Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.
Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends
- Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
- Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
- Tag 3 rakan
- Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
- Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
- Ibusyurga.blogspot.com
- Sukamakanjalan.blogspot.com
- www.dawaibesi.com
- www.guamansyarie.com
- https://nikmatterbaik.blogspot.com
- http://www.mamapipie.com
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.
Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..
Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:
Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Its Giveaway time!!! Sis Gee ni pantang tengok handbag. Bila ternampak ada giveaway nak bagi bag percuma terus onz nak join! Hehehe. Pastu sekarang dah terjatuh chenta pakai mask. Lagilah wajib join sebab tuan punya giveaway tu pun nak bagi free mask kalau bertuah. Hehehe!
Korang nak join boleh klik banner gambar kat atas okey! No worries kalau GA yang Sis Gee join semestinya GA yang simple dimple. So kalau awak suka join GA yang tak complicated atau banyak step, awak kena join GA ni!
Good Luck & All The Best!!!
Menang Giveaway PANTANGPLUS.COM di MIALIANA.COM | Alhamdulillah walaupun saat - saat akhir join giveaway dari geng blogger Mia Liana, terselit juga rezeki untuk blog Sis Gee. Bestnya join giveaway bila ada rezeki untuk menang. Hehe.
Menariknya giveaway ni adalah hadiah berupa wang tunai. So alhamdulillah rezeki NO 56 untuk menang hadiah tempat ke 3. Sebenarnya, join giveaway ni bukanlah matlamat nak menang semata-mata tapi lebih kepada nak support sesama blogger. Gee tahu, korang pun sama kan?
Mia Liana ni Gee kategorikan blogger otai. Tengok followers blog beliau dah 5 angka. Aku juga terkedek-kedek 3 angka. Hahahahha. But never minds! Sebab u olls semua support i olls dalam blogging kan? Kehkehkehkeh.
Nak kenal dengan blogger Mia Liana boleh terjah ke blog beliau ⟹ www.mialiana.com
Thank you Mia dan semua sponsor! Hadiah pun dah selamat diterima. Alhamdulillah. Tahniah juga pada semua pemenang yang lain!
Siapa lagi buat GA sekarang? Meh nak join kot LUCK masih ada! 😜
Menang Althea Dari Giveaway Blogger Mrs Pip | Alhamdulillah. Rezeki Sis Gee menang lagi!! Kali ni #sisgeesaythankyou to rakan blogger yang jauh dihujung Malaysia iaitu Mrs Pip.
Pemenang giveaway ni Mrs Pip dah umumkan beberapa bulan lepas dah, tapi apakan daya baru berkesempatan nak kongsikan di blog. Ampun!!
Mrs Pip ni merupakan blogger dari Sabah. Kalau buka blog Mrs Pip memang best sebab ada banyak perkongsian tentang travel dan produk kecantikan yang best-best. Dah lah wish list nak ke Kota Kinabalu, memang mengena sangat blog Mrs Pip ni untuk Gee. hahahaha!
Ada satu persamaan Gee dengan Mrs Pip selain seorang blogger iaitu pekerjaan kami adalah housewife! Hahhahaha! Hi five Mrs Pip!!
Korang kalau nak tahu tempat menarik di Sabah, boleh baca blog beliau di << www.mrspip.com >>.
Nak tahu Mrs Pip bagi hadiah apa? Gee dapat produk dari ALTHEA!!!! Dah lama tau mengidam ALTHEA ni. Kalau yang belum tahu, ALTHEA merupakan produk kecantikan dari Korea yang korang boleh beli direct di website ALTHEA.
Gee dapat satu pencuci muka, satu body lotion dan mask yang banyak dari ALTHEA. Pencuci muka dia memang Gee pakai dan muka rasa sangat best! Patutlah kulit orang Korea lawa dan licin kan? Sis Gee nak berangan jap kulit cantik macam orang Korea. Kahkahkahkah!!
Thank you Mrs Pip!!! For the first time dapat guna produk ALTHEA!!
#SisGeeDapatHadiah
#SisGeeSayThankYou
Assalamualaikum 💙
Hi semua!! Alhamdulillah kalini Gee menang lagi giveaway yang Gee join daripada rakan blogger. Hadiah kalini lain macam sikit istimewanya. Gee join giveaway atau contest bukan nak target menang semata - mata. Tapi rasa macam satu kepuasan bila dapat support orang lain punya segmen. Al maklumlah Gee pernah juga buat giveaway masa awal - awal buat domain sisgeedotcom ni. So sangat faham perasaan mereka yang anjurkan segmen di blog.
Cuma Gee join mana yang sempat dan terlintas ketika Gee blogwalking. Maaf ye mana yang Gee tak sempat nak join.
So kali ni, Gee menang giveaway dari Blogger Abe Kie iaitu tuan tanah kepada < www.zukidin.com > . Abe Kie atau dikenali juga sebagai Abam Kie merupakan salah seorang daripada #TeamBPT juga. Abe Kie seorang teacher tau! Dan kalau korang nak tahu, blog Abe Kie sentiasa ada updates terbaru.
Blog Abe Kie ni terlalu banyak info dan perkongsian yang bermanfaat. Sebab tu Abe Kie jadi cikgu kan? Hehe. Salute juga seorang teacher mampu blogging!
Dapat Hadiah Set Glow Gelenggang
Korang pernah dengar tak berkenaan Gelenggang atau Daun Gelenggang? Kalau korang nak tahu Daun Gelenggang ni sangat bagus untuk kesihatan kulit. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif yang seringkali gatal - gatal.
Sebelum ni Gee pernah review berkenaan Glow Gelenggang ni. So kalau korang nak tahu lebih details, korang boleh click << SINI >>
Terima Kasih Abe Kie!!
Siapa yang tak seronok dan excited bila dapat hadiah kan? Pulak tu dapat sesuatu yang sangat bermanfaat untuk Gee dan keluarga. Hehe. Thank you so much Abe Kie sebab Gee terpilih untuk menjadi pemenang!
All the best and good luck untuk Abe Kie dalam menjadi seorang pendidik dan juga seorang blogger!!
Alhamdulillah rezeki sungguh dengan blog Sis Hawa kali ni. Nasib baik Sis Hawa buat undian melalu cabutan secara live. Dah lah masa cabutan ni Gee ada sebelah sebab masa tu Gee pergi Kota Bharu jumpa Hawa dan Mek Yunie. Live video ada di blog Sis Hawa. Korang boleh check it out di blog www.sishawa.com wokeh!
Nak tahu apa yang Gee menangi? Korang click je banner kat atas tu k! Lalalalalalaaaa....
Tahniah juga untuk semua yang lain!
Terima kasih pada Sis Hawa dan juga semua sponsor Giveaway.
GEE KENAL RAPAT KE DENGAN SIS HAWA?
Gee kenal Sis Hawa dari make over blog, disusuli dengan tempahan domain. Kalau korang nak tahu, nama Sis Gee ni sebenarnya datangnya dari idea Sis Hawa lah sebab semasa pemilihan domain, semua nama yang Gee berikan dah empunya. Dari nama sendiri, nama pendek, nama panjang sehinggakan nama bunga yang Gee berikan semua tak available! Hahahahaa. Bila nama Sis Gee available terus Gee sambar! Jenuhlah nak pikir nama! Hahahahaa.
Daripada situ Gee sentiasa rujuk pada Sis Hawa sekiranya ada yang Gee tak paham dan tak tahu pasal blogging. Lama kelamaan kami jadi semakin serasi! Hahaha! Sehinggalah Sis Hawa menyatakan idea ingin menubuhkan Team Blogger dari Pantai Timur. Daripada idea tulah kami kumpul ahli team blogger pantai timur sekarang.
BLOG TEAM << www.bloggerpantaitimur.com >>
Alhamdulillah hari ini, rakan blogger Gee semakin bertambah. Banyak juga Gee bertanyakan pada mereka pasal blogging dan syoknya mereka tak kedekut ilmu langsung! Thank you korang! Walaupun kita tak pernah jumpa, tapi persahabatan sesama blogger boleh terjalin dengan mesra kan?
Alhamdulillah.
Ramai blogger yang menang hadiah baucer shopping dari Lazada sempena Lazada Blogger Contest tu kan? Nak tahu blogger mana lagi menang boleh baca sini >>> SIS GEE MENANG CONTEST LAZADA <<<
Bertuahnya rasa bila pertama kali turut serta, ada rezeki dapat menang baucer shopping bernilai RM 100. Selepas ditilik, dikira, dihitung maka Gee pun submit order menggunakan baucer yang diberikan oleh Lazada. Nak tahu Gee beli apa?
Yang paling utama nak belikan adalah beg sekolah untuk si sulong Arsyad. Dia dah darjah 2 buka sekolah nanti. Amani dah ada beg sekolah masa grad pra haritu. So bolehlah berjimat sikit guna baucer kan. Maka bila dah pilih beberapa design beg sekolah, Arsyad pun pilih beg sekolah Ben 10 yang berharga RM 76.++.
So selebihnya lagi Gee guna untuk beli wireless optical mouse dan juga Cushion untuk stroller. Kesemua harga barang RM 105 camtu. Maximize sungguh baucer yang diberikan oleh Lazada tu. Hahaha. Maka Gee cuma perlu bayar lebihan RM5.++ sahaja untuk kesemua barang yang di order.
LAZADA BUAT HAL
Selang beberapa hari selepas Gee submit order, team sales dari Lazada ada hantar message. Panjang sungguh messagenya! Diaorang silap nyatakan di web yang beg sekolah ben 10 tu in stock walhal selepas mencari memang dah takde stok!! Gee dah malas sebenarnya nak pilih lagi dan lagi. Rambang mata weii sebab ada banyakkk pilihan yang ada!
Rupa-rupanya, team sales Lazada nak gantikan beg yang lain. Beg ben 10 jugak cuma yang ni kualiti beg lagi elok dari yang Gee pilih tu dan harga beg tu RM 149++. Korang rasa????
Yes! Harga beg tu lagi mahal dari apa yang sepatutnya Gee dapat dari Lazada tapi rezeki anak Gee kot, Gee tak perlu tambah bayaran pun untuk beg tu. Alhamdulillah..Seronokkk si sulong dapat beg tu!
TERIMA KASIH LAZADA!! |
Baik hati sungguh team Lazada!! Ikutkan date delivery awal januari tau! Tapi beg dah selamat sampai 28hb lepas dah.
Keadaan beg sangatlah baik, size tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Memang elok dah untuk budak darjah 2.
Lagi 2 barang belum sampai lagi. Harap-harap barang tu elok-elok je!
Tahun depan harap ada rezeki lagi dengan lazada!
THANK YOU LAZADA AND TEAM!!
Assalamualaikum & hi semua!
Last Call! Last Call! Last Call! Blogger mana yang belum join lagi tu jom kita ramai-ramai memeriahkan LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST ni. Kalau takde email invitation pun boleh je join macam Gee ni hah! Geram-geram je tengok blogger lain join kan, nanti tengok diaorang menang lagi bertambah geramnya! Hahaha.
Syarat yang ditetapkan sangat simple dimple tau! Contest berlangsung dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Yes! Harini merupakan hari terakhir namun tak salah mencuba kan? Mana lah tahu ada rezeki Sis Gee menang contest besar seperti Lazada ni. Boleh terjah kat banner bawah ni untuk ketahui syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lazada.
<< CLICK BANNER >> |
Untuk menyertai contest ini, terdapat 4 soalan yang perlu kita jawab dan story mory. So simple kan?
1. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?
Product dari Lazada yang pertama Gee miliki adalah sehelai seluar jeans biru! Ye betul dan seluar jeans tersebut sampai ke harini merupakan seluar kegemaran Gee. Ingatkan beli seluar online tak menepati citarasa rupanya sebaliknya yang berlaku. Pada pendapat Gee kalau nak membeli pakaian melalui jualan dalam talian ini, kita perlu meneliti setelitinya ukuran size badan kita dengan produk pakaian yang hendak dibeli. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah saiz yang tidak betul.
2. Which types of products would you prefer buying online?
Bagi Gee yang mempunyai anak kecil 4 orang ni semestinya barang kelengkapan anak-anak merupakan keutamaan Gee. Antaranya pampers, baju serta kelengkapan yang lain.
3. What to you love about online shopping?
Apa yang Gee suka berkenaan dengan online shopping? Semestinya menjimatkan masa dan juga duit! Sangat menjimatkan masa sebab semua produk yang nak dibeli di hujung jari sahaja. Tak perlu dah nak pusing shopping mall nak cari barang yang nak dibeli. Dengan anak kecilnya lagi kan! Menjimatkan duit semestinya disebabkan dengan membeli di atas talian ni kita dapat membandingkan harga dengan lebih cepat dan mudah.
4. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?
Like i said before, my priority is my kids stuff. Makanya Gee merancang untuk membeli set meja tulis yang comel ni yang sangat sesuai untuk Arsyad yang berumur 8 tahun dan juga Amani 7 tahun. Mereka dah sekolah so meja tulis memang sangat penting untuk bagi mereka keselesaan menulis, membaca serta mewarna.
Lazada online revolution bermula dari 1 November 2017 lagi dan akan berakhir pada hari ini iaitu 14 Disember 2017. Terdapat pelbagai tawaran istimewa dan penjimatan berganda. Jom cepat-cepat klik link sini untuk ketahui lebih info lanjut >>> https://www.lazada.com.my/online-revolution <<<