Rindu Nak Menulis..

by - June 01, 2022

 Assalamualaikum..Hi semua! 💜

Lama juga tidak menulis dalam blog ni. Malam nie, tetiba rasa nak menulis. Kebetulan nampak laptop ON, line internet macam herlok, dan rindu blogging membuak-buak, maka lahirlah entry post ini. Hihi..

Entry ni lebih kepada personal post di mana dah sangat jarang Sis Gee kongsi kat blog ni. Kebanyakan Gee kongsi entry review je kan? Tapi setahun dua ni, memang sangat slow dah Gee buat job review. Tahniah untuk semua rakan blogger yang masih berbisa 'dulu, kini dan selamanya!'

Kawan-kawan blogger semua masih aktif menulis? (acah-acah sangat soalan macam ramai geng blogger yang baca) hihihi...

Sebenarnya, perasaan rindu nak menulis ni dah lama Gee duk pendam. Tapi nak mula taip perkataan pertama tu sangatlah susah! Bila dah tulis 1 perenggan, tak habiskan pula entry. Lepas tu tersimpan dalam draft. Banyak juga laaa entry kat draft tu. Hihi.

Korang ON lagi tak join Giveaway? Seronok pula teringat 3, 4 tahun lepas. Gee suka juga join! Lagi best bila menang dapat hadiah best-best dan comel-comel. Pastu dapat tambah kenalan geng blogger. Sis Gee ni bukan power mana, kadang-kadang terasa kerdil bila ramai otai blogger yang sangat down to earth datang ke blog kita dan tinggalkan komen pada entry post kita. Hihi.

In syaa Allah jika diberi kesempatan waktu dan mood yang baik, Gee akan menulis lagi dalam blog ni. Mungkin Gee akan kongsi pengalaman travel yang lepas, tempat-tempat menarik, restoran best, produk best, tips-tips menarik atau apa sahajalah kan? Heeee...

Sampai sini dahulu..

Thank you yang sudi baca entry post ini dan juga post yang lain 💜

Sis Gee

 

You May Also Like

9 komen

  1. Salam Sis Gee.. all the best okeh. Semoga mood menulis sentiasa konsisten

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rodiah!!! Thank you tauuu! In syaa Allah semoga berkobar kobar tu seiring dengan perbuatan..Hahahaha!

      Delete
  2. Teruslah menulis
    Sikit lagi jadi jutawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi itulahhh!!! Sikit lagi nak capai! Hihi

      Delete
  3. Semoga terus konsisten menulis, Kak Gee.

    ReplyDelete
  4. Adda pun baru semalam start menulis balik dan terjah blog kawan-kawan. Rindu macam dulu-dulu. Boleh je tulis apa2 topik anytime. Tak kisah pun orang baca ke tak. Tapi seronok kongsi tentang diri life sendiri. Betul la tulis personal laginsyok daei duk kejar nak dapat temoat pertama kat google search. Hahaha..

    ReplyDelete