MY LIFE

goodbye September & Hello October

October 01, 2017

Sekejap aje masa berlalu. Lagi beberapa bulan, dah nak masuk tahun baru 2018. Apa yang aku inginkan & target untuk tahun 2017 tercapaikah? Hari ni dah 1st October. Masih belum terlambat untuk aku capai apa yang aku nak untuk tahun 2017 ni.

September banyak kisah gembira aku. Antaranya sambutan hari jadi si sulongku Muhammad Arsyad. Gembiranya si anak dapat diraikan bersama kawan-kawan & keluarga.

Aku jadi semakin teruja menjadi seorang blogger apabila TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR ditubuhkan. Banyak info berguna & tips untuk menjadi seorang blogger yang mempunyai pendapatan sendiri. Dan sekarang aku dah kenal ramai rakan blogger walaupun dalam alam maya je. Aku dapat rasakan hubungan antara blogger sesama blogger. So ini salah satu pencapaian yang sangat awesome untuk diri aku untuk tahun 2017 berbanding tahun lepas-lepas. Thank you korang!You know who you are!!

September bulan yang menggembirakan jugak buat anak ke 2 ku Nur Amani. Dengan bantuan dari kawan aku Ziera, Amani dapat masuk pertandingan baju bendera di sekolah sempena sambutan hari kemerdekaan. Bertambah seronok Amani bila dapat hadiah no 2. Thank you semua cikgu & pembantu pra terutamanya Teacher Ramlah & Mummy Su.


Selain itu, aku juga teruja sebabnya dapat join contest, segmen & giveaway dari rakan blogger. Alhamdulillah ada yang aku dapat masuk bloglist mereka. Seronok dapat tambah kenalan di kalangan blogger. 

Namun, ada kisah duka diuji kepada keluarga aku. AQIL TERKENA JANGKITAN VIRUS HFMD . Alhamdulillah Aqil sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu. Syukurlah, virus itu tak merebak pada anak-anak yang lain. 

Setiap dari kita pasti diuji dengan berita gembira, berita sedih. Semua itu adalah merupakan peringatan kepada kita untuk terus bersyukur dengan apa yang kita ada, & terus berjuang untuk menjadi yang lebih baik untuk hari esok. Walaupun kita tersungkur, menangis & menjerit sekuat hati sekalipun. Kalau bukan kita tak berubah, takkan ada satu pun perubahan yang lebih baik akan datang. Peringatan untuk diri sendiri sebabnya aku harus berfikir yang aku berhak mendapat kegembiraan pada hari ini berbanding hari kelmarin. 

Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan daripadaNya. Amin.

Love,
Sis Gee.

You Might Also Like

22 komen

  1. semoga dipermudahkan segala urusan pada bulan oktober ni :)

    ReplyDelete
  2. Teringat lagu kenangan manis di bulan september tapi ia sudah menjadi tragedi oktober....

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan buat gee.. ekin masih belum ada tercapai lagi doakan semoga ada sinar buat ekin dan suami.. hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..in syaa Allah ekin..Semoga Dia makbulkan ekin & suami..amin..

      Delete
  4. Salam bulan october sis gee . .moga apa yg xtercapai kita bawa ke bulan oktober sebelum berakhir tahun 2017 .. alahaii kejap jerr masa berlalu

    ReplyDelete
  5. Selamat datang Oktober... 3 bulan sahaja mengharungi tahun ni... akak pun belum tercapai lagi ni azam yang dah 10 tahun... hahaha... duk forward sahaja setiap tahun... kekeke.... semoga azam gee tercapai... InsyaaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah aminm.semoga kita diberi istiqomah untuk terus berusaha...

      Delete
  6. seronok juga dapat join team pantai timur kenal dgn gee juga... dan sahabat lain yg sporting

    ReplyDelete
  7. semoga september menjanjikan banyak kenangan manis utk gee. kalau ada ujian pun, semoga ianya menjadikan gee seorang yg semakin kuat

    ReplyDelete
  8. Dah bulan october, suku keempat tahun 2017. Jika tempat bekerja, sekarang start sibuk persediaan bajet utk tahun depan. Bolehla kita start buat benda yang sama. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu!yang sibuk nak closing akaun lagi kan.. hehe

      Delete
  9. jom pulun oktober ni.. hee~ semoga impian kita tercapai dan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi ada circle yang kena virus HFMD tu. Alhamdulillah anak sis tak kena, kalau tak sakit jugak parentsnya. Anyway, semoga bulan oktober ni ada banyak berita best :D

    ReplyDelete