MY LIFE

Budget 2018 oleh Seorang Surirumah

October 27, 2017
Rancak sungguh orang duk perkatakan isu bajet 2018 kan?Aku tak ambil tahu sebab rasa macam tak berapa nak ada kaitan je. Tunggulah nanti kot rasa nak jeling-jeling, intai-intai kan. Haha!

Apa yang aku duk fikirkan adalah cara nak menambah pendapatan aku sendiri sambil jaga 4 ketul si kenits ni. Buat masa sekarang, aku buat 3 bisnes kecil-kecilan. Hasil dari perniagaan sendiri ni, bolehlah buat topup belanja dapur ke, beli eskrim anak-anak, beli handbag baru ke. Hahahaha! Nak tahu apa dia?

1. SUTERA NUR

Ni salah satu perniagaan yang aku buat dengan menjual sutera dan batik di Instagram serta Facebook. Namun, disebabkan permintaan sutera pun dah semakin kurang dengan ekonomi sekarang ni kan so aku punya jualan pun agak slow. Pada bulan Mac 2015, aku tubuhkan team untuk dropship sutera. Mereka tak perlu keluarkan modal pun. Hanya perlu buat promosi dan urusan pos aku yang uruskan. Alhamdulillah, sampai sekarang group sutera aku masih lagi aktif walaupun hanya beberapa orang sahaja yang selalu buat sales namun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang aku dapat dari team ini. 
Sebahagian sutera crepe yang di pos bulan September & Oktober 
Aku banyak fokus update design baru kat team aku so di Instagram & Facebook aku tak sempat nak upload. Untuk memperkasakan budget 2018 aku kena struggle lagi untuk bisnes sutera aku. Nak kenal-kenal dengan Sutera Nur? Boleh click link kat bawah ni :



2. DEALER MINYAK KELAPA DARA ( VCO ) DARI TREENEA

Menjual vco adalah salah satu pendapatan sampingan aku juga. Aku bermula sebagai pengguna sahaja pada tahun 2012. Kemudian bila kesan vco tu sangat positif pada aku dan anak-anak, aku pun upgrade jadi agent. Misinya untuk dapatkan vco dengan lebih murah. Pada ketika aku jadi agent, ada juga kawan-kawan yang beli. Pada awal tahun 2016, aku upgrade menjadi Dealer. Kelebihan dealer daripada agent, nama kita tersenarai di setiap promosi yang dibuat oleh HQ. So sejak jadi Dealer vco Treenea, sales aku sentiasa ada walaupun aku tak buat promosi di media sosial. Kebanyakkannya, customer aku cod di sekitar Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, dan Marang. Kemaman pun ada jugak kalau kebetulan aku singgah kat situ. Hehe. Urusan pos pun ada aku buat. Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Sebahagian stok vco sedia untuk di cod pada customer
Untuk perniagaan vco ni aku ada juga buat satu pages untuk promosi vco sahaja. Namun, disebabkan kekangan masa, aku jarang update juga. 

Untuk misi tahun 2018, aku rasa nak target jadi stokis pula. Modal lagi besar, kerja dan pengorbanan lagi banyak. Namun, sekiranya ini rezeki untuk aku & keluarga, aku harap Dia permudahkan urusan aku ni. Amin.

Nak tahu apa vco yang aku jual? Boleh click link kat bawah ni k :


3. BEAUTY CONSULTANT MARY KAY

Terbaru pada awal tahun 2017, aku buat keputusan untuk join Mary Kay. Aku ambil peluang sebagai pengguna Mary Kay dan juga membantu membina kerjaya aku di Mary Kay. Alhamdulillah beberapa bulan sahaja, aku dapat build up career aku sebagai senior beauty consultant. Menariknya dalam Mary Kay banyak ilmu tentang kesihatan & kecantikan kulit yang aku boleh praktikkan setiap hari. Di samping tu, aku juga suka slogan Mary Kay iaitu memperkayakan wanita. Bila aku bersama team aku dalam Mary Kay, aku rasa gembira sebab aku boleh ber 'me time'! Hahaha. Kami selalu buat free consultation, free spa muka, ada juga lipstick party, perfume party. Semuanya untuk bagi peluang orang lain merasakan sendiri pengalaman bersama produk Mary Kay dengan percuma. Best kan!
Antara reward yang aku capai!
KESIMPULAN

Berniaga kecil-kecilan online sebegini ibaratnya kau kais banyak, banyaklah kau dapat. Kalau kau tak kais langsung, memang takde apa lah yang kau dapat. 

Nak berniaga online, status di facebook atau instagram tak boleh sepi, diam seribu bahasa. Nak kena sentiasa update. Antara bahan-bahan yang aku terpaksa dengar :

- Asyik dengan handphone je.
- Bisnes apa kencang sangat duk update kat facebook?
- Wah! jadi bisneswoman dah sekarang ni.

Semua tu dengan nada perli bukannya seperti seorang yang memberi kata-kata semangat. Lantaklah! Apa ada hal kan!

Biar orang mengata. Yang penting, kita buat sehabis mampu kita. Hasilnya untuk kita bukan untuk mereka pun. Lama-lama senyaplah mereka tu. 

Apa pun, all the best untuk apa jua yang kita lakukan! Sedikit perkongsian diary hidup Sis Gee di blog. Hehe.



You Might Also Like

9 komen

  1. Ada bujet tuk awak nk further study tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah!nanti gee terjah!!nampak tu ada kaitan baru nak menjeling bajet!hehe..thanx sheila!

      Delete
  2. Wahh banyak tu bidang niaga yg gee buat

    ReplyDelete
  3. Kita pun tak terlibat ... Semoga sukses dalam perniagaan, sapa tau Sis Gee bukak butik plak nnt ...

    ReplyDelete
  4. bagus..teruskan usaha sis :)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete