HOLIDAY

Kenapa Perlu Bawa Anak ke Muzium Negeri Kelantan

February 13, 2018
Assalamualaikum dan hi semua!!

Bila kali terakhir korang jejak kaki ke Muzium??Jangan cakap kali terakhir pergi zaman sekolah rendah ye, hakak cubit kan! Walaupun hakak Gee ni pun sama! Hahahaha! Eh dah kenapa guna nama hakak tu?? Sebenarnya, Gee baru je pergi Muzium Negeri Kelantan pada 10hb Januari yang lepas. Menarik dan tertariknya Gee dan keluarga pergi bersama 2 lagi Blogger Pantai Timur serta keluarga masing-masing iaitu Blogger SIS HAWA dan Blogger QUEEN BEE .

Apa yang kita tak tahu, Muzium Negeri Kelantan sangat sesuai tau untuk kita bawa anak-anak untuk mengisi masa yang berkualiti bersama keluarga. Macam Gee ni kiranya pelancong luar so bila travel ke negeri lain buntu juga fikirkan destinasi yang sesuai untuk aktiviti bersama anak-anak. Al maklumlah bila anak-anak dah masuk sekolah, kena lah fikirkan juga aktiviti ilmiah untuk mereka. 



PAMERAN PENDIDIKAN PERDANA III KEGEMILANGAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM

Kebetulan minggu Gee berkunjung ke Kelantan beberapa hari lepas, Muzium Negeri Kelantan sedang berlangsungnya Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Pameran ni dah lama tau bermula iaitu pada 1 November 2017 dan akan berakhir pada 1 Mac 2018. So ada banyak masa lagi sekiranya korang nak merancang untuk membawa keluarga ke Muzium Negeri Kelantan.

Sekiranya korang merancang nak datang ke Muzium selepas 1 Mac 2018, pameran ini akan digantikan dengan pameran yang lain pula sehinggalah ke tempoh masa yang ditetapkan. Setahun akan ada 3 atau 4 pameran yang berbeza yang akan di langsungkan di Muzium Kelantan ini. Menarikkan? So takdelah anak-anak bosan setiap kali datang ke muzium tengok pameran yang sama je. 



  
Pameran Ciptaan Saintis Islam ni mempamerkan bukti-bukti wujudnya saintis terawal islam yang menggunakan teknologi sains. Bidang perubatan merupakan salah satu pameran yang Gee sangat tertarik untuk lihat lebih lanjut. Walaupun apabila membayangkan situasi pesakit dengan alat-alat perubatan yang dipamerkan membuatkan Gee berasa gerun namun ianya memberi kita ilmu dan persepsi yang bagus berkenaan perubahan teknologi perubatan dulu dan kini. 



Anak-anak seronok tengok pelbagai replika yang disediakan oleh pihak Muzium Kelantan bagi memberikan bayangan yang sebenar kepada pengunjung. Setiap replika ini ada diberikan penerangan yang jelas dan terperinci bagi memudahkan para pengunjung menggali ilmu ciptaan saintis islam dulu. Setiap pameran ada juga beberapa orang pekerja muzium yang akan memberi taklimat dan penerangan sekiranya diperlukan. 



AKTIVITI MENARIK SEPANJANG TEMPOH PAMERAN

Pertandingan Melukis Mewarna
Kebetulan hari yang kami berkunjung itu ada aktiviti pertandingan mewarna. Walaupun anak-anak tak sempat untuk menyertainya namun kami dapat melihat kemeriahan acara penutup aktiviti tersebut dengan kehadiran EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kelantan iaitu YB Dato' Mejar (B) Hj Md Anizam bin Ab Rahman dan Datin Nor Ashikin bt Ahmad.

Aktiviti bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 2 petang bagi sesi pemberian hadiah dan juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang datang.

Sesi Pendaftaran Pengunjung
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sesi Pendaftaran Pengunjung
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Jom Gee jamu mata korang antara gambar sekitar pertandingan mewarna dijalankan. Sambutan penyertaan sangat menggalakkan! Ramai juga yang mengambil bahagian dan mungkin sebab inisiatif pihak muzium yang menyediakan hadiah yang agak lumayan. Terbaik Muzium Kelantan!

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Pertandingan Melukis dan Mewarna
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Kemuncak upacara adalah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan melukis dan mewarna yang disempurnakan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Md Anizam bin Ab Rahman ( EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kelantan ) dan Datin Nor Ashikin bt Ahmad.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
Peraduan Teka Silang Kata

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang beberapa bulan tempoh pameran adalah teka silang kata.  Incik suami Gee pun sempat menyertai peraduan teka silang kata kerana tarikh akhir peraduan adalah pada 1 Mac 2018. Jawapan yang betul bagi peraduan ini akan melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah. Peserta yang layak akan dimaklumkan melalui facebook Muzium Kelantan.

Menariknya, soalan teka silang kata adalah berdasarkan Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam ini. Apa yang bestnya, anak-anak Gee boleh bonding ngan ayahnya masa jawab teka silang kata ni. Seronokkan boleh luang masa bersama keluarga dan dalam masa yang sama boleh tambah ilmu pengetahuan kita dan anak-anak juga.

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah
Sumber Gambar : Facebook Muzium Negeri Kelantan
ISTIMEWANYA MUZIUM NEGERI KELANTAN
  1. Terdapat 9 buah muzium di Kelantan yang mana ianya mempunya jenis pameran yang berbeza. 9 buah muzium tersebut ialah Muzium Negeri, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ( Istana Jahar ), Muzium Diraja, Muzium Perang ( Bank Kerapu ), Muzium Islam, Muzium Kraftangan, Balai Seni Lukis Kelantan, Muzium Wau dan Muzium Kuala Krai.
  2. Muzium Negeri Kelantan mempunyai 3 atau 4 pameran yang berbeza pada setiap tahun.
  3. Mempunyai 1 bilik tayangan di mana pengunjung dapat melihat video-video berkaitan pameran yang dijalankan.
  4. Demi misi dan motif untuk berkongsi ilmu pameran, pihak muzium tidak melarang untuk pengunjung mengambil gambar replika serta pameran sepanjang berada di dalam muzium.
  5. Keluasan muzium sangat selamat untuk membawa anak-anak kecil kerana kita tidak perlu bimbang anak-anak hilang ataupun sesat.




TERIMA KASIH MUZIUM KELANTAN

Sepanjang berada di Muzium Kelantan Gee dan keluarga terutamanya anak-anak seronok meluangkan masa bersama. Akan datang kami akan singgah ke 8 lagi Muzium di Kelantan yang belum kami kunjungi. Dengan menetapkan harga tiket yang berpatutan, Gee rasa semua yang berada di Kelantan dan juga pengunjung dari luar patut datang dan lihat sendiri apa yang bestnya ada di Muzium Kelantan ini. 

SENARAI HARGA TIKET :

KANAK-KANAK : RM 3
DEWASA : RM 5
KELUARGA : RM 15




Korang semua jangan lupa datang Muzium Kelantan tau!! Untuk sebarang info lanjut dan pertanyaan korang boleh klik di pautan kat bawah ni :





#BloggerPantaiTimur
#TeamBPT








You Might Also Like

8 komen

  1. Seronok gee dapat luang masa kat sini. Tak panas and yg penting anak anak dpt ilmu.
    Bukan takat anak anak, mak mak pun dpt ilmu baru jugak. Haha.
    Jom jadi parents yg support program macam ni demi membina masa depan anak yg gemilang 👍

    ReplyDelete
  2. Ira ni selalu masuk muzium kalau ikut lawatan sekolah je dulu isk isk iskkk *tepuk dahi* 😅

    ReplyDelete
  3. kita yg dok kb ni xpernah sampai pun..haha

    jemput baca & komen : https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html

    ReplyDelete
  4. Wow ada 9 buah muzium di Kelantan
    Baru husniey tahu 😅

    ReplyDelete
  5. ada 9 buah muzium di kelantan.. yg pernah g dekat dato pati la.. awak nampk tak depan muzium ada bangunan mara hahahhaha.. disitu kenangan saya kerja atas tu hahahhaha aduhhh rindu la nak g muzium sekalo ada aktiviti gapo memey g situ hihihihi

    ReplyDelete
  6. tbh ray x penah lg pegi kelantan

    ReplyDelete
  7. mesti banyak sejarah negeri kelantan dekat muzium tu kan tapi better pergi satu family sebab jimat kalau family besar tu

    ReplyDelete
  8. Ada 9 buah muzium di Kelantan! Wow! Siqah duduk Kelantan 4 tahun masa belajar dan satu muzium pun tak pernah pergi. Hihi.

    Berminat nak tahu bab bidang perubatan itu.

    ReplyDelete