginapan sebab bilangan keluarga yang ramai dan juga aktiviti yang nak dilakukan. Al maklumlah kalau bercuti dengan keluarga yang besar mesti buat paling kurang 1 aktiviti untuk mengelakkan daripada kebosanan. Hahahaha!

Kalau ke Perlis, Gee ada cadangan korang mesti cuba menginap di sini iaitu di KTH Homestay & Cottage di mana ianya terletak di Kampung Mata Ayer, Perlis. Secara umumnya, homestay di sini sesuai untuk mereka yang datang dalam bilangan yang ramai dan ada juga bilik yang sesuai untuk backpackers. 



KTH Homestay & Cottage menawarkan homestay dan juga chalet yang banyak sebab tu bila Gee sampai kat sini terasa bercuti di kampung je dengan suasana rumah kampung homestay serta chalet yang berdekatan dengan setiap homestay. 

Antara pilihan homestay dan chalet yang disediakan ialah : 

*** KTHA mempunyai 2 bilik ( 1 bilik aircond ) RM 110
*** KTHB mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ) RM 140
*** KTHD mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ) RM 160
*** KTH Cottage mempunyai 11 unit standard chalet ( katil double , bilik aircond ) RM 85

Amacam? Kan Gee dah bagitahu awal-awal tadi sekiranya korang merancang untuk bercuti bersama pasangan sahaja atau pun keluarga yang besar, semestinya KTH Homestay & Cottage menjadi pilihan korang. Menariknya KTH Homestay & Cottage menawarkan pelbagai rangkaian bilik serta homestay yang sangat affordable. 


PENGINAPAN YANG SELESA 

Pada awalnya, Gee menginap di sini bersama lagi 2 blogger dari team #bloggerpantaitimur iaitu Sis Hawa dan juga Mek Yunie. Gee check in di homestay 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik ( 2 bilik aircond ). Memandangkan blogger KAK SHEILA berbesar hati untuk datang berjumpa kami dari Pantai Timur ni, so kami ajak kak sheila sekali untuk bermalam bersama. Owh ya kak sheila juga merupakan ahli dari team #bloggerpantaitimur . Gee dan Kak Sheila menginap di homestay yang sama manakala blogger SIS HAWA dan blogger MEK YUNIE menginap di chalet bersebelahan dengan homestay.

Homestay yang Gee check ini ni sangatlah besar dan luas! Walaupun ada 3 bilik, namun di ruang tingkat atas dan juga ruang tamu masih mempunyai ruang yang luas untuk bentang toto dan tikar. Hahaha! Gee rasa kalau 5 keluarga masih boleh muat dalam homestay yang Gee duduk ni. Antara kelebihan di homestay ini ialah kemudahan untuk memasak, peti sejuk, seterika, toto ada disediakan, tuala, mesin basuh, televisyen, wifi, 2 bilik berhawa dingin, ampaian dan juga tempat parking di hadapan dan juga bersebelahan homestay. 





MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN

Percutian yang paling bermakna dan terindah adalah percutian yang mempunyai pengisian aktiviti yang menarik bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di KTH Homestay & Cottage pada waktu malam dan juga di siang hari. Antara aktiviti yang sempat kami lakukan adalah ber BBQ sambil berkongsi cerita sesama blogger. Hehehehe. Peralatan BBQ juga ada disediakan oleh pihak homestay bagi memudahkan tetamu yang datang. 


KEMUDAHAN KOLAM UNTUK KANAK-KANAK


Salah satu daya tarikan KTH Homestay & Cottage adalah kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak. Boleh je kalau orang dewasa nak join sama cuma paras air kolam hanya sesuai dan selamat untuk anak-anak bermandi manda. Malam BBQ tu, anak-anak kami pakat terjun kolam dah walaupun air sejuk tapi seronok tak terhinggalah mereka mandi kolam depan rumah! Untuk pengetahuan korang KTH Homestay & Cottage mempunyai 2 buah kolam mini yang dikelilingi chalet dan berdekatan dengan homestay. So sangat mudah kita mak ayah nak meninjau keadaan anak-anak ketika mandi kolam sambil berehat di bilik. 


Laluan ke chalet ada juga ditanam pokok anggur yang berjaya mencuri perhatian para tetamu yang datang menginap di KTH Homestay & Cottage. Selain itu, dekorasi laman dan juga perkarangan homestay dan chalet sangat bersesuaian dengan suasana kampung. 



KOMEN SIS GEE

Kat sini Gee akan memberi ulasan ringkas supaya pihak KTH Homestay & Cottage akan terus maju dan juga menjadi tumpuan para pelancong dalam serta luar negeri untuk datang menginap di sini. 

Sejujurnya, idea untuk menginap di sini adalah satu pengalaman yang sangat best kepada kami dengan menikmati suasana kampung yang tenang, aman dan damai. 

Untuk penambahbaikan, Gee nak cadangkan supaya pihak homestay lebih menitik beratkan kebersihan dalam homestay dan chalet sebelum tetamu check in seperti menyapu lantai terlebih dahulu serta membersihkan kelengkapan pinggan dan cawan. 

Selain dari itu, semuanya terbaik!!
 

Pengalaman dan suasana kampung di KTH Homestay & Cottage takkan Gee dan family lupa. Bertambah indah kenangan apabila dapat menginap di sana bersama 3 keluarga blogger Kak Sheila, Sis Hawa dan juga Mek Yunie. Anak-anak memang teruja menginap kat sini sebab mereka bebas nak bergerak dan bermain. 

LOKASI DAN MAKLUMAT LANJUT KTH HOMESTAY & COTTAGE


Korang boleh guna waze atau google maps untuk ke KTH Homestay & Cottage dan lihat landmark SMK Syed Sirajuddin dan Sekolah Kebangsaan Oran.


Untuk mereka yang merancang nak mencari penginapan di Perlis korang boleh hubungi pautan yang Gee sediakan kat bawah ni :

TELEFON : 019 5638475
ALAMAT : KTH Homestay & Cottage, No 21,
Belakang Sekolah Kebangsaan Oran,
Kg Hutan Temin,
02500 Perlis.


BACA SINI <<< PENGALAMAN SIS HAWA DI KTH HOMESTAY & COTTAGE >>>

BACA SINI <<< PENGALAMAN MEK YUNIE DI KTH HOMESTAY & COTTAGE >>>



You Might Also Like

10 komen

  1. Wah sesuai buat port gathering ni kan...
    Yg paling best tu suasana kampung tu la..susah nak dapat woo

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt bercuti dgn family... liez suka klau g jln2 bwk keluarga.. sbb liez mmg membesar nak berkepit je ngan family. . So next klau liez g perlis leh la stay dkt sini...

    ReplyDelete
  3. Wow...sini rupanya deme nyorok masa cuti sekolah yerkkk

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok Sis Gee bercuti beramai-ramai dengan rakan bloggers..
    Thanks for sharing this, sangat membantu sebagai rujukan masa depan..

    ReplyDelete
  5. Busyra suka tngok suasana homestay. Cantik dan tenang. :)

    ReplyDelete
  6. spaces !
    memang highly recommended.
    buleh wat reunion sini je hehe

    ReplyDelete
  7. dekat je dengan rumah saya nie..:)

    ReplyDelete
  8. terbaik lah KTH Homestay & Chalet

    https://www.facebook.com/373473616461831/posts/1247026462439871/

    http://www.wasap.my/+60134429661

    ReplyDelete