BEAUTY

Mylea Appreciation Night 2020 & 2021

March 14, 2022

Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 | Assalamualaikum & hai semua! Malam tadi, Sis Gee sempat meluangkan masa menghadiri majlis makan malam Amylea Group Sdn Bhd atau dikenali sebagai MYLEA bersempena dengan penghargaan kepada semua tulang belakang Mylea termasuklah semua kakitangan Mylea, rakan perniagaan dan juga ejen-ejen dari seluruh Malaysia.


MYLEA APPRECIATION NIGHT 2020 & 2021
ini diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu dengan bertemakan 'Glamorous & Tuxedo' . Pengasas Mylea iaitu Puan Amylia Farhana dan Tuan Mohd Fakhrulrazi turut hadir meraikan mereka yang berjaya dengan Mylea sepanjang tahun 2020 dan 2021. Sepatutnya, majlis ini diadakan pada tahun 2020 lagi, namun terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19. 


Raikan Kejayaan Mylea Fighters Dengan Tajaan Umrah dan Hadiah Barangan Kemas


Sangat mengagumkan apabila founder dan syarikat meraikan mereka yang berjaya dengan tajaan Umrah dan juga pemberian hadiah berupa barangan kemas. Terasa berbaloi penat lelah mereka kan? Pada majlis Mylea Appreciation Night ini, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. 


Empat daripadanya merupakan kategori Fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea. 

Bagi kategori Fighter, nama penerima dan pencapaian jualan mereka adalah seperti berikut :

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 

             Tahun 2020 - RM 1,889,639.00
             Tahun 2021 - RM 2,559,529.00

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 

            Tahun 2020 - RM 1,044,848.00
            Tahun 2021 - RM 1,672,030.00 

3. Hf Stylish Enterprise 

            Tahun 2020 - RM1, 607,414.80
            Tahun 2021- RM 1,430,155.00 

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 

            Tahun 2020 - RM 958,602.00
            Tahun 2021 - RM 1,112,543.00

Manakala bagi kategori ejen pula, nama penerima dan pencapaian jualan mereka adalah seperti berikut :

1. Pn Najihah binti Yusof 

            Tahun 2020 - RM 262,421.40
            Tahun 2021 - RM 419,413.75 


2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 

            Tahun 2020- RM 299,119.30
            Tahun 2021- RM 279,986.64 

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, nama penerima dan pencapaian jualan mereka adalah seperti berikut :

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 

            Tahun 2020- RM 1,923,343.00
            Tahun 2021- RM 754,014.00 


2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 

            Tahun 2020- RM 963,453.00
            Tahun 2021- RM 562,455.55 


Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam majlis ini, hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.


Dalam majlis malam ini juga, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang bertuah membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang.

Pelancaran Packaging Baru Minuman Detox Mylea Dream Curve

Pada majlis Mylea Appreciation Night ini, pengasas Mylea yang lebih selesa dipanggil Kak Amy telah melancarkan packaging baru salah satu produk terlaris mereka iaitu Mylea Dream Curve. Mylea Dream Curve yang diformulasikan daripada bahan-bahan premium ini dapat membantu mereka yang ingin kurus dan sihat tanpa menahan rasa lapar.


Sebelum ini Mylea Dream Curve merupakan minuman campuran detox berperisa Hazelnut Latte sahaja. Kali ini, bersempena Mylea Dream Curve berwajah baru, korang dapat menikmati perisa baru iaitu perisa Coklat Oat. Bancuhan coklat beserta rolled oat dapat membantu korang berasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. 

Tahniah Buat Mylea Atas Pencapaian Sepanjang Tahun 2020 & 2021


Pencapaian Mylea sangat membanggakan! Bayaran zakat syarikat juga hampir mencecah 1 juta! Semoga Mylea terus sukses dalam pencapaian mereka dan juga dapat bantu lebih ramai lagi mereka yang mahu menjana pendapatan sampingan bersama Mylea. 

Untuk sebarang info lanjut berkenaan Mylea dan juga produk yang berada di pasaran, korang boleh hubungi pautan yang Gee sediakan di bawah ini.

Laman Web : www.mylea.my
Facebook : Mylea HQ
Instagram : mylea_hq

#mylea #myleahq #myleanewpacklaunching #myleafrecklesserum #myleaappreciationnight





You Might Also Like

5 komen

  1. Bolehhh dapatkan produk MYLEA dari fana untuk bantu selesaikan masalah awak 💖0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣1️⃣3️⃣3️⃣2️⃣0️⃣0️⃣..Dapatkan juga free gift di Setiap pembelian awak dengan fana🌹

    ReplyDelete
  2. Bolehhh dapatkan produk MYLEA dari fana untuk bantu selesaikan masalah Berat badan awak💖0️⃣1️⃣6️⃣3️⃣1️⃣3️⃣3️⃣2️⃣0️⃣0️⃣..Dapatkan free gift di Setiap pembelian awak dengan fana 💕

    ReplyDelete
  3. Tahniahh Mylea.. Bangga melihat pencapaian Mylea. Terima kasih Sis Gee, suka baca writing sis nie...

    ReplyDelete
  4. JEMPUT KE BLOG KAMI
    https://blogkatek.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Nice post thank you Morgan

    ReplyDelete