BEAUTY

Kulit Cantik dan Sihat Dengan Cosmoderm Vitamin C Glow-C

January 08, 2022

Kulit Cantik dan Sihat Dengan Cosmoderm Vitamin C Glow-C | Assalamualaikum dan hi korang! Entry bab mencantikkan kulit ni memang Gee suka sangat share! Tambah pulak jenama yang memang Gee sendiri amalkan dari dulu. Hihi. Bila usia dah nak penghujung 30-an ni, memang rasa sangat penting penjagaan kulit wajah. Kalau kurang penjagaan, kulit sangat mudah untuk kelihatan kusam, kulit kering, dan jeragat mula kelihatan. Nak juga bila dah usia 40-an, orang nampak kita persis awal 30-an kan?

Nak kulit nampak muda, mestilah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Salah satu cara adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pengambilan buah-buahan sangat penting seperti buah Oren kerana ia kaya dengan Vitamin C. Vitamin C ini sangat bagus untuk kesihatan kulit dan juga kesihatan dalaman di mana Vitamin C dapat meningkatkan antibodi badan seseorang. Vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

Memperkenalkan Cosmoderm Vitamin C Glow-C

Cosmoderm bukanlah jenama asing di Malaysia. Gee sendiri sudah mencuba beberapa produk keluaran mereka dan alhamdulillah setelah mengamalkan, kulit jadi semakin sihat. Bila dapat tahu Cosmoderm mengeluarkan rangkaian penjagaan wajah baru Vitamin C Glow-C terus rasa nak dapat cuba! Lagi mudah untuk dapatkan Vitamin C secukupnya untuk kulit!

Cosmoderm Vitamin C Glow-C terdiri daripada Glow-C Detox Cleansing Gel, Glow-C Radiance Toning Essence,  Glow-C Super Boosting Serum dan Glow-C Brightening Mosture Solution. 

Kesemua rangkaian penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C ini akan membantu mencerahkan kulit wajah, merawat kulit dari dalam, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan juga merangsang pengeluaran kolagen bagi membantu kulit kelihatan muda.

Ketahui Bagaimana Cosmoderm Vitamin Glow-C Bantu Kulit Kembali Anjal dan Muda

Cosmoderm Vitamin C Glow-C selamat digunakan kerana ramuan formulasinya bebas paraben, tiada bahan pewangi dan juga bebas SLS/SLES. Cosmoderm Vitamin C Glow-C sangat kaya dengan antioksidan di mana ia dapat menghalang kerosakan kulit yang disebabkan radikal bebas seperti pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.

Cosmoderm Vitamin C Glow-C dapat mengurangkan pengeluaran melanin so nanti kulit korang akan lebih cerah dan lebih anjal. Fungsi ini juga dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata serta memudarkan bintik-bintik hitam.

4 Produk Utama Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C

Glow-C Detox Cleansing Gel

Step pertama dalam rutin penjagaan wajah adalah membersihkan kulit wajah terlebih dahulu. Kulit wajah terasa segar dengan ramuan Orange Essential Oil. Caranya seperti biasa basahkan muka dengan air, kemudian picitkan sedikit Glow-C Detox Cleansing Gel dan seterusnya basuh ke seluruh wajah. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Glow-C Radiance Toning Essence

Step kedua adalah menyegarkan kulit wajah dengan Glow-C Radiance Toning Essence. Rutin ini sangat penting kerana dapat membantu merangsangkan kembali sel kulit yang tidak aktif dan akan meningkatkan keupayaan penyerapan kulit wajah bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah.

Glow-C Super Boosting Serum

Glow-C Super Boosting Serum ini mengandungi 5000mg Vitamin C di mana ia dapat membantu mencerahkan kulit dan memudarkan bintik - bintik hitam dengan berkesan. Nak kelihatan muda mesti amalkan Glow-C Super Boosting Serum ini kerana dapat menggebukan kulit dengan meminimakan garis-garis halus serta kedutan pada wajah.

Glow-C Brightening Moisture Solution

Step yang sangat penting dan jangan skip! Mengandungi 1000mg Vitamin C, Glow-C Brightening Moisture Solution dapat membantu mengembalikan kelembutan dan keanjalan kulit wajah korang. Selain itu, ia juga dapat membantu seimbangkan tona kulit yang tidak sekata. 

Pengalaman Sis Gee Menggunakan Rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C

Honest review! First, impression, Gee sangat suka bau rangkaian Cosmoderm Vitamin C Glow-C yang terbaru ini. Gee mulakan dengan step membersihkan wajah. Buih dia tak banyak, tapi bila bilas dengan air, memang terasa kulit bersih dan segar! Kemudian, step penyegarkan dengan toner pun best. kulit terasa tegang dan anjal je kulit. Hehe. Sapuan serum dan pelembab Cosmoderm Vitamin C Glow-C terus menjadikan kulit bersih dengan sempurna. 

Jom korang cuba Cosmoderm Vitamin C Glow-C untuk kulit lebih cerah dan cantik! Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan info di pautan kat bawah ini :

Website : www.cosmoderm.com.my

Watsons : Cosmoderm

Instagram : @cosmoderm

Facebook : Cosmoderm

#Cosmoderm #WatsonsMY 

#reviewbysisgeedotcom



You Might Also Like

0 komen